Monday, May 09, 2022

‘Save Kelantan’? & Sinikal ‘Isley’...

 


1. ‘Save Kelantan’ didalangi parti pembangkang

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menganggap kemunculan NGO yang dikenali sebagai ‘Save Kelantan’ didalangi parti pembangkang semata-mata untuk mencari kelemahan kerajaan kepimpinan ulama.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, keghairahan mereka mencari kesalahan kerajaan PAS Kelantan, jangan pula sampai menimbulkan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Biarpun begitu kita akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Biarpun mereka mahu bertindak sebagai pemantau jangan pula isu berbaur fitnah dilempar semata-mata untuk menghentam kerajaan.

“Sepatutnya kalau boleh kita bersama-sama merapatkan persaudaraan. Ini kerana apa yang kita pertahankan di Kelantan dasar Islam yang tidak banyak dapat dilaksanakan di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Demit yang diadakan di perkarangan Pasar Tok Kenali di Cabang Binjai di sini semalam.

Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Setiausaha PAS Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaacob.

Mumtaz yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian menjelaskan Pasar Tok Kenali tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Jun atau Julai hadapan.

Menurutnya lokasi terbabit akan dijadikan sebagai pusat aktiviti masyarakat di Dun Demit selain memperkasakan lagi sosio ekonomi penduduk tempatan dalam usaha menempuh fasa endemik Covid-19.

“Alhamdulillah kerajaan negeri dapat menyiapkan pasar ini yang menyediakan kemudahan lebih selesa kepada peniaga dan orang ramai bagi membeli keperluan harian,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2022

2. Sinikal ‘Isley’ hanya akan memakan diri 

LUCU. Baca naratif menyalahkan pengundi perantau yang balik mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan. Seolah-olah meninggalkan rakyat Kelantan ‘derita’ di bawah Kerajaan PAS.

Walhal PRU14 yang lalu, ramai perantau yang pulang berikan undi kepada Pakatan Harapan (PH). Akibat terpengaruh dengan gelombang PH.

Ertinya, yang mengekalkan PAS di Kelantan adalah rakyat Kelantan sendiri, tambah dengan undi perantau yang memahami hasrat rakyat Kelantan. Kenapa rakyat Kelantan nak PAS juga? Itu kena tanya rakyat Kelantan.

Dan, permainan istilah ‘Isley’ (Islam) dengan konatasi memerli dan merendahkan orang Kelantan adalah tindakan yang memakan diri.

Orang Kelantan, kalau kau buat perli ‘Isley’ macam tu, dari dia rasa nak marah pada Kerajaan Kelantan, dia boleh berubah mempertahan Kerajaan Isley yang kau buat perli.

Maaf. Suatu perbandingan bodoh, “demo nok ‘Isley’ ko nok air?”. Denyut nadi rakyat Kelantan ni sanggup bergolok bergadai demi Islam. Rela diseksa demi Islam.

Setakat duk banding perihal air yang jarang-jarang sangat bermasalah dengan agama suci Islam. Mudah sahaja dikahakkan air itu.

Jadi teruskan guna istilah ‘Isley’ tersebut. Kalau boleh bagi teruk lagi hingga timbul simpati yang lebih besar. Gitew.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/5/2022

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails