SAYA tertarik dengan gesaan supaya pengkhianat yang mengakibatkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.
Kerajaan Johor melalui Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan bahawa walaupun ada pihak yang beranggapan pulau yang hanya sebesar padang bola itu tidak mempunyai kepentingan dari sudut ekonomi, namun ia cukup bererti dari sudut kedudukan maritim.
Pada 10 Jun 2018 saya telah menulis berkaitan dengan isu Pulau Batu Puteh dengan tajuk Penarikan Semakan Semula Pulau Batu Puteh Rugikan Masa Hadapan Negara dan telah saya siarkan di laman web saya.
https://www.khairulfaizi.com.my/2018/06/penarikan-semakan-semula-pulau-batu.html
Saya juga telah membuat ulasan terhadap perkara ini dalam harakahdaily pada 11 Oktober 2021,
https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/11/tindakan-ph-tarik-semula-semakan-keputusan-icj-rugikan-negara/
Malaysia sebenarnya telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2 Februari 2017 berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.
Sangat jelas bahawa Kerajaan Malaysia telah mempunyai bukti yang kuat dan kukuh melalui tiga dokumen yang dimiliki iaitu tiga dokumen penting untuk dibawa ke ICJ iaitu dokumen telegram sulit pada 1958 daripada Gabenor Singapura kepada Setiausaha Negeri-negeri Jajahan yang mencadangkan pembentukan koridor perairan antarabangsa kira-kira 1.6 kilometer dari pulau tersebut sekali gus menunjukkan beliau tidak menganggap Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.
Dokumen kedua pula adalah laporan insiden kapal pada 1958 yang menyebut mengenai ketidakmampuan tentera laut Britain untuk membantu kapal Malaysia yang diekori oleh bot bersenjata Indonesia dekat pulau tersebut kerana ‘kawasan’ itu berada dalam wilayah perairan Johor.
Manakala dokumen ketiga adalah merupakan peta pada 1962 yang mempunyai nota tulisan tangan pada 1969 yang menunjukkan wilayah perairan Singapura tidak melebihi sekitar Pulau Batu Puteh.
Namun segala-galanya musnah akibat daripada tindakan terburu-buru Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.
Penarikan balik semakan ini terus menjadi satu persoalan yang masih belum terjawab. Pelbagai andaian telah disebarkan namun masih bertemu dengan sebab yang sebenarnya. Dr Mahathir sudah pasti lebih mengetahui alasan-alasannya namun masih juga tidak mendedahkan butiran-butiran tersebut.
Pada 15 Mei 2022, Sultan Ibrahim Iskandar ketika pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes ini menegaskan bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum.
Tuanku bertitah bahawa ia adalah soal kedaulatan Negeri Johor dan rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk menarik balik.
Gesaan Menteri Besar Johor untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengkhianat yang mengakibatkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan pengkhianat ini mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang telah dilakukannya.
Sekian.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang – HARAKAHDAILY 28/6/2022
2. Jijiknya rasuah di mata rakyat Kelantan
BILA bercakap bab rasuah, teringat akan ucapan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat:“Dalam Islam integriti dipupuk dalam dua rukun Iman iaitu keimanan kepada Allah dan keimanan kepada hari pembalasan. Dua rukun ini menjadi inti utama bagi menghalang manusia dari melakukan sebarang maksiat.”
Mutakhir ini, ada pihak menyebut kerajaan Kelantan hari ini tidak sama dengan zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Tetapi mereka terpaksa bersetuju bahawa kerajaan di bawah Menteri Besar Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob terus berpegang teguh dengan dua rukun iman di atas.
Dalam kalangan pimpinan utama PAS, tiada seorang pun yang didakwa di mahkamah atas isu rasuah. Manakala jika kita lihat kebelakangan ini, ramai pimpinan utama parti-parti lain didakwa atas pertuduhan rasuah dan pecah amanah.
Dari Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bekas Presidennya yang juga bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan telah disabit bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk pula sedang berhadapan dengan puluhan tuduhan rasuah.
‘Wakil’ Pakatan Harapan, Lim Guan Eng dari DAP juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Menteri Kewangan serta bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pula sedang dibicara di bawah pertuduhan yang sama.
Begitu juga dari MUDA yang baru setahun jagung dalam politik, Presiden parti mereka yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan juga Ahli Parlimen Muar sendiri sedang dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah.
Mereka ini bukan pimpinan bawahan. Mereka semua pimpinan utama parti.
Bila melihat keadaan ini, teringat pula akan kuliah Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hadi. Beliau menceritakan mengenai dialog Abu Sufyan RA dan Raja Rom yang bernama Heraclius. Heraclius ingin tahu mengenai sifat Rasulullah SAW.
Di antara soalan Raja Rom itu berkenaan Rasulullah SAW adalah, “Adakah Muhammad ini pernah melakukan khianat?”. Dan Abu Sufyan menjawab bahawa Baginda tidak pernah mengkhianati amanah.
Dengan sifat itu, Raja Rom itu akhirnya mengakui bahawa inilah ciri-ciri seorang Rasul utusan Allah.
Rasulullah SAW itu contoh terbaik bagi sekalian manusia, dan ciri inilah yang menjadi ikutan pimpinan PAS. Pimpinan PAS tidak pernah didakwa, bukan kerana kelebihan diri sendiri. Manusia itu tidak mulia kerana dirinya, tetapi mulia kerana berpegang dengan ajaran Islam.
Pimpinan PAS, merekalah yang selalu berpesan kepada diri mereka sendiri dan kepada ahli PAS bahawa kita semua hanyalah hamba yang mempunyai Tuhan, dan setelah mati akan dihidupkan kembali untuk bertemu Tuhan kita di Hari Pembalasan.
Dipasak sekuat-kuatnya, mereka yang makan rasuah ini, mungkin kaya di dunia, tetapi pasti miskin papa kedana di akhirat. Diulang-ulang dalam ucapan dan tulisan, sehingga akhirnya rasuah dan pemakan rasuah dilihat jijik! Tidak layak diambil menjadi kawan, apatah lagi untuk diangkat menjadi pemimpin.
Ibarat mudah, seorang yang berwuduk, tidak akan solat di belakang imam yang tidak berwuduk. Lagi parah, jika seorang imam yang terkentut dan seluruh makmum mengetahui dia tidak lagi layak menjadi imam, masih berkeras ingin memimpin solat.
Begitulah halnya dengan parti-parti yang seluruh rakyat Malaysia sudah tahu bahawa pimpinan utama mereka terpalit dengan kes rasuah, tetapi dengan muka tidak tahu malu terus meminta rakyat memilih mereka dan terus bercakap soal integriti. Cakap tidak serupa bikin.
Rakyat Kelantan sedar sepenuhnya, sepanjang 32 tahun PAS mentadbir Kelantan, tidak ada seorang pun pimpinan utama kerajaan negeri yang didakwa di mahkamah di bawah pertuduhan rasuah dan pecah amanah. Di dalam hati rakyat Kelantan ada ketenangan yang menyejukkan, kerana mereka tahu negeri mereka dipimpin oleh ‘ore bejughuh’.
Negeri Kelantan mungkin dilihat mundur di mata manusia, tetapi mulia di sisi Allah. Mulia kerana mengambil agama Allah sebagai dasar dalam pentadbiran. Dan rakyat Kelantan yang masyhur dengan kefahaman ilmu agama, sentiasa yakin bahawa negeri ditadbir oleh kerajaan yang diredhai Allah, pasti akan makmur dan diberkati.
“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti Kami(Allah) akan melimpahkan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi..” (Al-A’raf: 96)
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan jadikan baginya jalan keluar.” (At-Talaaq: 2)
MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 25/6/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu ambil tindakan kepada pengkhianat Pulau Batu Putih... Jijiknya rasuah di mata rakyat Kelantan, mungkin tidak di kalangan pimpinan Pulau Pinang?
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
3 comments:
Sapa yg berani amik tindakan tu? Nak panggil mat kilau ke?
AMBIL TINDAKAN PADA PENGKHIANAT
RAKYAT AMBIL TINDAKAN PADA LEGASI INI
PRU 15 KASI HANCURKAN INI MUSIBAT
LINGKUPKAN BOBOI MELINGKUP LAH LEGASI KERALA KUTTY
haaah tepokkk..
Siasat sama atok kerala. Macam mana boleh menjadi terlalu kaya. Dia dulu geng pee hancing pilih jadi pm.
Post a Comment