Kini ada pihak-pihak dengan penuh ghairah ‘menganjing’ Kelantan, sebaliknya senyap sepi menutup sebelah mata kepada projek sama di Pulau Pinang. Adilkah sikap hanya kepada satu pihak?
Latar belakang
Kelantan umum projek Hospital Wanita dan Kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah (HS) pada 19 April 2018 dengan nilai RM100 juta. Jangkaan siapnya pada tahun 2022.
Pulau Pinang umum projek Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) pada 8 Disember 2016 bernilai RM280 juta. Jangka operasinya pada tahun 2020. Pengumuman projek sama dibuat untuk kali kedua pada 22 Febuari 2019 dengan jangka operasi pada 2022.
Pemilik
HS Kelantan dicadang pembinaannya di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
HIPP Pulau Pinang dicadang pembinaannya diatas tanah seluas hampir 1 hektar di Bayan Baru oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Kapasiti
HS Kelantan:
▪︎ 80 katil, bangunan 8 tingkat.
▪︎ Para pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta pakar kesihatan kanak-kanak.
HIPP Pulau Pinang:
▪︎ 200 katil, bangunan 14 tingkat, mempunyai 600 tempat meletak kereta setinggi 7 tingkat.
▪︎ Para pakar bidang perubatan seperti pakar Pediatrik, Ginekologi, Endoskopi dan Kardiologi.
Pelaksana
HS Kelantan
• PKINK dan PKB bekerjasama dengan pemaju yang akan menguruskan pembinaan serta menjadi operator apabila ianya siap nanti.
HIPP Pulau Pinang
• Sebuah hospital pakar di Selangor telah dipilih sebagai pengendali, manakala pemajunya merupakan sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
Status semasa
Kedua-dua bangunan hospital yang dicadang ini belum pun wujud setakat hampir suku kedua tahun 2022.
Pulau Pinang umum dua kali rancangan pembinaannya iaitu pada tahun 2016 dan 2019, sekali gus meletakkan jangka siap juga dua kali iaitu tahun 2020 dan satu lagi 2022. Tapi tetap tidak wujud lagi.
Kelantan umum satu kali rancangan pembinaannya iaitu pada tahun 2018 serta memberi jangka siap pada tahun 2022. Juga belum wujud lagi.
Apa sebab ia masih ‘gagal’ diwujudkan?
Kelantan dan Pulau Pinang kedua-duanya menghadapi cabaran yang tersendiri. Masing-masing ada sebab dan punca tidak dapat mewujudkan hasrat murni pembinaan hospital patuh Syariah itu.
Biarpun beberapa perjanjian dibuat, namun rezeki tidak panjang. Kemampuan pelabur terhad dan akhirnya mereka mohon berundur. Perkara sama khabarnya berlaku di Pulau Pinang, isu kompetensi dan penetapan hala tuju jelas antara pemaju baharu dan YIPP.
Umpama perkahwinan yang jodohnya tidak panjang. Perkara biasa. Nikah pun dibolehkan cerai. Kalau dah bukan rezeki kita, yang sudah ditelan ke perut pun boleh muntah kembali.
Ia boleh dibahas panjang lebar lagi, tetapi tulisan ini bukan mahu ke situ.
Sikap penyokong PH
Cuma, mengapa puak penyokong Pakatan Harapan (PH), seluruh Malaysia, menghina, mengejek, memperlekeh Kelantan sahaja di atas kelewatan pembinaan ini?
Sedangkan DAP yang memerintah Pulau Pinang, umum dua kali dalam dua penggal pilihan raya, kekal dipuja puji puak PAN, mereka diam membisu, dan tidak langsung berkata apa-apa.
Inilah dia keadilan puak PH Kelantan, yang lebih suka menghina, merendah-rendahkan nasib negeri sendiri, berbanding negeri diketuai DAP. Seakan hinanya Kelantan di mata mereka, tetapi sayangnya DAP di hati PAN.
Kelantan berusaha menyediakan HS ini sebagai salah satu dari kemudahan yang dapat ditawarkan kepada rakyat, sama seperti yang cuba dilakukan Pulau Pinang.
Terserah niat masing-masing walaupun cetusan Pulau Pinang seperti memancing undi setiap kali pilihan raya dan terbaru juga disebut akan dilancarkan lagi.
Sedang Kelantan sudah memulakan dua projek lain juga iaitu di atas tanah 62 ekar yang terletak di Mukim Labok Daerah Machang hasil kerjasama PKINK dan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd. Hospital ini dijangka mampu menyediakan kapasiti 100 katil.
Terbaru pada 10 April 2022, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd yang merupakan bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia) menandatangani perjanjian (HOA) bersama Mutiara Premier Sdn. Bhd. (MPSB), anak syarikat milik penuh Pelaburan Hartanah Berhad bagi pembangunan sebuah hospital swasta di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu Kelantan.
Selain TDM, Sunway juga merancang untuk membuka hospital berkapasiti 200 katil di Lembah Sireh Kota Bharu. KPJ Perdana hasil usahasama syarikat milik kerajaan juga akan melebarkan lagi perkhidmatan mereka melalui pembangunan blok baru.
