Monday, June 13, 2022

Biadap terhadap Afreen Fatima! Modi BJP jadi Israel.

 

Ketua Pelajar Islam dan Setiausaha Kebangsaan Pergerakan Persaudaraan, Aysha Renna mengalami kecederaan akibat hijabnya ditarik oleh seorang anggota polis India ketika mengetuai tunjuk perasaan di Kerala, India pada 13 Jun 2022 sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan merobohkan kediaman aktivis Islam, Afreen Fatima di New Delhi. (FOTO Trendsmap)

1. Robohkan kediaman Afreen Fatima: Modi, BJP dah jadi Israel

NEW DELHI: Insiden terbaharu kediaman aktivis pelajar Islam, Afreen Fatima dirobohkan menunjukkan satu lagi bukti kerakusan kerajaan India di  bawah pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi parti nasionalis, Bharatiya Janata Party  (BJP) yang berterusan menindas umat Islam di India, seolah sudah menjadi seperti sikap kejam zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan Outlook India.com pada Ahad (12 Jun) kerajaan BJP yang tidak berperikemanusiaan telah merobohkan rumah aktivis pelajar Afreen Fatima didakwa hanya kerana dia dan bapanya, Javed Ahmad Shah dituduh terlibat dalam bantahan di Prayagraj Uttar Pradesh pada hari Jumaat lalu, serta dakwaan melemparkan batu ke arah polis susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W oleh bekas jurucakap BJP, Nupur Sharma.

Menurut laporan itu, pihak majlis pentadbiran tempatan diiringi oleh kumpulan polis dan jentolak telah merobohkan kediaman Fatima di kawasan Atala di Prayagraj di sini.

Sementara Kashmir Media Service melaporkan bahawa pihak polis turut menahan bapa, ibu Fatima dan salah seorang adik perempuannya di bandar Allahabad Uttar Pradesh berhubung protes yang diadakan di bandar Allahabad Uttar Pradesh pada Jumaat tersebut.

Sementara tambah laporan OutlookIndia.com, berikutan perobohan rumah Fatima dan bapanya, sokongan telah mencurah-curah untuknya di internet dengan hashtag #IStandWithAfreenFatima menjadi kini tular di Twitter. 

Kediaman keluarga Afreen Fatima yang dirobohkan pihak majlis perbandaran tempatan di Atala di Prayagraj, New Delhi, Ibdia pada 13 Jun 2022. (FOTO Newindianexpress)

Afreen Fatima dalam satu statusnya di Twitter mengesahkan bahawa bapanya dan beberapa ahli keluarga lain telah ditahan oleh Polis Uttar Pradesh.

“Polis telah memperalatkan mereka (ahli keluarga Afreen Fatima) dengan menahan mereka pada Jumaat 10 Jun 2022,”  ciapnya di Twitter. 

Laporan itu berkata lagi, ramai orang terkenal  serata dunia di Twitter dan Instagram  telah menyatakan sokongan padu mereka terhadap Fatima.

Penulis dan aktivis, Gurmehar Kaur melabelkan tindakan BJP memusnahkan rumah Fatima sebagai serangan tajaan kerajaan terhadap warganya sendiri. 

Afreen Fatima (kiri) bersama bapanya, Javed Ahmad Shah (tengah) didakwa terlibat dalam bantahan di Prayagraj Uttar Pradesh pada 10 Jun 2022. (FOTO Muslimmirror)

Sementara itu, Profesor Undang-Undang di University of Detroit Mercy, Amerika Syarikat, Khaled A Beydoun menulis di status Instagram miliknya, yang mengatakan, Muslim India kini sedang dihukum, dan ada yang dibunuh susulan kecaman yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap regim BJP.

“Saya berdiri teguh  bersama Afreen Fatima, dan bersama beribu-ribu orang India Muslim yang rumah mereka telah dirobohkan oleh rejim BJP,” tulis Khaled.

Khaled yang juga merupakan seorang aktivis dan instafamous di Instagram berkata, perobohan rumah milik Afreen Fatima adalah penaja keganasan negara.

Aktivis, Mohammed Irshad yang turut memberikan sokongan kepada Afreen Fatima pula berkata, beliau adalah yang paling lantang di kalangan kita. Ketakutan terdedah telah membuat kerajaan marah dengan suara-suara berbeza pendapat. 

Khaled A Beydoun melaungkan sokongan padu terhadap Afreen Fatima melalui instagram millknya.

“Berapa banyak tangkapan yang boleh anda lakukan? Berapa banyak rumah yang akan anda runtuhkan? Kami berdiri di sebelah satu sama lain tanpa syarat. Tidak Kira Apa!” tegasnya. 

Terdahulu, menurut laporan Outlookindia lagi, Fatima ialah seorang aktivis pelajar. Beliau merupakan pelajar di Universiti Jawaharlal Nehru di Delhi dan bekas presiden kesatuan pelajar Kolej Wanita, Universiti Muslim Aligarh.

“Fatima aktif semasa protes anti-CAA/NRC pada 2019-2020 di Shaheen Bagh di New Delhi. Dia juga telah menganjurkan perkumpulan wanita Islam dan telah mengadakan bantahan terhadap isu larangan hijab sebelum ini.

“Afreen Fatima ialah seorang aktivis pelajar yang telah menjadi lambang yang menonjol dalam protes anti-CAA/NRC dan dalam protes terhadap larangan hijab,” ujar laporan tersebut. -HARAKAHDAILY 13/6/2022

2. Hantar nota bantahan diplomatik kepada India 


BEBERAPA hari lepas, dunia dikejutkan oleh kenyataan biadab di televisyen yang dikeluarkan oleh jurucakap parti pemerintah Republik India, Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma dan ketua bahagian operasi media BJP di Delhi, Naveen Jindal. Kenyataan tersebut secara terang-terangan  menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Saidatina Aishah itu berlaku walaupun negara Asia Selatan itu diketahui umum memiliki 200 juta penganut agama Islam iaitu kedua terbesar di dunia selepas negara Indonesia.

Parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Narendra Modi jelas tidak menghormati sensitiviti rakyat beragama Islam di negara tersebut dan negara-negara Islam di seluruh dunia dengan kenyataan provokasi ini. Selain itu, telah terbukti sudah berlaku banyak kali siri penghinaan terhadap agama Islam telah berlaku seperti kenyataan dari Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adiyanath yang menyatakan kewujudan orang Islam di India tidak memberi manfaat di negara tersebut kerana mereka tidak menentang pembentukan negara Pakistan pada tahun 1947.

Walaupun Bharatiya Janata Party (BJP) telah mengambil tindakan dengan menggantung dan memecat ahli parti yang melakukan provokasi tersebut, tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh media rasmi parti tersebut. Bahkan, tiada jaminan yang dinyatakan oleh parti mahupun Kerajaan India bahawa tindakan biadab ini tidak akan berulang lagi. Sehingga kini, beberapa negara seperti Kuwait, Qatar dan Oman telah menyatakan bantahan secara rasmi terhadap Kerajaan India serta meminta Duta India di negara masing-masing memberikan penjelasan rasmi.

Oleh itu, saya ingin menggesa Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra menyertai negara-negara Islam yang lain-lain dengan menghantar nota bantahan secara rasmi kepada Kerajaan India dalam masa terdekat ini.  Tindakan ini harus dilakukan segera bagi memberi tekanan hebat kepada Kerajaan India agar lebih sensitif dan tidak mencampuri urusan yang melibatkan penganut agama Islam seramai 1.2 bilion ini.
“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR DATO’ HUSAIN AWANG
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 13/6/2022

3. Selar provokasi pemimpin Bharatiya Janata Party (BJP) 


DEWAN Ulamak PAS Pusat menyelar kenyataan provokasi yang dikeluarkan oleh jurucakap parti pemerintah Republik India, Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur Sharma serta seorang lagi ketua media BJP di Delhi, Naveen Jindal. Kenyataan yang jelas menghina Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W itu bermanifestasi daripada sikap kebencian terhadap Islam yang telah bersarang di sebalik ideologi Hindutva sejak sekian lama. 

Pemerintahan BJP di India telah dikecam kerana sering kali melakukan tindakan provokasi khususnya terhadap umat Islam di sana. Pada Februari lalu, pemakaian hijab oleh pelajar Muslimah di salah sebuah negeri di republik tersebut dihina dan dilarang memasuki kolej. Tragedi Islamofobia begitu menyemarak di negeri-negeri yang dikuasai oleh BJP. 

Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra mengeluarkan suatu nota bantahan diplomatik tegas terhadap apa yang berlaku meskipun BJP telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu penting parti tersebut. Langkah tersebut tidak menghairankan kerana BJP sendiri berhadapan dengan tekanan diplomasi dan ekonomi susulan reaksi balas bantahan dan pemboikotan produk-produk keluaran Republik India oleh beberapa negara umat Islam yang lain seperti Kuwait, Oman dan kebanyakan negara Teluk.

Tindakan melampau yang berterusan tersebut wajar dibendung. Sewajarnya semua pihak menjaga sensiviti agama dan tidak mencampuri apatah lagi menghina seorang yang mulia di sisi agama Islam. Ia adalah nilai sejagat yang perlu dihormati.

YB SENATOR USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/6/2022

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment