Tuesday, May 31, 2022

Tidak! Kerana kepengganasan Israel lebih dari itu

 

Tindakan penunjuk perasaan Yahudi membawa bendera Israel merentasi Kota Lama di Baitulmaqdis ketika perarakan bendera disifatkan sebagai sengaja cuba mencetuskan provokasi terhadap penduduk Palestin. - Foto AFP

Israel wajar labelkan ekstremis Yahudi sebagai pengganas

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel wajar melabelkan dua kumpulan ekstremis haluan kanan Yahudi sebagai pengganas kerana melaungkan slogan 'kematian untuk orang Arab' ketika perarakan bendera Ahad lalu di Kota Lama.

Malah, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, semalam berkata dua kumpulan pelampau itu perlu dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai kumpulan pengganas Israel.

"Saya percaya sudah tiba masanya untuk menakrifkan kumpulan seperti La Familia dan Lehava sebagai kumpulan pengganas, saya tahu isu ini sudah dikemukakan kepada pihak keselamatan," katanya pada perhimpunan parti Biru dan putih yang dianggotainya.

Ahad lalu, ribuan pelampau Yahudi berarak sambil mengibarkan bendera Israel merentasi Kota Lama di Baitulmaqdis bagi memperingati kejayaan Israel menawan timur Baitulmaqdis pada 1967.

Ada antara mereka melaungkan slogan 'kematian untuk orang Arab', yang dibalas dengan balingan pelbagai objek oleh penduduk Palestin dari bumbung rumah mereka.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, mengarahkan polis supaya jangan bertolak ansur terhadap pelampau Yahudi berkenaan yang cuba mencetuskan provokasi dan secara khusus menamakan kumpulan ekstremis La Familia.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid, menyifatkan perbuatan Lehava dan La Familia sebagai memalukan serta tidak layak memegang bendera Israel.

La Familia adalah kumpulan penyokong kelab bola sepak Beitar Jerusalem, yang terkenal dengan sentimen perkauman anti Arab dan keganasan.

Lehava pula adalah kumpulan ekstremis haluan kanan menentang hubungan antara golongan Yahudi dan bukan Yahudi yang mungkin mendorong perkahwinan campur.

Kumpulan terbabit dikaitkan dengan ajaran mendiang Rabbi Meir Kahana, yang mana kumpulan Kach pimpinannya diharamkan di Israel.

Bagi menakrifkan sesuatu pertubuhan sebagai haram, salah satu pertubuhan keselamatan Israel termasuk agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet selain polis, tentera atau Mossad, mesti membuat permohonan kepada Kementerian Pertahanan dan mendapat kebenaran Peguam Negara.

Pihak berkuasa Israel sudah berulang kali membangkitkan isu menakrifkan La Familia dan Lehava sebagai kumpulan pengganas tetapi tidak pernah meneruskan proses bagi mencapai hasrat itu.

Sementara itu, La Familia, tidak mempedulikan kecaman terbaru itu dan menyifatkannya sebagai usaha mencari sokongan politik. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Israel wajar labelkan ekstremis Yahudi sebagai pengganas'?

Tidak! Kerana Israel lebih dari itu, bapak kepada segala anak beranak pengganas (ekstremis Yahudi), pencetus negara haram di bumi Palestin. Bahkan bapak kepada 'kepala bapak'nya sendiri (AS) yang mendalangi segala kepengganasan di dunia.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails