Wednesday, May 25, 2022

Syria, AS beri amaran Turki, M'sia bersama Palestin.

 

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price. - Foto REUTERS

1. AS beri amaran kepada Turki susulan serangan baharu di Syria

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam memberi amaran kepada Turki supaya sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu tidak melancarkan operasi ketenteraan baharu di utara Syria yang akan mengancam tentera AS.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin berkata pihaknya akan melancarkan operasi ketenteraan baharu di utara Syria tidak lama lagi bagi mewujudkan 'zon keselamatan' sejauh 30 kilometer (km) di sepanjang sempadan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata pihaknya amat prihatin terhadap laporan dan perbincangan mengenai potensi peningkatan aktiviti ketenteraan di utara Syria, khususnya, kesan terhadap penduduk awam.

"Kami mengecam sebarang peningkatan dan menyokong penyelenggaraan garis gencatan senjata semasa," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, berkata penyelesaian politik dan bantuan kemanusiaan adalah keutamaan bagi Syria yang dilanda perang.

"Kami menyokong integriti wilayah Syria dan mereka tidak memerlukan lebih banyak operasi ketenteraan daripada mana-mana pihak," katanya.

Turki melancarkan tiga serangan ke Syria sejak 2016 bertujuan menumpaskan pejuang Kurdish Syria yang membantu kempen pimpinan AS menentang Daesh.

Kumpulan dikenali Unit Perlindungan Rakyat (YPG) itu dianggap sebagai 'pengganas' oleh Turki, yang melihat mereka sebagai sebahagian daripada gerakan pemisah PKK yang diharamkan.

Ceramah Erdogan mengenai serangan muncul ketika beliau mengancam untuk menyekat keahlian NATO Finland dan Sweden, yang berusaha menyertai pakatan Barat kerana cemas ekoran serangan Russia ke atas Ukraine.

Erdogan mendakwa PKK mendapat perlindungan di kedua-dua negara itu, yang merancang rundingan peringkat tertinggi dengan Turki untuk meredakan kebimbangannya.

Presiden Joe Biden tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menarik keluar tentera AS walaupun beliau bertindak menamatkan perang selama 20 tahun di Afghanistan, tahun lalu. - AFP


2. Malaysia teguh bersama Palestin 

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، اللّهُمّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُم، اللّهُمَّ قَوِّي عَزَائِمَهُمْ، اللَّهُمَّ صَبِّرْهُم عَلَى مُصِيْبَتِهِم، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ.

Alhamdulillah, atas izin Allah S.W.T pada petang semalam dapat bersama-sama dalam Perasmian Penutup Sidang Kemuncak Ulamak Islam Mengenai Perpaduan Sebagai Asas Pembebasan Masjidil Aqsa Tahun 2022. 

Program ini bertujuan untuk meningkat kesedaran umat Islam untuk bersatu hati memperjuang dan membela kemuliaan Baitulmaqdis dan umat Islam di Palestin. Saya menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia adalah konsisten akan terus memberi sokongan dan dukungan  kepada Palestin sama ada dari segi politik, ekonomi dan moral.

Seterusnya, banyak kempen dan sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia. Sebagai contoh pada bulan Mac lalu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Pejabat Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah telah menganjurkan Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia.

Usaha demi usaha perlu terus dilakukan dan digembleng bersama dalam membantu umat Islam di Palestin supaya nasib mereka terus dibela dan terbela. Saya juga menyeru untuk kita saling bersatu padu dan mengelakkan dari sebarang perpecahan dan pembalahan kerana perkara tersebut amat merugikan kita. Oleh itu, perlunya kita mengembalikan kesatuan umat Islam sebagai usaha untuk membebaskan bumi Al-Quds daripada cengkaman rejim zalim Israel Zionis.

Kerajaan Malaysia amat menghargai penglibatan kesemua ahli persidangan yang menghadiri sidang kemuncak ulamak Islam bermula 20 Mei yang lalu. Semoga ia menjadi titik tolak kepada kesatuan umat Islam dan buah fikiran dan idea yang disampaikan dalam persidangan ini tentunya menghasilkan resolusi yang praktikal. 

Akhir kata, saya mendoakan kesemua ahli persidangan diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Ilahi. 

Zahir sokongan melalui wakil Palestin

Ukhuwah atau persaudaraan Islam merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah.

Alhamdulillah bertuah rasanya petang ini atas pertemuan yang sangat bermakna bersama Muhammed Helmy Abdulsamie Al Bakri dalam kunjungan Hormat Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Palestin. Beliau mengirimkan Salam daripada Mahmod Abbas, Presiden Palestin.

Antara intipati dalam perjumpaan ini, beliau menyatakan penghargaan terhadap ketegasan Malaysia dalam pembantaian yang dilakukan Zionis. 

Kami juga berbincang berkenaan bagaimana untuk selaraskan kerjasama antara dua negara dalam usaha untuk bantu rakyat Palestin di sana melalui kedutaan Malaysia di Palestin.

Di akhir pertemuan, dengan harapan tinggi agar ke dua negara ini sama-sama berusaha untuk menjaga Masjidil Aqsa dan Masjid Ibrahim di Palestin. Dua buah Masjid ini merupakan masjid yang menjadi rebutan dan rejim Zionis menggunakan tentera untuk merampas Masjid suci umat Islam ini.

Usaha yang berterusan Kerajaan Malaysia dalam membantu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 23/5/2022

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails