Keadaan bahagian dalam dan luar bangsal milik Baharuddin Mamat, 66, yang diubahsuai seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang. - Foto NSTP/Nazdy Harun
Jerenggen bukan sebarang bangsal
KUALA TERENGGANU: Dilihat dari luar hanya sebuah bangsal yang menunggu masa untuk roboh, namun sebaik melangkah ke dalam ia tidak ubah seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.
Pemilik bangsal, Baharuddin Mamat, 66, berkata ruang rehat digelar 'Bangsal Jerenggen' itu dibinanya dengan kos RM11,000 sebagai tempat berehat selepas berniaga, selain tempat solat pekerja dan tandas di dalam bangsal terbabit turut digunakan pelanggan yang bertandang ke kedai makannya.
Katanya, idea mengubah suai ruangan dalam bangsal itu tercetus tiga tahun lalu.
"Tak sangka ramai yang terkejut melihat bangsal ini kerana mereka yang datang ke kedai tidak menyangka ruangan dalamannya tidak seperti bahagian di luar.
"Biasanya orang akan mengubah suai pada bahagian luar bagi memperlihatkan sesebuah binaan sempurna, namun saya tidak berbuat demikian kerana ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau beribadat," katanya ditemui di Bangsal Jerenggen bersebelahan kedai makan miliknya di Jalan Sultan Mohamad di sini.
Baharuddin Mamat, 66, membersihkan ruangan dalaman bangsal yang diubahsuai seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang. - Foto NSTP/Nazdy HarunBeliau yang berasal dari Kampung Bukit Besar berkata, kemasan dalam bilik itu direka mengikut cita rasanya.
"Apabila tandas di bahagian luar kedai penuh, saya akan minta pelanggan masuk ke dalam bangsal untuk menggunakan tandas dan ramai yang terkejut melihat dalaman tandas ini.
"Tandas mencermin kebersihan. Oleh itu walaupun tandas di luar bangsal yang sering digunakan pelanggan kelihatan dindingnya agak usang, namun kebersihan di dalamnya tetap terjaga.
"Kedua-duanya saya jaga serta membersihkannya setiap masa bagi menjamin kebersihannya selain selesa untuk digunakan pelanggan.
"Sebelum ini apabila ke tandas kedai makan di mana-mana yang saya singgah, saya melihat kebersihannya tidak dititik berat," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pok Din Lejeng'.
Sementara itu, pelanggan, Rosliza Jusoh, 35, berkata tandas di dalam bangsal kedai makan itu tidak ubah seperti bilik hotel kerana sangat cantik dan bersih.
"Kalau lihat bahagian luar rasanya waswas nak masuk, namun sebaik pintu bangsal dibuka saya amat terkejut melihat kekemasan ditambah pula dengan adanya pendingin hawa.
"Pok Din benarkan saya menggunakan tandas dalam bangsal itu kerana tandas di luar digunakan individu lain dan saya tidak sangka di luarnya kelihatan seperti rumah setinggan, namun di dalamnya seperti banglo," katanya.
Beliau berkata, seperti mimpi apabila melihat bangsal itu kerana luaran tidak mencerminkan dalamnya yang amat cantik dan sempurna. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Dilihat dari luar hanya sebuah bangsal yang menunggu masa untuk roboh, namun sebaik melangkah ke dalam ia tidak ubah seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.'
Apa begitukah simbolik gambaran pembangunan yang dibawa oleh parti Islam PAS dalam menerajui Kelantan dan Terengganu selama ini? Ya, mereka membangun bersama Islam.
Jangan berfikiran ala perkauman sempit, kepala otaknya diserkup tempurung jumud parti DAP yang anti Islam di negara umat Islam Malaysia yang tercinta ini. Hukumlah mereka dalam PRU 15 ini!
No comments:
Post a Comment