Sunday, May 15, 2022

Singkap nestapa 9 Mei 2018, PH didominasi DAP rampas Putrajaya..

 


1. Jangan ulangi nestapa 9 Mei 2018

KEBELAKANGAN ini isu berkenaan pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hangat diperkatakan. Ada pihak yang mahu Parlimen ke-14 ini kekal sehingga ke penghujung penggal iaitu pada atau sebelum 16 September 2023 nanti manakala ada yang mahu Parlimen segera dibubarkan untuk beri mandat baru pada kerajaan.

Tragedi ini berlaku 53 tahun dahulu bermakna mereka yang berumur 53 tahun ke bawah tidak melalui peristiwa ini dan tidak merasai keperitannya. Kalau tahu pun hanya melalui pihak ketiga, bacaan dan sumber maklumat lain.

Ia sesungguhnya pengajaran besar dalam mengurus kestabilan politik dan hubungan antara kaum dalam negara tercinta.

Saya sengaja memaparkan 3 keping foto lama yang menyumbang kepada tercetusnya peristiwa hitam ini yang telah mengorbankan nyawa 196 orang dan 149 mengalami kecederaan. Tidak termasuk harta benda yang musnah. Ia bukan rahsia pun.

2 logo parti jelas terpampang dalam foto berkenaan iaitu DAP dan Gerakan yang sedang berarak meraikan kemenangan mereka dalam PRU 1969.

Sayang kita tidak ada video atau audio yang boleh melihat dan mendengarkan kita jeritan, slogan dan maki hamun yang keluar dari mulut mereka yang berarak itu.

Foto 3 jelas terpampang sebatang ‘penyapu’ besar turut diarak. Penyapu diarak sebagai simbol mahu menyapu orang-orang Melayu kerana semasa kempen PRU 1969 parti-parti ini membakar sentimen menolak hak keistimewaan Melayu yang didakwanya mendiskriminasi dan tidak adil.

Dalam PRU berkenaan Perikatan (kini BN) hilang 2/3 majoriti buat pertama kali sejak PRU pertama 1959.

Di Selangor yang punya 28 kerusi DUN (yang ketika itu turut meliputi WP Kuala Lumpur) berlaku ‘hung parliament.’ Perikatan menang 14 kerusi manakala DAP 9, Gerakan 4 dan Bebas 1.

Kiranya DAP bergabung dengan Gerakan dan Bebas ketika itu kedudukan DUN menjadi 50-50 dan kerajaan negeri sukar dibentuk.

Mereka yang berarak mendakwa kerajaan Melayu Perikatan telah roboh dan mereka bakal naik menerajui Selangor.

Berbagai khabar angin dan berita palsu tersebar dan berligar. Ini turut menjadi hangat apabila pihak Komunis PKM turut mengeksploitasi mengadu-domba untuk mencetuskan huru-hara.

Menurut Felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:

“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,”

Tambahnya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) mengenai agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.

Lihatlah apabila tiada hormat lagi terhadap sejarah, budaya, amalan dan asal-usul kita mudah sahaja ketegangan tercetus.

Bagi saya sebagaimana pernah disebut berulang-kali, yang wajib dibina dan dibentuk adalah penyatuan politik umat Melayu Islam agar kekuatan politik ummah ini memimpin.

Dari penyatuan ummah barulah terbina perpaduan nasional, yang majoriti memimpin

Kita kelompok majoriti dalam negara, tetapi kiranya kita berpecah, berbalah sesama sendiri, menolak perintah penyatuan ummah yang diseru Allah S.W.T dan berjaya dilahirkan Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu, maka kita akan mengulangi peristiwa malang seumpama ini.

Ia berlaku pada PRU 1969 dan sekali lagi berlaku pada PRU 2018. Cuma pada PRU 2018 tiada rusuhan kerana mereka berjaya menang menundukkan kekuatan kita yang gagal didamaikan.

Tangisan air mata darah sekalipun tiada bermakna kiranya bumi dipijak milik orang. Kiranya kaduk sudah melangit naik junjung. Beringatlah wahai sekalian pemimpin kami. 


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/5/2022

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Presiden parti liberal tunjuk cara bahagi kek untuk rakyat. Sembang boleh lah. Sembang jadi temberang. Sama macam temberang dulu. Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.

Temberang baru. Hari ni jadi kerajaan, esok rakyat dapat kek besor.

Anonymous said...

Orang paling kecewa bila Najib bebas ialah Tun Mahathir dan Bloger Tukar Tiub.

Tulisan terbaru Tun Mahathir, beliau telah melaksanakan kerja Pre-emptive nya untuk menekan supaya Najib di dapati bersalah.

Kes unik fitnah jijik 1MDB yang di reka khusus oleh Pakatan Harapan dan Tun Mahathir untuk penjarakan Najib Razak dan bukan untuk cari kebenaran pasti akan mengecewakan Tun Mahathir jika Najib Razak didapati tidak bersalah.

Kes dimana ada pihak yang didakwa ada yang tidak didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan di lihat begitu carca marba dengan banyak kemunculan pembuktian baru dan fakta baru.

Terang terangan terang lagi bersuluh satu bentuk “conflict of interest” , namun kes tetap d teruskan.

Malah, pada isu gentian Hakim asal juga terlihat alasan dimana hakim asal di tukar kerana abang nya ada lah seorang ahli UMNO.

Sejak bila Mahathir hormat Presiden UMNO tidak kira siapa pun dia?

Tidak pernah ada Presiden UMNO yang pernah selamat dari gangguan Mahathir.

Mahathir sendiri sebut di dalam tulisan nya, bahawa ramai ahli UMNO mahu pilihanraya di segerakan , bermakna , ia satu akuan bahawa UMNO bertindak ikut kehendak ahli dan bukan ikut kehendak Najib.

Tulisan terbaru Tun di percayai terhasil dari kekecewaan parti nya telah di tolak secara “total wipeout’ di PRN Johor.

Hilang deposit pada 42 kawasan yang di tandingi. Peduli lah siapa ahli UMNO akan pilih, kerana itu urusan UMNO itu bukan urusan kau lagi Tun Mahathir. Kau bela saja Parti PejWang yg hidup segan mati tak mau demi Boboi yang bakal rakyat lingkupkan PRU 15 nanti.

Rakyat meluat. Melingkupkan Boboi maka melingkup Tun secaea total di PRU 15 kali ini.. Ini kalilah..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails