Tuesday, May 24, 2022

Rakyat protes haga barang? Wakaf Air agih lebih RM900,000..

 

1. Harga barang: Jangan tunggu rakyat protes

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) wajib segera mengambil langkah intensif menyelesaikan kenaikan harga barang ketika ini.

Isu yang telah berlarutan sejak sekian lama ini nampaknya tidak pernah diputuskan sebaliknya terus menimpakan beban kepada rakyat selaku pengguna hampir setiap bulan. Sepertinya ada ‘lembaga dan hantu-hantu raya’ yang sukar diusir dan dihapuskan; atau sebenarnya mereka ‘dibela’?

Keluhan rasa kecewa rakyat nampaknya sedang menjadi ‘api dalam sekam’ tatkala pihak berwajib pula asyik menyatakan penafian yang dilihat boleh menyebabkan klimak pertembungan antara rakyat dan kerajaan. Walaupun jauh untuk tercetus krisis seperti di Sri Lanka, namun kerajaan tidak boleh membiarkan isu ini terus berulang.

Lebih-lebih lagi rantaian kesan kenaikan harga barang ketika ini meliputi keperluan bahan mentah dapur, makanan, perkhidmatan dan input kepada produk proses berasaskan keperluan harian. Akhirnya, ia menimbulkan rasa ‘tidak guna’ segala inisiatif pakej rangsangan ekonomi, bantuan khas dan skim yang telah diberikan.

Juga menyebabkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan penetapan gaji minimum RM1,500 seperti tidak meredakan kekurangan atau memberi nilai tambah. Sebaliknya segala pemberian itu ditanggapi untuk dibelanjakan bagi mengkayakan pihak-pihak berkepentingan atau ‘rakan subahat’ lain.

Campur tangan Kabinet secara kolektif dan tegas dalam memberi penyelesaian komprehensif masalah ini mesti diumumkan kepada rakyat dalam masa terdekat. Kerana amarah tersembunyi ketika ini sedang bergelumang dengan kebimbangan kekurangan bahan-bahan mentah keperluan harian.

Warga rakyat yang bermaklumat dan kritis menilai betapa isu sekuriti makanan sedang menjadi perbahasan dunia mutakhir ini amat berisiko lebih cepat berlaku di negara ini. Untuk itu, kerisauan ini mesti ditenangkan dengan penjelasan sewajarnya serta dijamin dengan tindakan-tindakan yang meyakinkan.

Agensi-agensi penguat kuasaan perlu lebih berani untuk memerangi semua jerung, kartel, sindiket dan dalang punca kepada masalah ini. Sebarang ugutan atau ancaman mesti segera dilaporkan ke penguat kuasa keselamatan bagi membentuk perlindungan hingga masalah ini dapat di atasi.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS – HARAKAHDAILY 22/5/2022

2. Wakaf Air agih lebih RM900,000 sehingga 15 Mei  

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejumlah RM930,978.98 telah dibelanjakan Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) untuk membiayai 23 projek seluruh negara sehingga 15 Mei lalu.

Menurutnya, KASA menyasar untuk membelanjakan RM2 juta pada tahun ini demi kesejahteraan hidup rakyat dan kelestarian dana Wakaf Air.

“Terima kasih tidak terhingga kepada para pewakaf. Insya-Allah, pahala mengalir seperti air. Teruskan berwakaf,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, laman Wakaf Air memaklumkan jumlah kutipan sehingga 15 Mei lalu adalah sebanyak RM3,955, 222.27.

Wakaf Air merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), kerjasama antara YWM dan KASA.

Pelaksanaan kerjasama itu telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 20 Oktober 2020.

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000.00, antaranya sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304.

Kelulusan potongan cukai kepada pewakaf yang berwakaf kepada YWM di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah tamat pada 31 Disember 2021 dan dalam tindakan penyambungan.

Justeru, semua pewakafan bermula 1 Januari 2022 adalah tidak layak mendapat potongan cukai sehingga dimaklumkan oleh YWM dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 23/5/2022

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

11 comments:

  1. kementerian jgn lembab tindak ini bamyak kartel punya game... kartel ni dah lama bettapak 22 tahun kita kena waspada bila kartel terdesak depa boleh game cara lain naik harga dan sabotaj penguna


    hapuskan kartel cari jalan hapuskan monopoli kartel

    ReplyDelete
  2. eh ko kan kerajaan. apo ko buat selain tulis kat fb. dulu harga barang murah time barua dap perintah. ini makin naik tak pernah turun.. kartel mende kalau ko tak tau buat kerja. ada kuasa guna.. tu la kalau jadi kerajaan tak berkat.. baik la jadi barua dap harga marah stabil ni macai mca naik terus naik.. tu pun puas hati.. dulu kutuk kasut hitam kenapa sekarang tak tukar putih balik sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan skrg ni d bela oleh kartel2 d mlysia, mcm mne nk benteras..

      Delete
  3. Sorang presiden tu pun ada waqaf. Yayasan aqalbu. Tak ambil satu sen duit kerajaan atau rasuah. Semua duit elaun syarikat, untung dari syarikat miliknya.

    Tapi yayasan ada bila mula jadi mp. Sejak tu makin kaya. Projek sepatut untuk rakyat, jadi projek syarikat. Untung masuk yayasan. Elaun masuk yayasan. Yayasan bukan milik org lain. Tapi sendiri punya.

    Ada kuasa boleh kontrol tender. Masuk politik boleh dapat kuasa. Ini politician jahat. Untuk diri sendiri bukan untuk rakyat. Mentaliti fokus pada diri bukan pada rakyat. Resah rakyat peduli apa. Resah diri sendiri yg dilayan. Jiwa iblis meresap.

    Mewakili kelompok yang punya material jiwa yg sama. Kaya diri, ambil hak rakyat. Politik sebagai pentas kumpul harta. Bukan wakil yg mewakili rakyat. Retorik, bohong, janji palsu, adalah ucapan lazim untuk kelabukan rakyat. Gula gulakan rakyat untuk undi. Dapat undi mula bekerja untuk kumpul harta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi yg bodo, semstinya org mlyu.. Mcm org mlyu sllu sebut, YB rasuah ke cuti duit ke tu dia punya pasal, asalkn kitabdpt bntuan dan irg mlyun isle perintah..

      Delete
    2. Ramai melayu yg bijak. Itu sebab mereka tolak perasuah, baik dia dari kris atau dari legasi komunis. Legasi komunis terkenal sebagai bangsa yg kuat beri rasuah. Jadi masih ramai melayu yang cerdik dan bersih. Saki baki yg bodoh tu yg undi genang rasuah. Dapat sikit buah tangan dah rasa berhutang.

      Ayuh jadi bumiputera yg cerdik. Tolak kris, tolak liberal, tolak legasi komunis. Jenama dari dunia gelap.

      Delete
  4. Rakyat dah meluat Tun Mahathir, beratus billion beralih tangan dari wang milik rakyat menjadi milik kroni.

    Bukan salah Najib Razak jika dia popular waktu ini. Berpuluh jemputan di terima oleh Datuk Seri Najib Razak dan beliau terpaksa memilih tempat yang hendak di kunjungi sebab tidak boleh berada di semua tempat jemputan pada satu masa.

    Tabiat Mahathir apabila sesuatu dakwaan itu benar dan beliau tidak dapat menjawap , berdiam diri dan berharap perkara berlalu pergi dan di lupakan.

    Mahathir sepatutnya amat malu selama dua puluh dua tahun dia menjadi Perdana Menteri, dia hanya mengedarkan wang rakyat kepada kroni dan proksi nya sahaja.

    Jika tidak cara “Bailout” , mungkin cara “pampasan” seperti Jambatan Bengkok. Akhir ini acara 'bailout dan rompak' dapat dihidu oleh rakyat dimana saja Zety diarah menjawat sesuatu GLC maka bailout dan rompakan pasti berlaku. Kerja kotor fitnah jijik pasti berlaku mengenakan musuh Tun.

    Ini lah satu sebab kenapa Zety begitu liat diheret ke mahkamah atas kesalahan AMLA semasa jadi Gabnor Bank Negara.

