Friday, May 13, 2022

Kunyit hitam, ke arah 'peningkatan aktiviti seksual' -Penyelidik UMK.

 

Kunyit hitam mampu tingkat metabolisma sel badan

KOTA BHARU: Penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menemukan banyak potensi dan kelebihan ekstrak kunyit hitam terhadap kesihatan manusia yang boleh dikomersialkan.

Antaranya dapat meningkatkan metabolisma sel badan, anti kanser, pengenduran saluran darah, perlindungan jantung, peningkatan aktiviti seksual, perlindungan saraf, anti alahan (alergic) dan anti bakteria.

Kunyit hitam mempunyai dua bahan aktif iaitu bioflavonoid dan methoxyflavones yang sangat tinggi dan diperlukan badan manusia untuk memperbaiki sistem tubuh dan memberi kesan pemulihan yang cepat.

Ketua Projek Perintis Ladang Agroforestry UMK, Prof Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, kunyit hitam juga diberikan jolokan viagra semula jadi kerana kandungan bahan aktif yang tidak terdapat pada halia lain.

Katanya, produk kesihatan tersebut giat dibangunkan UMK melalui Projek Perintis Ladang Agroforestry yang diusahakan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT).

“Harga kunyit hitam agak mahal dan mampu mencecah RM500 sehingga RM1,000 sekilogram. Selain itu penanamannya di negara ini masih terhad kerana mudah terdedah serangan penyakit.
“Projek mengkomersialkan kunyit hitam atau nama saintifik ‘kaempfiera parviflora’ dilakukan dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Syarikat Magical Wisdom Sdn Bhd di bawah bimbingan Dr Fung Fwei Chong,” katanya pada kenyataan di sini.

Dr Wan Mohd Faizal berkata, UMK dan Magical Wisdom mengusahakan sebanyak 200,000 anak benih kunyit hitam yang ditanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia.

Menurutnya setiap pokok dirawat dengan agen kawalan bakteria bagi mengawal anak pokok daripada serangan kulat, serangga dan ulat daun serta sebagai agen pembajaan biologi bagi memastikan anak-anak pokok kekal sihat.

Selain itu tambahnya, tanah yang digunakan dirawat dengan agen bioremediasi supaya bebas daripada racun kimia, hidrokarbon dan logam berat.

“Kunyit hitam merupakan spesis tumbuhan herba perubatan daripada jenis halia dan digunakan sebagai ubat tradisional sejak zaman dahulu.

“Tumbuhan kunyit hitam di Malaysia agak sukar diperolehi di mana ia berasal dari Thailand dan Kemboja. Lazimnya diimport dari Thailand, Taiwan dan India,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2022

1 comment:

  1. Rakyat dapat menilai siapa yang lebih berwibawa dan menang dalam perdebatan Bossku vs Bang Non.

    Anwar hanya berkelulusan Pengajian Melayu (sastera) dari Universiti Malaya. Beliau secara ilmiahnya sudah tentu kurang arif dalam bab ekonomi.

    Sekiranya beliau membuat “homework” atau persiapan berkenaan topik perdebatan semalam maka tidaklah beliau kelihatan terpinga-pinga atau “blur” ketika Datuk Seri Najib membentangkan isu ekonomi negara.

    Anwar Ibrahim dilihat gagal membuat persiapan untuk acara debat tersebut.

    Itu lah kelebihan Bossku berbanding Bsng Non dan Tun Mahathir. Bang Non lebih pada champion retorik dan goreng penyedap rasa tanpa fakta dan statstik.

    Manakala Tun Mahathir akan selalu berdasarkan pada persepsi dan fitnah jijik bila berhujah dan sering menafikan 'saya tidak tahu' dalam semua hal.

    Datuk Seri Najib pula mampu mengeluarkan statistik dan data, yang nampaknya gagal disangkal oleh presiden PKR itu.

    Bossku meletakkan statistik dan data daripada pengalamannya sebagai bekas perdana menteri dalam mempertahankan pandangannya.

    Komen Najib tentang bagaimana pekali Gini, yang mengukur jurang pendapatan, menyusut semasa beliau menjadi perdana menteri.

    Malangnya fakta dan data yang berkembang dalam tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah yang menunjukkan kegagalan PH telah menyebabkan Anwar terpinga - pinga dan tidak mampu bertindak balas terhadap perkara ini.

    #gorengdanfitnahjijikrakyatdahmeluat

    ReplyDelete