BANDAR BARU BANGI: PAS di Kelantan dan negara mempunyai dua cabaran besar, iaitu mempertahankan Dasar Membangun Bersama Islam dan kedua, cabaran yang lebih besar ialah cabaran ummah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Islam dan umat Islam pada hari ini berada di persimpangan dan berhadapan cabaran besar bukan sahaja di negara ini, tetapi di seluruh dunia, iaitu pemikiran liberal.
Jika dahulu, katanya umat Islam berdepan sekularisme, tetapi sekarang liberalisme, iaitu antara bentuk sekularisme memberikan cabaran lebih besar kerana memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama.
“Malah wujud fahaman Islam liberal walaupun istilah itu tidak tepat kerana Islam hanya ada satu, tiada yang liberal, tiada yang sosialis. Islam hanya Islam.
“Namun istilah ini kadang-kadang dipopularkan oleh sesetengah golongan dalam masyarakat. Dalam hal ini, cabaran berkaitan ialah fahaman Islam tanpa syariat yang juga dipopularkan oleh sebahagian ahli politik yang beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anak Perantau Pengkalan Chepa anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Antara yang hadir termasuk mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang.
“Sebab itu, saya sebut mahasiswa mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat pada masa akan datang kerana mereka yang akan mencorakkan masa depan negara.
“Cendiakawan pernah berkata, kalau kamu melihat masa depan sesebuah negara, kamu lihatlah generasi muda yang ada di negara itu kerana mereka yang akan menjadi pemimpin dan menentukan masa depan ummah dan negara,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam secara keseluruhan dan anak-anak yang menjadi mahasiswa supaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pegangan Islam bagi membantu mengekang pemikiran yang bertentangan dengan Islam. – HARAKAHDAILY 16/5/22
2. Kelantan membudaya isi kandung al Quran dalam masyarakat
“Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran sebahagian usaha membuktikan kesungguhan kerajaan negeri memartabatkan al Quran sebagai sumber perundangan dan dasar pentadbiran negeri.
“Kita sentiasa memberi perhatian serius terhadap sebarang usaha memupuk amalan membaca, memahami mempelajari dan menghafaz al Quran,” katanya ketika merasmi Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran 1443 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji di sini malam tadi.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub dan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Majlis tersebut diadakan tiga hari dan perasmian dijangka disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
Menteri Besar juga berkata, penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran setiap tahun bagi bagi membudayakan lagi bacaan kitab suci itu dalam masyarakat.
“Bahkan usaha tersebut dapat memupuk kesedaran orang ramai untuk memperbaiki bacaan al Quran masing-masing.
“Bermula dengan semangat terbabit tercetus semangat serta kemanisan untuk mengamalkan setiap kandungan ajaran agama yang terkandung dalam al Quran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Awas liberal, Islam tanpa syariat.. & membudaya al Quran..' Hal-hal begini tidak ada dalam pemikiran dungu lapok di bawah tempurung parti perkauman DAP.
Ya, kawan-kawanku, kembalilah kepada Islam sebelum terlambat!
Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015
Tahniah Datuk Tajuddin dilantik menjadi duta besar Malaysia di Indonesia - dari rakyat Malaysia! Semoga maju jaya, jom bersama2 kita hapuskan agen dajjal LBGT dan golongan liberal.
ReplyDeleteJika dibuat bedah siasat pee hancing, banyak kerosakan kepada negara. Dalam pakatan pun tak terurus, rebut kuasa dalaman. Kucar kacir di atasan. Tapi seperti biasa, mulut berbahasa dari abam. Retorik dan persepsi buat hanyut khayal ahli penganut retorik persepsi liberal.
ReplyDeletePunca politik terbabas sebab presiden tak dapat kawal timbalan. Lompat ke pakatan lain sebab tak percaya kat presiden. Ada potensi rebutan kuasa buat kali kedua. Presiden lemah dan tak pandai urus manusia. Pandai urus belakang. Ahli tidak yakin. Anak presiden pun dah beri pandangan berbeda dengan daddynya.