Wednesday, May 25, 2022

Tindak segera kartel parasit makanan, S'pura? Ini penyelesaian..

 

1. Kartel parasit kepada usaha jamin bekalan makanan negara 

KEWUJUDAN mereka dalam sistem pengedaran makanan negara tidak lagi boleh dinafikan. Ini ekoran pendedahan menerusi beberapa kes kenaikan harga barang yang melanda negara. 

Contohnya, bagi import telur mentah, terdapat 26 pedagang tempatan mengimport makanan ternakan dari Brazil dan Argentina sejak berpuluh tahun lalu, dengan nilai import sekitar RM35 bilion setahun membabitkan urusan perdagangan dibuat di Singapura.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2018 mendapati wujudnya pihaknya masalah monopoli dan kartel dalam industri pengeluaran telur yang kebanyakan terikat dengan harga dari negara jiran.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), kewujudan mereka puluhan dalam industri rangkaian makanan negara akan menjejaskan lagi keadaan tidak terjamin makanan negara yang sudah puluhan tahun mengancam negara.

Modus operandi kartel ini mudah sahaja. Syarikat yang diberi kebenaran mengimport iaitu AP import akan membawa masuk produk pertanian dan penternakan dari luar negara dengan harga biasa tetapi menjual semula kepada pemborong mahupun peniaga dengan harga berganda. Mereka telah membentuk satu rangkaian monopoli peluang import makanan dan kuasa menetapkan harga makanan.

Implikasinya adalah pasaran makanan di Malaysia amat terdedah kepada ‘al-ihtikar’ iaitu monopoli barang keperluan.

Dalam konteks semasa yang menyaksikan bekalan rantaian makanan global mula terjejas apabila Ukraine sebagai pembekal gandum terbesar dunia terlibat dengan perang yang menjejaskan bekalan dan aktiviti perdagangan makanan. Tambahan pula tindakan India yang berfungsi untuk mengisi sebahagian kelompongan ditinggalkan Ukraine mengenakan arahan larangan eksport gandum akibat pengurangan penghasilan.

Kesannya, negara-negara lain mula memulakan langkah mengawal bekalan makanan negara masing-masing. Apabila berlakunya pengurangan penghasilan makanan dan tinggi permintaan secara teorinya kos makanan akan bertambah. Dan perkara ini lah yang berlaku dalam keadaan sekarang.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan tekanan emosi dalam kalangan masyarakat kerana terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan boleh mengundang kegiatan jenayah termasuk ragut, rompakan, keruntuhan rumah tangga dan masalah sosial.

Antara kelemahan utama Malaysia adalah mengimport hampir 60 peratus makanan yang diperlukan menyebabkan negara sangat terdedah kepada kekurangan makanan.

Keadaan tidak terjamin makanan ini adalah akibat kurangnya penekanan terhadap pengeluaran makanan selama beberapa dekad memandangkan Malaysia polisi pembangunan sektor pertanian yang tidak komprehensif dan strategik.

Sewajarnya pihak kerajaan khususnya kementerian berkaitan mula merangka pelan jangka masa panjang bagi mewujudkan SSL (self-sufficiency level) yang mencukupi untuk Malaysia. Usaha oleh Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu dalam meningkatkan hasil pertanian negeri sewajarnya dicontohi negeri lain dan kerajaan pusat. 

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 23/5/2022


2. T’ganu sudah melangkah jauh gerak agenda ‘food security' 

EKORAN dari krisis makanan yang sedang melanda dunia sekarang, saya dihubungi oleh ahli-ahli akademik yang mencadangkan supaya Terengganu menubuhkan Task Force Food Security. Saya terima baik cadangan ini dan menghargai keprihatinan mereka kepada Negeri Terengganu.

Terengganu sebenarnya sudah melangkah jauh dalam agenda food security negeri dengan Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 pada Ogos 2019. Ianya sebuah agenda jangka pendek dan jangka panjang yang lebih menyeluruh berbanding hanya satu task force. Jawatankuasa Food Security dan Jawatankuasa Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu adalah sebahagian dari Jawatankuasa Task Force yang ada di dalam perlaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023.

Ujian pertama kemampanan Pelan Strategik ini telah teruji dan terbukti berkesan ketika berhadapan bencana Pandemik COVID-19. Ianya tak sebesar bencana peperangan atau bencana sekatan ekonomi. Ianya menyedarkan kita bagaimana keamanan negara yang dinikmati menjadikan kita leka dan selesa. Ketahanan kita dalam aspek food security terlalu rapuh. Beberapa bulan dilanda PKP kita sudah goyah. Belum lagi dilanda bencana peperangan dan sekatan ekonomi bertahun-tahun.

Berdasarkan pengalaman nyata hidup 6 tahun di negara perang Iraq, sedikit sebanyak saya boleh membaca situasi yang bakal kita lalui. Masuk Wisma Darul Iman pada Mei 2018, saya dapati pertanian negeri tidak mempunyai sebarang pelan bertindak serta agenda setting yang jelas. Maknanya kita bekerja tanpa halatuju ke mana nak dibawa sektor Pertanian Negeri Terengganu.

Maka kita rangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu dalam beberapa siri bengkel yang melibatkan semua pemain industri ini dari menara gading, jabatan-jabatan kerajaan, wakil-wakil industri sehingga petani, penternak dan nelayan turut dilibatkan. Maka lahirlah satu pelan yang saya istilahkan ‘pelan dari kita untuk kita’…

Next saya akan tulis tentang pencapaian kami.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 23/5/2022

3 comments:

Anonymous said...

hai pak menteri kat sini ada pakar makanan. depa banyak idea. boleh amik depa ning nak atasi masalah harga naik sejak jadi kerajaan. dulu kalau time ni mesti dah kat padang merbok. munasabah ka harga minyak masak sampai 50 hinggit.. kt ganu depa barang semua murah.. maklum ramai pakar kat sini. untung rakyat ganu semua dapat rege murah...

Anonymous said...

Agen legasi komunis x pernah nampak kebaikan. Hantam saja. Ikut rentak si penggemar babi.

Anonymous said...

Bila dah ada jangkitan virus babi, payah bicara. Dah gelap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails