Wednesday, May 11, 2022

Sukan SEA: Wendy (pakaian telanjang), sumbang emas ke 5 pula.

 

Wendy memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan SEA Hanoi hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan dominasi dalam acara terjun di Pusat Akuatik My Dinh apabila penerjun wanita, Wendy Ng Yan Yee meraih pingat emas kedua peribadinya di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan 3 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 28 tahun berkenaan menyumbang emas kelima buat kontinjen Malaysia.

Wendy yang mempamerkan penguasaan sejak terjunan pertama mengutip keseluruhan 270.60 mata dalam lima terjunan sekali gus membolehkan dia mempertahankan emas yang dimenanginya tiga tahun lalu di Filipina.

Rakan senegara, Ong Ker Ying meraih perak apabila mengutip 242.40 mata manakala gangsa menjadi milik penerjun Singapura, Fong Kay Yian dengan 230.15 mata.

Semalam, gandingan Wendy bersama Ker Ying berjaya menjelmakan emas keempat buat Malaysia selepas mendominasi acara 3m papan anjal seirama. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah kita sebut 'Al-hamdulillah' bila Nur Dhabitah dikatakan 'hadiahkan pingat emas sulung Malaysia seperti di atas'? Atau Wendy Ng Yan Yee meraih pingat emas kedua peribadinya di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan 3 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi?

Wajarkah beliau-beliau sanggup bertelanjang atau 'berpakaian tetapi telanjang' atau langgar syariat Islam demi sukan, dan merebut hadiah pingat emas untuk negara umat Islam Malaysia yang tercinta? 

Fikir-fikirlah..

Nur Dhabitah Sabri

Penerjun

Perihalan


Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Pakaian telanjang.

Bergabung dgn penyamun sama2 perintah negara.

Lebih kurang sama ja.

Rakyat harap kwsp. Dah nak habis plak dah. Rakyat akan hukum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails