Monday, June 13, 2022

Bantu Orang Asli & anak muda cari kerja.

 


1. Penduduk Orang Asli diberi rumah, kebun 5 ekar

GUA MUSANG: Kerajaan negeri akan memastikan kebajikan penduduk Orang Asli di Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias terjamin selepas ditenggelami Tasik Takungan Utama ekoran pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penduduk terlibat disediakan penempatan baharu dengan kemudahan yang lebih sempurna.

Menurut beliau, pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bernilai RM5 bilion dan dijangka siap sepenuhnya lima tahun lagi tidak akan meminggirkan penduduk terlibat.

“Rakyat termasuk masyarakat Orang Asli tidak perlu bimbang kerana kita akan pastikan kebajikan mereka dijaga dan pelihara oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan.

“Bagi yang kehilangan tanah dan kebun bagi pembinaan empangan tersebut diberikan sagu hati. Ia sebagai keutamaan kita sebelum memulakan projek,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pecah tanah projek Hidroelektrik Nenggiri di Sungai Betis Kampung Star di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan Pengerusi TNB, Dato’ Seri Hasan Arifin.

Menteri Besar juga berkata, penduduk terlibat menerima sebuah rumah dengan kemudahan lebih baik, selain tanah kebun seluas lima ekar dan saguhati kepada setiap keluarga dan isi rumah.

Jelas beliau projek berimpak besar itu mampu membantu kerajaan negeri bagi berhadapan dengan banjir besar yang berlaku setiap tahun ketika musim tengkujuh.

Menurutnya juga Pahang dan Terengganu mempunyai empangan hidroelektrik sendiri yang dilihat berupaya meredakan masalah banjir.

“Pembinaan empangan juga diharap dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi khususnya di jajahan Gua Musang ini selain akses infrastruktur dan peluang pekerjaan.

“Sungai Nenggiri adalah satu daripada anak sungai kepada Sungai Galas yang mengalir ke Sungai Kelantan di mana banyak kawasan di hilir empangan tersebut merupakan kawasan rendah.

“Apabila siap projek ini akan terbentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan kolam pengatur aliran seluas 0.97 kilometer persegi, sebagai tebatan banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/6/2022

2. Inisiatif kerajaan bantu anak muda cari kerjaya 

SANDAKAN: Pemuda PAS Sabah menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan kerajaan membantu golongan belia mencari kerjaya dan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar Pemuda PAS negeri, Asrul Samat berkata, ‘Karnival Kerjaya’ dan program ‘Jom Masuk IPT’ memberi banyak manfaat kepada golongan belia.

Katanya kaedah itu merupakan mekanisme yang sesuai untuk menyalurkan informasi kepada golongan muda yang sedang mencari pekerjaan atau mahu melanjutkan pelajaran.

“Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan dan negeri mutakhir ini banyak membantu golongan muda.

“Melalui program tersebut membolehkan golongan belia mendapatkan informasi secara lebih terperinci daripada pihak yang terlibat termasuk agensi kerajaan, majikan dan IPT,” katanya di sini hari ini.

Oleh itu Asrul berharap inisiatif terbabit diperluas bagi membolehkan lebih ramai golongan muda di Sabah mendapat manfaat terutamanya melibatkan kawasan pedalaman.

Menurutnya juga program seumpama itu diharap tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu sahaja dan ia perlu diperluaskan ke bandar-bandar lain.

“Program tersebut sesuai diadakan secara fizikal bagi membolehkan orang ramai dating mendapatkan informasi daripada agensi kerajaan,” ujarnya.

Kata beliau juga inisiatif kerajaan tersebut diyakini dapat melahirkan lebih ramai anak muda Sabah yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kewujudan negara adalah sebahagian daripada ketetapan Allah SWT kepada makhluk manusia, supaya memakmurkan bumi dengan sifat kemampuannya dalam mengurus dan mentadbir makhluk lain. 

Termasuklah segala sumber yang diciptakan di dalamnya. Inilah perkara yang telah diisytiharkan oleh Allah SWT sejak diciptakan Nabi Adam AS. 

Firman Allah SWT:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ٣٠﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.’ Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): ‘Adakah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kalian tidak ketahui.’” (Surah al-Baqarah: 30)

Beginilah kira-kira muqaddimah dari kenyataan Presiden PAS dalam artikel 'Tawaran kerajaan selamatkan rakyat: Negara berkebajikan April 9, 2021HARAKAHDAILY 9/4/2021.

Konsep Negara

Antara lain, Tuan Guru Presiden PAS itu menegaskan konsep negara yang bercirikan seperti berikut:

  • Solat (ibadat diri)

Mereka yang mendirikan solat sentiasa berhubung dengan Allah SWT setiap waktu yang diwajibkan, bukan sekadar berpura-pura mendirikan masjid. Tidak cukup hanya mempunyai ilmu sahaja, tanpa mempunyai peribadi yang bertaqwa. Hal ini sangat penting supaya integriti seseorang itu ikhlas, bukannya berpura-pura.

  • Zakat (ibadat harta)

Pelaksanaan konsep ekonomi yang adil dengan mengambil sebahagian harta orang yang kaya (mencukupi nisob) berkonsepkan ibadat harta kepada penganut Islam. Manakala kalangan bukan Islam diwajibkan membayar cukai (bukan zakat yang bersifat ibadat). Bagi mereka yang tidak berkemampuan dalam kalangan orang Islam tidak diwajibkan mengeluarkan zakat.

  • Amar Ma‘ruf (ibadat bermasyarakat)

Amar ma’ruf merupakan pelaksanaan kebaikan yang luas maksudnya mengikut hukum agama dan akal yang sihat. Contohnya, memberikan pertolongan harta dan moral, memberikan khidmat yang baik, termasuk khidmat nasihat dan saling menjaga hubungan dengan baik. 

Selain itu, menyumbang harta berdasarkan konsep infaq dengan membelanjakan kepada asnaf (yang berhak menerima), pengurusan, pembangunan, perkhidmatan dan lain-lain.

Amal baik itu secara langsung untuk memenuhi keperluan jasad (makanan, pakaian, tempat tinggal, alat perhubungan), keperluan akal dengan ilmu (pendidikan dan pelajaran) dan lain-lain.

Semuanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan dan mereka yang berkemampuan daripada semua pihak dalam sebuah masyarakat, sama ada secara individu mahupun berkumpulan.

  • Nahi Munkar:

Kehebatan undang-undang dan tindakan pencegahan sebelum berlakunya kejahatan. Pada masa yang sama, bertindak adil terhadap pelakunya dan mendidik masyarakat bukan sekadar menghukum dan menyeksa atau mendera dengan melampau.

  • Wawasan akhirat

Beriman dengan adanya hisab dan balasan di Hari Akhirat, sama ada baik atau jahat, adil atau zalim. Bukan sekadar ganjaran dan hukuman di alam dunia ini sahaja. Sekali gus menjadikan seseorang itu berwaspada dalam melaksanakan urusan dunia. Walaupun kesalahannya terlepas daripada hukuman undang-undang di dunia dan penguatkuasannya, namun sekali-kali tidak akan terlepas daripada hukuman selepas meninggal dunia kelak.

Allah SWT menjanjikan kepada negara yang bercirikan kebajikan dan memenuhi sifat taqwa dengan kelayakan untuk mendapat keberkatan yang melimpah ruah. Keberkatan itu ialah membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Sifat taqwa adalah aspek spiritual (rohani) yang digerakkan oleh iman yang ada dalam hati nurani seseorang sehingga menggerakkan akal dan anggota badan untuk melakukan kebajikan dengan ikhlas. 

Maka lahirlah pandangan dan kegiatan seperti 2 perkara yang disebut di atas.

Aspek ini membezakan konsep Islam dengan ideologi dan teori kenegaraan yang berkonsepkan sekularisme, suatu konsep yang memisahkan urusan negara daripada agama.

Sekian, as-salamu 'alaikum.


Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Sri Ram pengatur hakim dan pengatur kes 1MDB.!?

Ini tuduhan sangat serius dan perlu tindakan pihak berkuasa.

Selain Sri Ram miliki kedudukan “ConfLict of interest” hakim Nazlan Ghazali juga terdedah melalui bukti terbaru alami kedudukan yang sama.

Pada kesemua hal ini , dalam video RPK beliau turut mendakwa Tun Mahathir juga terbabit dalam kesemua

Semenjak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan VK Lingam dengan skandalnya sahaja sudah pun cukup mencemar nama baik institusi kehakiman.

Kemudian Tun Mahathir pula menambah buruk keadaan dengan isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Sallleh Abbas.

Semenjak itu keadaan sudah tidak sama lagi.

Badan Kehakiman tidak dilihat dan dinilai dengan sepatutnya semenjak Tun Mahathir memberi serangan terhadap Ketua Hakim Negara.

Pentadbiran Tun Lah telah membiyai majlis makan malam kehakiman dan juga membayar pampasan kepada beberapa orang hakim yang dianayai oleh kerajaan Tun Mahathir.

Langkah Tun Lah sangat menakutkan Mahathir dan beliau ketakutan langkah berbaik ini akan akhir nya mengakibatkan Tun Lah dihasut untuk bertindak terhadap Tun Mahathir yang sememang nya banyak kes boleh diujudkan.

ini, telah terdedah bahawa Gopal Sri Ram juga terbabit dalam konflik kepentingan dengan kes dihadap oleh Datuk Sri Najib Razak apabila didedahkan oleh Tan Sri Appandi Ali bahawa dia telah datang kekediaman TS Appandi atas arahan Mahathir untuk menangkap Najib Razak.

Kes belum dibuka dimahkamah, belum disiasat tetapi hukuman telah mendahului.

Ini menunjukkan satu bentuk konflik kepentingan kerana niat itu kemudian diterjemah kepada realiti apabila Sri Ram menjadi pendakwa terhadap DSNR.

Terkini, apabila Raja Petra membuat pendedahan berkenaan kerja kerja belakang tabir Gopal Sri Ram, dan campurtangan nya, maka ia perlu perhatian serius dan harus sesuatu bentuk tindakan diambil untuk menyiasat kebenaran apa yang didakwa oleh Raja Petra.

Hrumm selagi ada Tun Mahathir negara diancam mafia kartel Kerala. Selamatkan Malaysia dari kartel mafia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails