Kelantan komited bangunkan tenaga boleh baharu (TBB) -Sambut seruan Menteri Alam Sekitar dan Air, di Persidangan Ke-26 UNFCCC COP-26 di Glasgow, Scotland baru-baru ini..
NAK kekal memerintah tapi tak ada idea untuk membangunkan negeri? Kalau betul la tak ada idea, takkan la projek seperti Projek Ladang Solar Terapung di Danau To’ Uban, Kelantan ini dibuat.
Dah 80 peratus dah tahap kemajuan kerja projek. Sikit lagi nak siap. Tahap kemajuan kerja pemasangan panel solar dah 90 peratus.
Pemasangan kebel besar Kampung Chandan ke Bukit Kecil sepanjang 10 kilometer untuk pastikan tenaga masuk ke sistem grid elektrik pun dah 100 peratus siap.
Alhamdulillah melalui TNBRE yang melakukan cerapan telah meluluskan ladang solar masuk ke dalam grid elektrik nasional, dan dengan kelulusan Feed in Tarif daripada Sustainable Energy Development Authority – SEDA Malaysia. Di samping itu, dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di bawah kepimpinan YBM Dato’ Takiyuddin Haji Hassan pembangunan sebegini dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan.
Kalau kita naik kapal terbang, kita dah boleh nampak ladang solar ni. Nampak terbentang petak-petak panel solar memenuhi Danau To’ Uban.
Kelebihan buat dalam tasik sebegini sebenarnya bagus memberi sistem penyejuk (cooling system) terhadap ladang solar ini secara menyeluruh.
Jangka hayat panjang sikit panel-panel dan peralatan itu. Tak la panas sangat. Kalau ladang solar ini dibuat di tanah, dengan keluasan 164 ekar, mungkin akan ganggu bahagian tanah untuk tujuan pertanian pula.
Ladang solar dalam Danau To’ Uban ini akan hasilkan tenaga 100 Mega Volts (DC) atau 60 Megawatt (AC). Dengan tenaga sebanyak ini, 259,004 Megawatt jam kuasa setahun dijana bagi manfaat kepada 86,000 isi rumah di Kelantan.
Projek tenaga boleh baharu (TBB) macam ni sebenarnya sebagai menyambut seruan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dalam ucapan Bahasa Melayu beliau di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) Glasgow, Scotland baru-baru ini menjelaskan mengenai sebahagian Pelan Peralihan Tenaga Malaysia 2021-2040 supaya;
1. Malaysia mencapai kapasiti penjanaan TBB sebanyak 31 peratus pada tahun 2025 dan
2. Malaysia mencapai kapasiti penjanaan TBB 40 peratus pada tahun 2035 bagi grid kebangsaan.
Sebenarnya dengan usaha peningkatan penggunaan TBB ini akan membantu dalam usaha pengurangan pengeluaran karbon dioksida.
Bagi Projek Danau To’ Uban ni sebanyak 178,713 tan metrik setiap tahun karbon setahun dapat dikurangkan. Jadi Kelantan tidaklah ketinggalan dalam idea teknologi hijau berkaitan pengurangan karbon ini.
Apa faedah projek solar TBB yang membantu pengurangan karbon ini?
Inisiatif projek TBB sebegini adalah menyokong usaha di peringkat global bagi memastikan matlamat mengehadkan pemanasan global pada tahap 1.5 darjah Celsius tercapai.
Sasaran ini dapat dicapai dengan usaha mengurangkan pelepasan karbon yang merupakan sebahagian daripada gas rumah hijau (GHG) yang memberi kesan terhadap pemanasan global dan mencairkan ais di kutub bumi. Semua ini akhirnya memberi impak negatif terhadap masyarakat dunia termasuk di Kelantan apabila berlaku perubahan iklim yang sukar dijangka.
Jadi masyarakat perlu diberi kefahaman mengenai kelebihan projek tenaga boleh baharu ini. Kita sebagai masyarakat perlu nampak impak mikro dan makro bagi projek penting seperti TBB ini.
Sebab kalau kita tak nampak, kita takkan gagal membuat pertimbangan idea dengan baik. Kita gagal melihat serta menilai secara adil akan mengkritik secara dangkal dalam kesempitan binari politik.
Kalau kita melihat dengan mata lalat, kita nampak yang huduh-huduh sahaja mengenai Kelantan. Bahkan ada yang sampai tahap reka-reka cerita atau recycle gambar atau cerita lama yang dah selesai untuk mencitrakan sesuatu yang huduh mengenai Kelantan.
Amat baik kalau jadi mata lebah bila turut nampak hal-hal yang baik seperti projek sebegini yang wujud dan telah lama jadi idea di Kelantan.
Walaupun Exco Teknologi Hijau di Kelantan adalah seorang ustaz atau lebai iaitu Ust Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, namun gandingan profesional bersama beliau merealisasikan projek sebegini. Terima Kasih agensi seperti Kelantan Utilities Mubaarakan – KUM dan Malaysian Greentech Corporation (mgtc.my) di bawah Kementerian Alam Sekitar Dan Air yang telah facilitate dan memperlancarkan projek ini sampai jadi.
Cuma nak pesan, kalau terus selesa bermata lalat sekalipun, jangan sampai jadi macam mata lembu. Mata lembu adalah mata yang suka buat kerja mereka-reka cerita fitnah, cerita misleading luar konteks atau cerita separuh masak. Hal tabiat pencetus bermata lembu ini telah disebut oleh oleh Ahmad Fahmi Mokhtar dalam tulisan beliau sebelum ini.
Pendekatan mata lembu paling agung apabila terpedaya dengan propaganda yang memangkas (crop) sekeping dua gambar untuk dibuat perbandingan secara dangkal dan lewah.
Akhirnya, pembaca yang malas, yang hanya berminat pada headlines dan pangkasan gambar akan terus nyaman dalam menjadi ternakan permainan manipulasi pencetus bermata lembu yang sedemikian.
Apapun, mengkritik itu tak salah, tapi biar jelas berfakta pada konteks yang betul. Bila kritikan itu jelas ‘berbutir’ ore kelate kato, akhirnya pihak terbabit dapat segera perbetul keadaan. Mengkritik tak salah, cuma tak perlu sampai tahap menghina atau perlecehkan!
ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
24 Mei 2022 – HARAKAHDAILY 24/5/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan komited bangunkan tenaga boleh baharu (TBB). Hasil dari menyambut seruan Menteri Alam Sekitar dan Air, di Persidangan Ke-26 UNFCCC COP-26 di Glasgow, Scotland baru-baru ini..
Kelantan di bawah PAS yang agak baru bebas dari didera oleh Kerajaan Pusat, sudah mula berkreatif demi keprihatinan rakyat, dan membangun bersama Islam.
Maka wajarlah demi pembangunan negara, pada PRU 15 ini 'undilah' PAS dan parti-parti kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
2 comments:
Adakah Bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu gang G25..!?
Kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara berikutan sebelum ini kebanyakan rampasan hanya membabitkan pokok ganja yang ditanam di dalam pasu sahaja.
Adakah Datuk ini gang G25 pejuang liberal pluralist lgbt gay dan icerd ..!?
Kita tgk Datuk ni lepas bebas mcm anak Cina Vincent Tan kroni depa atau senasib dng penyanyi melayu tu... suma kes ada ladang ganja
haah kita tunggu dan lihat sambil haahh tepokkkk
Dalam pas sebenarnya ramai yang mampu buat kerja. Ramai profesional bersama pas. Yang profesional dan juga ulama, atau ulama yg profesional ada juga dalam pas. Mereka ni jenis yang benci rasuah. Haram duitnya.
Cuma selalu jadi bahan fitnah. Ekstreme lah, taliban lah, potong tangan lah. Ini semua dakyah legasi komunis yang bencikan kebaikan. Benci aman. Benci ibadah. Mereka suka judi. Mereka suka arak. Mereka suka rasuah. Mereka suka kelab malam. Mereka suka liberal. Mereka suka kelompok melayu yang caci bangsa sendiri.
Jadi tak hairan legasi komunis mesra dengan parti liberal dan parti kuali. Dua parti ni bukan ulama tapi sangat effisian mengutuk ulama dan ustaz.
Post a Comment