    Ketika Datuk Seri Najib mengeluarkan wang rakyat dan mengedarnya kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) , Mahathir berasa amat malu kerana dengan tindakan Najib itu jelas menunjuk kan bahawa Najib melaksana kan perkara betul, maka Mahathir segera menempelak Najib dengan menyatakan Najib merasuah rakyat. Sial punya malaun renta ini..!!

    Teori Mahathir mudah bela kroni Cina sebab kaum Cina boleh bagi anak cucu banyak duit rasuah dan saham sambil menghina bangsa nya sendiri.

    Akhirnya Pulau Batu Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew dan jadi barua pada proksi Lee Kwan Yew di negara sendiri.

    Hakikatnya anak cucu serta sanak saudara dan kroni yang bodoh berniaga asal saja bailout berlaku maka orang Melayu ditunjal dahi sedangkan anak dan sanak saudara yang bodoh bangang berniaga.

    Najib mengamalkan perkara betul , kerana wang di edar dibawah (rakyat marhaen) akan naik keatas kerana putaran ekonomi sedangkan cara Mahathir mengalihkan wang milik rakyat kepada kroni nya.

    Sapura Energy contoh terbaru bila ada saja Zety di PNB suntik dana milikan saham Sapura Energy maka rompakan oleh anak Mahathir pun dimulakan. Begitulah Tun Mahathir mencuri duit negara.

    Cara Mahathir pula wang di edar diatas (kroni nya) belum tentu turun kebawah.

    Alasan bangang Mahathir segera umum selepas dua puluh tahun, dia gagal memajukan orang melayu , kerana sikap orang Melayu. Kutuk Melayu bila anak serta sanak saudara dan kroni rompak dan curi duit negara.

    Itu cara Mahathir salah kan orang lain, Mahathir tidak pernah salahkan diri sendiri.

    Terkini wang sejumlah RM2.9 bilion milik PNB telah dialihkan kepada syarikat Sapura Energy milik kroni Mahathir.

    Dari syarikat milik kroni , kini menjadi beban kepada rakyat untuk menyelamatkan Sapura Energy atas sebab sudah menjadi milik rakyat.

    Isu Forex bila untung forex duit masuk poket kroni, bila rugi 30 billion duit rakyat kena tanggung semua sapu berak taik kroninya. Sambil itu kroni kroni Mahathir kekal kaya raya.

    Mahathir ucap kepada rakyat “jangan iri hati kepada orang kaya’ , kini kita pesan kepada Mahathir jangan iri hati kepada orang Popular macam Najib.

    Mahathir yang sepatut malu membela orang semburit dan penyamun 1MDB Zeti Akhtar yang terdapat wang RM700 juta di dalam akaun suami nya di sorok di Singapura.

    Kekecewaan Tun Mahathir kerana jutaan wang ringgit telah di habiskan unuk memburukan kan jenama Najib semenjak PRU14 lagi namun tidak berhasil.

    Semua salah Melayu. Celaka lah PejWang kali ini dan celaka melingkuplah Boboi dan Marina Gereja pejuang COMANGO murtad di PRU 15 nanti. Lingkupkan PejWang maka lenyapkan legasi ini selama lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brpe byk la ko dh mkn taik najib ek.. Smpi bodo mcm ni tk penah wujud la sejak malaysia merdeka..

      Delete
  5. Patutle ph jatuh.

    Geng penyamun x tahan dgn ketelusan pemerintahan ph. Sanggup berpeluk dgn pas seketika demi utk hidup semula.

    X cerdik betul siapa sokong gabungan p end dan b end.

    Barang mencanak. Rakyat semakin merana. KWSP semakin kurang.

    ReplyDelete
  6. 10.23

    walaun totok Tun panas montot tu...



    rela di tipu Tun berkali kali


    kikikiki.... lingkup kan boboi maka melingkup Tun dan Marina Gereja sekali gus

    ReplyDelete
  7. Ada giler kuasa. Ada giler harta. Ada giler bontot. Ada giler nama. Ada giler rasuah. Semua in ada dllm pee hancing.

    Kalau dalam kris, tolak bontot jer. Yang lain boleh pakai. Tambah satu lagi. Bacul. Kerusi majoriti melayu serah kat legasi komunis memsiee.

    ReplyDelete