1. Malaysia layak jadi model Fiqh Ta’ayush
HE Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islami~Muslim World League merupakan watak penting dalam penganjuran Forum mengenai nilai-nilai sejagat di antara penganut agama-agama yang berlangsung semalam.
Sejurus selepas habis majlis penutup forum, Sheikh Dr. Mohammad Alissa menjemput saya berbual mesra. Alhamdulillah kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Sheikh telah menyampaikan rasa teruja dengan aplikasi konsep Fiqh Ta’ayush di Malaysia melalui ucapan saya semalam sekali gus beliau merasakan ia sangat bermakna buat peserta yang masih baru dengan Fiqh Ta’ayush untuk diaplikasikan di negara masyarakat majmuk.
Dalam ucapan semalam, saya membentangkan aplikasi Fiqh Ta’ayush di negara Malaysia yang majmuk ini dengan meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan:
Pertama: Ukhuwah Islamiyah (Persaudaraan sesama Islam)
Kedua: Ukhuwah Wataniyah (Persaudaraan sesama Warganegara)
Ketiga: Ukhuwah Basyariyyah (Persaudaraan sesama Manusia)
Ia diterjemahkan secara praktikal melalui konsep Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera. Semoga usaha ini akan terus mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di negara kita. Insya-Allah.
Sheikh Dr. Muhammad Alissa menyatakan Malaysia cukup bertuah dan layak untuk dijadikan sebagai model Fiqh Ta’ayush untuk negara-negara Islam serta bukan Islam bagi mengenali Islam yang sebenar. Seterusnya ia akan menolak ancaman dan ideologi Islamofobia.
Beliau berharap agar agensi-agensi Islam di Malaysia dapat melaksanakan program seperti ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sheikh yang sudi saling menasihati kami khususnya pemerkasaan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Pertemuan yang sangat bermakna buat saya.
YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/5/2022
KOTA BHARU: Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah yang tidak dapat menunaikan ibadat umrah Januari telah dibayar pada Mac lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pembayaran itu diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada jemaah terlibat.
Katanya pembayaran pampasan itu diberi ekoran penangguhan sementara ibadah umrah sejak 8 Januari lalu lalu kerana faktor keselamatan dan kebimbangan wabak varian Omicron Covid-19.
“Mereka yang menerima pampasan memenuhi syarat yang ditetapkan TH termasuk dokumentasi yang lengkap berkaitan dengan perbelanjaan umrah.
“TH selesaikan bayaran pampasan Mac lepas kepada mereka yang terlibat. Kita berharap saguhati itu dapat meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan umrah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan jemaah umrah bakal menerima pembayaran sebanyak RM1,671 seorang daripada kerajaan, ekoran penangguhan sementara ibadah itu 8 Januari lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, pembayaran saguhati dikreditkan menggunakan akaun simpanan Tabung Haji (TH) jemaah umrah. – HARAKAHDAILY 12/5/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, suatu perkembangan Islam yang menarik masakini.. Bukan seperti sebelumnya, jauh lagi semasa tadbir urus PH (Pakatan Harapan) yang dibenci dan ditolak rakyat.
Zaman pee hancing siap nak jual aset tabung haji. Bukan cari ikhtiar bagaimana nak pulihkan. Ini jarum untuk rompak harta orang Islam ikut dokumentasi. Sialan betul menteri agama ketika itu. Ikut telunjuk ustaz eng guan.
ReplyDeleteRupa rupanya yang luluskan pembelian kapal selam scorpene ialah pm atok dan menteri duit nya abam ketika itu. Aduui. Kena tipu seluruh rakyat jelata putar belit atok dan abam. Sebab ajib jadi pm, abam cari jalan nak jadi pm dgn jatuhkan ajib. Licik licik si abam ni.
ReplyDelete