Wednesday, June 08, 2022

Berita gila. Batal beri tanah, lain parti. Dia pukul, dia menangis.

 


1. Lot tanah dibatal kerana berlainan parti

KOTA BHARU: “Jika tiada bantuan seperti ini, mungkin sampai ke tua saya akan hidup menyewa kerana keluarga tiada tanah pusaka.

“Tetapi dengan bantuan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Pusat Khidmat Dun Salor, dapat juga kami akhirnya memiliki rumah dan tanah yang diberi kerajaan,” kata Nadzuha Che Mud, 55.

Beliau yang bertugas sebagai pegawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200 tidak mungkin mampu memiliki kediaman sendiri.

Lebih-lebih lagi keluarganya besar dengan bilangan 10 anak.

Bagaimnapun katanya hasil bantuan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar tanah kerajaan seluas kira-kira 4,000 kaki persegi di Kampung Tok Lebir ditukar status sebagai lot kediaman.

Nadzuha mendakwa beliau pernah memohon untuk mendapatkan bantuan rumah daripada wakil rakyat Umno sebelum ini, namun tidak menjadi kenyataan.

“Setelah beberapa orang wakil rakyat bertukar ganti, namun hasrat tersebut tidak tercapai. Sebelum ini pernah diberi tanah rizab Kada untuk bina rumah, tetapi dibatalkan kerana berlainan parti,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

(Ikuti kisah lanjut keluarga Nadzuha dalam Harakah edisi cetak)

2. Ada pihak guna dokumen ‘sampah’ fitnah PAS 

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ada pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor menggunakan dokumen ‘sampah’ semata-mata untuk memfitnahkan PAS.

Katanya, apabila PAS menjawab balik apa yang mereka fitnah, pihak terbabit seperti melompat pula.

“Bila orang kepak balik kat dia, dia pulak melompat ghiau ghata-ghiti kata orang fitnah dia.

“Padahal dia memfitnah PAS menggunakan dokumen yang tiada kredibiliti sama sekali yang telah dinafikan PAS,” katanya pada kenyataan di media sosialnya semalam.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sanusi apabila mengaitkan namanya terbabit dengan dokumen ‘PASLeaks’.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa dokumen tersebut dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepemimpinan Umno yang disebarkan secara terbuka.

Bagaimanapun laman berita hari ini melaporkan BN Selangor menamatkan khidmat Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor berkuat kuasa serta merta.

Sanusi juga berkata, isu terbabit sengaja diadakan untuk mengalih perhatian orang ramai kepada dirinya setelah dokumen PasLeaks diketahui umum hanya rekaan semata-mata.

“Inilah perangai huduh seperti pepatah Melayu ‘dia pukul orang dia yang menangis’. Dia alih perhatian konon saya fitnah dia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam-macam berita gila.. 

(i) Lot tanah dibatal kerana berlainan parti, itu kerja puak-puak UMNO Kelantan. (ii) BN Selangor pula.. Inilah perangai huduh, ‘dia pukul orang dia yang menangis’. Kata Sanusi.

Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment