2. Kilang simen Gua Musang: Lagi projek tak jadi? TAHUN 2015 telah dilaporkan bahawa Kelantan berhasrat memiliki industri berat yang akan membekalkan bahan asas pembinaan iaitu pembangunan kilang simen di Gua Musang.
Projek Pembinaan Kilang Simen Bersepadu Chiku 7, Gua Musang ini melibatkan usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dengan ASN Cement Sdn Bhd. Majlis tandatangan perjanjian telah diadakan pada 5 Ogos 2015, di Bilik Mesyuarat AMMK, Kota Darulnaim Kelantan. Majlis disaksikan oleh YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Pegawai Kanan Kerajaan, Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis MDGM dan pengurusan tertinggi Syarikat ASN Cement Sdn. Bhd.
Sebelumnya, pada 25 Februari 2015, YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan turun ke Gua Musang bagi merasmikan tapak pembinaan kilang yang membabitkan kos RM1.3 bilion dan dijangka memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3,000 penduduk setempat apabila siap nanti.
Itu semua rekod asal tujuh tahun lalu. Sekarang ini ia belum berjaya beroperasi atas pelbagai sebab. Maka, menarilah sekian lasykar siber pro-Umno dan Pakatan Harapan (PH) mengejek. Mereka yang menjadi ‘haters‘ Kerajaan Negeri menjadikan ia bahan sindiran dan lelucon setiap kali mereka membuat ‘comment‘ di mana-mana hantaran Facebook pimpinan.
Mari kita amati garis masa ini sebagai satu keterangan untuk menilai di mana letak duduk isu atau perkara ini yang sebenarnya.
2011 – pihak ASN mula melakukan ‘feasibility study‘ pembinaan kilang simen di Kelantan khasnya Gua Musang.
2013 – ASN menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
2013 – memulakan Detailed Enviromental Impact Assessment (DEIA).
Sebanyak 30-40 lubang digali dalam proses ‘borehole investigation‘ dengan laporan sekitar RM4 juta lebih telah dihabiskan untuk kerja awalan ini.
Fee pengurusan, cukai dan premium tanah, bayaran kepada pihak PBT juga telah dijelaskan iaitu lebih RM11 juta. Kos-kos lain juga telah dibayar untuk kerja kerja awalan ini.
2015 – ada bantahan setempat semasa public hearing’ bagi kelulusan DEIA oleh penduduk sekitar Chiku.
2015 – ASN terpaksa ‘memulakan semula’ DEIA setelah mendapat bantahan penduduk.
25 Februari 2015 – Majlis Pecah Tanah oleh YAB MB berlangsung.
2016 – rakan kongsi pelabur ASN dari Australia, France dan United Kingdom tarik diri kerana mahu memfokuskan projek di negara lain dan tidak mahu menunggu lebih lama dalam proses DEIA.
2017 – DEIA lulus.
2017 – Pembinaan asas ‘piling ground plant area‘ dimulakan. (Boleh rujuk gambar serta video kerja-kerja yang dilakukan).
2018 dan 2019 – mencari rakan niaga dan ‘funding‘ baharu, namun disebabkan tahun PRU, maka pelabur menunggu kestabilan politik negara dan negeri.
2020 hingga 2022 – COVID-19 dan sektor ekonomi baru dibuka semula.
2022 – menunggu keputusan akhir pelabur baharu untuk meneruskan projek ini.
Kesimpulan
Setiap satu projek, di mana negeri pun, ia tidak semudah membuka gerai goreng pisang di hadapan rumah sendiri. Ada proses yang melibatkan kelulusan agensi Kerajaan Persekutuan khasnya DEIA di mana dalam kes ini melibatkan selama 5 tahun.
Proses lain adalah isu pengezonan kawasan industri dan lain-lain berkait juga isu tanah, cukai, premium tanah, ses dan lain-lain.
Hal yang besar juga adalah dana untuk melaksanakan projek yang mana kos sebanyak USD400 juta diperlukan (pada waktu itu dan kini kos pembinaan telah meningkat berkali kali ganda) bagi menjayakannya.
Justeru, komitmen pelabur baharu yang ‘genuine‘ diperlukan dalam hasrat menjayakan cita-cita Kelantan untuk memiliki kilang simen sendiri.
Dalam hal ini adakah Kerajaan Negeri ada mengalami apa apa kerugian? Jawapannya tidak ada. Bahkan sebahagian besar bayaran bayaran berkaitan telah dijelaskan oleh ASN kepada negeri. Bagi pihak PBT pula, tanah ini kekal dalam milikan mereka dan tidak ‘tergadai’ seinci pun kepada siapa.
Lalu, bersikap adillah apabila bercakap sebarang isu dalam negeri. Jangan terikut ikut dengan rentak Umno-PH yang semuanya mahu dilumurkan pada wajah pimpinan kerajaan tanpa ada usul periksa.
Jika dahulu mereka marah orang mengejek ‘Najib dengan RM2.6 bilion’ atau ‘Rosmah dengan cincin RM24 juta’ atau ‘Zahid dengan dana Yayasan Akalbudi’, maka berlaku adil jugalah dengan Kelantan. Jangan mengejek dan menghina Kelantan tanpa asas.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbaru, digambarkan betapa mundurnya Kelantan dengan Terminal Bas Sementara Kota Bharu, disamakan dengan kandang lembu. Dan kilang simen Gua Musang, dilihat sebagai projek tak jadi..
Rupanya mereka melihat guna otak lembu atau otak musang?
Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015
1 comment:
Kecoh kepoh pasal gambau bossku bersama dng keluarga komposor tuhh... klu dah nikah ka whats the problem.. dia mampu no hal..
yg ko orang sibuk sibuk what the hell broo..!?apo masalah ko orang sumo nih..!?
Gambau tu okeey jer.. tak 'blur' pun dan terang lagi bersuluh pun
Gambau sambut ari jadi kot... bukan video mat blur sampai sekarang atok diam bngang bisu macam gampang haram jadah.. mintak SKMM siasat lah..
Yg mat blur video tu sampai ke sudah SKMM PDRM SPRM LHDH AG Bah Narkotik Negara Pejabat Hutan Pejabat Nelayan Pejabat Peneroka Pejabat Rukun Tetangga dan macam pejabat agensi lagi... suma duam bangang pasal gambar 'mat blur' walau partner mat blur dah buat sumpah laknat lagi
lahanat belako semuo...
haahhh topokkk...!!
Post a Comment