Ini antara perkembangan lain berkait penyediaan khidmat kesihatan dengan kerjasama swasta di Kelantan. Kenapa ‘mata lalat’ penyokong PH hanya melihat satu projek yang masih bergelut dengan masalah tetapi membutakan mata mereka kepada tiga projek lain yang disebutkan tadi?
Kelantan dan Pulau Pinang
Ini bukan soal Pak Pandir menyebut, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang pun mati” ya.
Tapi tulisan ini mahu mengajak khalayak rakyat yang murni fikiran dan baik budi hatinya, supaya berlaku adil serta cerdiklah dalam isu ini.
Tidak perlu hina negeri orang apatah lagi hina negeri sendiri. Tidak sukar bukan untuk berbuat begitu?
Apatah lagi di Kelantan, Hospital Syariah yang mahu dibina pada 2018 dahulu adalah usaha pihak swasta, mereka mahu niaga, manakala pihak negeri hanya sediakan tanah dan tapak serta memudahkan proses berkaitan.
Duit mereka, modal mereka, bisnes mereka. Hospital ini berbayar sama seperti KBMC, KPJ dan beberapa yang lain sahaja, ia selesa dan mesra keluarga pesakit, lebihnya ia patuh syariah.
Kerajaan negeri tidak rugi apapun tetapi sentiasa bersikap terbuka membuka ruang dan peluang yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negeri.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 19/5/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hospital Patuh Syariah di P.Pinang. Apa kata DAP yang sembang berdegar? Jangan lupa PRU 15, pilih PAS dan kumpulannya.
Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015
1 comment:
WAWASAN 2020 & DASAR PENGSWASTAAN NEGARA : PELAJAR TAHUN 80 - 90an MANGSA SCAMER SIJIL PALSU
Bila kita renung semula sesiapa jadi pelajar di sekitar 1982 hingga 1995 mereka sangat terkesan dengan dasar dasar kerajaan. Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Pengswastaan, Dasar Industri Berat dan Dasar Wawasan 2020.
Tanya saja pelajar STPM masa tahun 80-90an aliran Sastera dan Sains itu. Soalan Kertas Am STPM Kertas Ekonomi bagi jurusan ekonomi mesti ditekankan dasar dasar itu.
Cikgu dan murid pun naik 'sheikh' dengan menekankan soalan ini akan masuk periksa. Ke hulu hilir tengok TV RTM (TV 3 suku baru ujud) baca suratkhabar, langgan majalah pelajar , majalah diskusi dll utk tambah info...puiiii..!!
Tentu saja jawapan dasar dasar berikut akan bonyi hebat hebat belako. Ke main pecah palo nak ingat Dasar Pengswastaan, Dasar Pensyarikatan, Wawasan 2020 dengan impak dan kesan suma nak kena ingat dan hafal bagai..!
Begitu jugak dng Novel Salina yang jadi rujukan subjek STPM aliran sastera. Novel yg mengangkat perjuangan bangsa dan agama konon. Tapi akhirnya diri penulis Novel Salina A. Samat Sait melutut jadi babi barua DAP@Lee Kwan Yew. Tak ke babi namer nyer tuu..!!
Begitu juga Impak dasar dasar tadi pada ekonomi dan kesan pada masyarakat dan individu. Jawapan Dasar Pengswastaan yang kunun nya akan memakmurkan negara maysarakat yg efisien pada masa itu sebenarnya goreng bodoh belaka.
Suma kertas jawapan hanyalah gula gula penyedap hati cikgu dan pemeriksa kertas soalan blake. Suma hampehh..!!
Demer ni sebenornya dapat sijil palsu. Jawapan perperiksaan wawasan 2020 itu menipu belake reality nyer sekarang indah khabor dari rupe..!
Dasar pengswastaan jawapan sebenor nya ialah membailout kroni dan mengayakan anak cucu kroni yang paling tepat. Dasar yang mengayakan anak cucu dng 'pink form' dan kroni bukan utk rakyat.
Kalau ada utk rakyat pun seciput pink form dari majikan. Bailout kroni pink form dan anakcucu kaya raya ialah point jawapan sebenar
Istilah IPO, Milikan pink form saham kroni Bailout, pink form, kroni , nepotisme saham blue chip dan bukan blue chip , lot lot milikan saham pada kroni anak cucu dan 'short selling' tiada dalam kertas jawaban perperiksan kami dolu.
Sekarang terbukti dasar Pandang Ke Timur Dasar Pengswastaan jawapan yang tepat ialah bailout anakcucu dan kroni.
Pemimpin yang mengilhamkan dasar ini diakhir hayatnya bertukar melutut jadi babi barua DAP@ Lee Kwan Yew..!!
Agak agaknya kali ini sekiranya pelajar diberi peluang menjawab sekali lagi soalan soalan berkenaan impak dari Dasar Wawasan 2020 dan kertas Am aliran sastera berkenaan Novel Salina itu agak agak mengkomer lah kan camner pulak rupa jawapan nya ya kali ini..!!
Tentu jawapan nya 'sah kaw kaw kena maki..!!'
Haahh tepokk..!!
Post a Comment