Saturday, May 21, 2022

Janji Umno, ingat PH. Bijak, kekalkan PAS.

 

1. Janji-janji Umno, mengingatkan kita pada PH

MALAM tadi ada tengok dua video, satu daripada Umno Kelantan dan satu lagi dari Umno Terengganu.

“Undi Umno, isu air Kelantan akan selesai, bahkan bil air pun boleh bagi free pada rakyat Kelantan,” kata pihak Umno Kelantan.

“Undi Umno, dalam 100 hari akan bina lebuh raya dari Dungun dan bina LPT3 di Besut,” kata pihak Umno Terengganu.

Pertama

Umno tak belajar daripada apa yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH). Rakyat masih lagi trauma dengan janji-janji PH. Umno tabur pula janji yang sifatnya hampir sama dengan apa yang dibuat PH. 

“Malam ini menang, esok harga minyak turun.” Itulah falsafah janji PH yang diekori Umno untuk selesaikan isu air. 

Isu air ini panjang bang, Umno tadbir Perlis pun isu air tak selesai lagi, hingga air hilang (NRW) dia lebih 60 peratus, dan perlu RM3 bilion untuk selesai masalah air. 

Umno tadbir Pahang pun masalah air banyak juga, hingga berhutang RM2 bilion untuk bekalan air.

Lagi hebat nak beri air percuma pada semua rakyat. Dok eh, sekarang ini rakyat Perlis, Pahang, Melaka dan Johor tak perlu bayar bil air ke? 

Tolonglah, rakyat makin meluat dengan janji-janji sebegini. Tak perlu melampau sangat, nanti jilat cok

Kedua 

Janji 100 hari ini pun rakyat agak trauma mendengarnya, akibat janji 100 hari PH. Umno pula buat janji 100 hari. 

Kemudian janjinya bukan kepalang nak bina lebuhraya beratus kilometer. Tak tahu nak kata apa, puak-puak ni tak reti ke yang rakyat buat jadi modal lawak je dengan janji-janji politik begini. 

Lagi lawak jika kita telusuri dengan sedikit dalam, LPT3 yang Umno janji nak buat itu, sekarang ini telah pun digerakkan kerja awalan bernilai RM30 juta yang patut selesai April 2022.

Tawar benda yang dah ada dah. Sedap sokmo lah duk tawarnya. 

Satu lagi, Umno duk tawar jalan ni, nak bina dengan duit siapa? Rakyat Terengganu trauma dah LPT2 yang dibina dengan duit negeri dulu. 

Sehingga sekarang RM1.2 bilion tiada khabar berita dari Persekutuan. Sedangkan semua tahu lebuh raya sebegini di bawah bidangkuasa Persekutuan. 

Takkan Umno nak ulangi kaedah yang sama lagi? 

Janji realistik

Betul dah tabur janji dekat-dekat PRU. Tapi taburlah janji yang realistik. Bukan apa, kemeluatan rakyat akan menimpa bukan sahaja kena pada Umno tapi semua parti politik. 

Apatah lagi Umno sedang berdepan dengan isu integriti yang teramat dahsyat sekarang ini. Pendakwaan terhadap bekas Presiden dan Presiden, patut reti base lah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022

2. Isu air Kelantan: Pengundi bijak akan mengekalkan PAS 

DALAM berbicara soal memilih kerajaan, biasanya akan ada dua golongan pengundi iaitu; Pertama, pengundi yang memilih dengan fakta; dan Kedua, pengundi yang memilih berdasarkan auta.

Mutakhir ini, isu air dilihat suara Umno Kelantan dan PAN Kelantan begitu senada di mana cuba menjerat minda warga rakyat Kelantan yang juga para pengundi dengan menawarkan solusi: “Tukar Kerajaan PAS. Pilih kami. Isu air akan selesai”.

Pengundi yang bijak saya pasti akan bertanya, “Apa solusi baharu yang kamu boleh tawarkan?”

Jawapannya, tiada. Setakat ini Umno Kelantan dan PAN Kelantan tidak mengemukakan sebarang penyelesaian

Solusi yang Kerajaan Kelantan sedang usahakan pada ketika ini; jika dilaksanakan oleh Umno Kelantan dan PAN Kelantan, solusi sama seperti itulah juga akan mereka gunakan.

Pengundi yang bijak saya cukup percaya akan bertanya, “Jika solusi sama yang akan digunakan, apa keperluan menukar kerajaan?”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dalam isu ini ada menyebut secara jelas betapa parti mana sekalipun yang mentadbir Kelantan, mereka tetap memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini.

Pengundi yang bijak tentunya akan bertanya, “Bukankah alternatif pilihan kepada PAS hanya Umno dan PAN?” Tetapi, pengundi yang bijak akan mengadili keadaan ini:

▪︎Umno – merekalah yang menzalimi Kelantan puluhan tahun lamanya sehingga rakyat Kelantan hari ini terpaksa melalui banyak penderitaan. Kini mereka bermain wayang cuba menjadi juara untuk menyelamatkan ‘rakyat yang dizalimi’. Hipokrit apakah ini?

▪︎PAN – merekalah parti yang dahulunya pernah bersama kerajaan PAS Kelantan, dan mengakui secara terbuka isu air di Kelantan hanya berlaku kerana Kelantan dizalimi. Hari ini ke mana pengakuan itu, sebaliknya melaungkan Kerajaan Kelantan kini yang menzalimi. Dayus atau lidah bercabangkah?

Pengundi yang bijak akan terus bertanya, “Apakah aku sebagai pengundi ingin menggantikan kerajaan yang dizalimi, dengan ‘si zalim’ dan ‘si dayus’?”

Yang terbaru, jenaka dari juak-juak Umno Kelantan memberikan bayangan bahawa jika Umno kembali mentadbir pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan, mungkin air akan dinikmati secara percuma.

Barangkali, rakyat di Pahang, Melaka, dan Johor, sekadar memberi derma ikhlas bulanan kepada kerajaan Umno di negeri-negeri itu?

Kerana waras akal kita, jika di negeri PAS mereka ingin beri percuma, mana mungkin di negeri yang mereka memerintah, bayaran dipinta.

Mungkinkah juga, Umno ini layak diibaratkan, umpama seorang yang tidak solat, tetapi ghairah menegur imam tak cukup harakat.

Oh, bicara soal ‘imam’, terdetik hati ingin bertanya. ‘Imam Umno’ apa khabarnya? Kerana angin membawa berita, dahulunya megah di Putrajaya, hari ini terbayang hanya penjara. Jangan bicara air percuma, menagih undi rakyat jelata, sudah masyhur suka berdusta.

Parti sebegini tuan-tuan, bukan disokong, tapi dipekong.

Kesimpulannya, pengundi yang bijak akan terus mengekalkan PAS di Kelantan.

MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI 
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Mana pergi PKR pejuang COMANGO Gay LGBT Pluralist dan Liberal bila penyakit monyet ini kian menular dikalangan mereka.

Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengeluarkan amaran kepada golongan lelaki gay supaya berwaspada terhadap ruam di muka atau bahagian kemaluan mereka.

Hubungan seksual dan tempat yang dilawati contohnya sauna, bar dan kelab sedang disiasat secara aktif untuk empat kes GBMSM (gay, biseksual dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Menurut Badan Penyiaran Britain, simptom awal penyakit cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, bengkak, sakit belakang dan sakit otot diikuti dengan bintik-bintik ruam. Jangkitan akan sembuh dalam tempoh antara 14 hingga 21 hari.

Enam lelaki homoseksual dan biseksual itu selepas mereka yang diuji positif cacar monyet pada minggu lalu. Kontak pesakit cacar monyet di Britain kini menyiasat bar dan spa untuk golongan gay

Ia termasuk bar, kelab dan sauna, demikian menurut kemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Cacar monyet tidak mengancam nyawa namun, dalam kes tertentu penyakit itu didapati boleh membawa maut.

Gay tua dan pejuang dlm PKR COMANGO Gay LGBT Pluralist dan Liberal bila penyakit monyet ini kian menular dikalangan mereka mana suara kelian semua..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails