Walaupun bersedia UMNO untuk menwan Selangor PAS kena berhati-hati kerana UMNO ini jenis itik patah sayap, kalau baik nanti, tahulah mereka mengkhianati perjanjian dengan PAS
Kerjasama UMNO, Pas mampu tawan Selangor
TANJONG KARANG - UMNO dan Pas di Selangor mesti bekerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama dua parti terbesar Melayu itu sahaja mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.
Menurutnya, sekiranya kerjasama itu terbentuk, beliau percaya UMNO dan Pas mampu memenangi lebih daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Jika formula ini digunakan (MN) di Selangor, kita yakin atas prinsip dan semangat pembangkang, kita mampu menawan Selangor di negeri ini," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di Dataran Astaka di sini pada Sabtu. (Mindarakyat)
Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu juga sebelum ini telah selesai sebelum kewujudan Perikatan Nasional (PN).
Katanya, setakat ini kedua-dua parti berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui di peringkat awal MN Selangor.
"Walaupun belum muktamad (pengagihan kerusi antara UMNO dan Pas) pada dasarnya sudah ada persetujuan yang mana prinsipnya di mana ada calon UMNO di situ juga ada calon Pas.
"Misalnya calon UMNO bertanding Parlimen, maka ada calon Pas di kerusi DUN dan begitu juga sebaliknya," ujar beliau.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, agenda memperkasa MN masih diperjuangkan dan dianggap sebagai formula terbaik.
Jelas beliau, hubungan antara UMNO dan Pas itu mampu menyatukan orang Melayu Islam di negeri ini.
"Kebersamaan ini sangat penting bagi mengelakkan pertembungan Pas dan UMNO dan hanya berlaku pertembungan dua penjuru PRU15 yang dilihat dari sudut strategik lebih baik," jelasnya. (MindaRakyat)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO kerjasama Pas, mampu tawan Selangor, kata Tan Sri Noh Omar. Tapi, ada yang mengandaikan 'Walaupun bersedia UMNO untuk menawan Selangor, PAS kena berhati-hati kerana UMNO ini jenis itik patah sayap, kalau baik nanti, tahulah mereka mengkhianati perjanjian dengan PAS.'
Ye ke?
Kartel Mafia Panik Cemas Gelabah Mencipan..!!
ReplyDeleteMajlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut perlembagaan.
Rakyat mungkin bertanya celah mana peruntukan itu tidak ikut perlembagaan..!?
Bekas Hakim Negara Tun Hamid mempersoalkan mana peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan?
Kenapa PH dan Mahathir sangat panik mencipan apabila Hakim Nazlan disiasat?
Teringat lafaz Sumpah Laknat Bossku..
Adakah ianya akan membongkar salahlaku percaturan dan penganiayaan yang PH dan Mahathir reka terhadap Najib?
Bekas Hakim Negara ke 12 juga mahu kita ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa Majlis Peguam harus melompat membelanya?
Bekas Ketua Hakim Negara ke 12, Tun Abdul Hamid Mohamad tampil menegaskan bahawa kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.
SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125.
Memandangkan mereka benar-benar mahu Hakim Nazlan tidak disiasat atas kesalahan jenayah maka rakyat perlu bangkit mendesak agar Hakim Nazlan disiasat sehingga ke lubang cacing.
Sekiranya Nazlan tuduhan benar maka bukan sahaja dia akan disingkirkan daripada jawatan dan tempoh perkhidmatannya dipendekkan, tetapi dia juga akan dipenjarakan. Jadi ini adalah lebih serius daripada salah laku disiplin atau etika.
Kartel Mafia yang berkomplot dengan beliau dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman paling berat kerana campurtangan dalam sistem kehakiman negara (hampir 22 tahun lama nya) dalam usaha menganiaya Datuk Seri Najib dengan rekaan dakwaan yang berniat jahat.
Rakyat sudah sangat sangat menyampah dam meluat dengan kartel Mafia yang 22 tahun menguasai negara ini..!?
Atok yang jadi penyebab berlaku perpecahan orang melayu. Atok nak boboi ganti atok. Tapi rakyat tak mahu atok dan tak mahu boboi. Jika boboi ganti atok, lagi banyak khazanah masuk ke generasi atok. Baik tak payah.
ReplyDeleteKalau kris kaki rasuah, liberal perosak aqidah, kuali mazhab syiah, maka atok bertuhankan khazanah nuqud. Konsiparasinya atok tahap mega. Semua jurusan atok selinap. Atok cucuk sana, atok cucuk sini.
MCA dan Legasi komunis nampak macam dalam khemah berbeza, tapi bila pasal maria chin, mereka punya komunikasi yang sama. Ini sangat merbahaya buat orang melayu dan agama Islam.