SEBUAH portal berita cenderung DAP-Pakatan Harapan (PH) telah melaporkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mohon tidak bersetuju terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
BERSIH seakan sembah derhaka atas titah nasihat baginda bahawa perhimpunan jalanan seperti digesa seorang pemimpin DAP bukan cara bertanggungjawab dalam mencari ‘penyelesaian yang membina’ terhadap menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup.
Ya memang betul pun. Tidakkah DAP sedar bahawa mereka memiliki jumlah Ahli Parlimen antara yang ramai di Dewan Rakyat? Itu belum dikira ADUN mereka yang berada di Dewan Undangan Negeri-negeri.
Manfaatkanlah dua medan besar ini untuk bicara hal rakyat. Kenapa masih memilih isu marhaen diselesaikan melalui himpunan jalanan? Kemaruk ke apa?
Titah baginda lagi, pandangan masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum dan saluran lain. Ini juga amat tepat kerana media arus perdana kini sudah semakin terbuka dan bebas ditambah lagi lowongan penyaluran maklumat melalui media sosial yang seluas langit biru.
Malah, PH selaku pembangkang juga memiliki Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan sekarang, jadikanlah ia antara platform untuk buktikan kalian negarawan, bukan bertindak memanaskan keadaan. Anda bukan Komunis! Asyik melawan tidak tentu masa sedangkan ruang perbincangan terbentang luas.
Titah baginda lanjut, undang-undang negara perlu dihormati, serta mengelak membuat kenyataan menghasut kerana ia tidak membantu. Selain tidak mencapai matlamat, ia juga akan mengakibatkan kekecohan, kerosakan dan kerugian kepada semua pihak.
Itulah dia pandangan tajam Tuanku Sultan Johor dalam melihat situasi semasa. BERSIH tidak dapat memahami pesanan seringkas itu? Kalian pula sibuk bingkas menyanggah bagi pihak DAP?
Begitu juga gesaan DAP itu, bukankah politikus sepatutnya menjadi penyelesai masalah dan meredakan keadaan? Kalian suka dan mahu lihat negara jadi macam Sri Lanka?
Seperti titah baginda itu, gesaan himpunan jalanan ini berupa satu hasutan. Adakah ini satu gambaran bahawa politikus DAP-PH masih berminda ekstrem, radikal dan cuba menjadikan situasi tidak stabil kepada lebih porak-peranda?
Siapa ‘di sebalik’ BERSIH?
Sewajarnya, dengan titah nasihat Tuanku Sultan itu, ia mampu menjentik kesedaran, betapa wujudnya ruang yang sangat luas dan terbuka untuk penyelesaian isu. Tetapi mengejutkan BERSIH sanggah! Siapakah ‘di sebalik’ BERSIH? Kenapa masih mahu berkeras menentang arus saranan Tuanku?
Ramai dahulu yang pernah menyertai himpunan BERSIH termasuk penulis sendiri. Jangan kata himpunan anjuran mereka, bahkan himpunan lain juga seperti TURUN, ISA dan bermacam lagi. PAS juga turut pernah bersama.
Tetapi, PAS akhirnya menarik diri daripada BERSIH setelah menyedari ‘siapa’ yang berada dalam BERSIH itu. Pihak mana di belakang dan menjadi ‘remote control’ ke atas BERSIH, ke mana hala tuju dan motif terselindungnya.
Biarpun secara zahir BERSIH dilihat memperjuangkan integriti demokrasi, PAS sedar ‘ancaman’ bahaya yang wujud di dalam BERSIH sepertimana PAS kenal DAP dan PKR!
Tidak bolehkah DAP dan BERSIH akur pada titah nasihat Tuanku itu? Tidak bolehkah kalian contohi sepertimana semangat perjuangan dan ketaatan, kasih sayang Mat Kilau kepada negara dan raja?
Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh pejuang lain termasuk Datuk Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid, Mat Lela dan Haji Mat Nor berjuang menentang penjajah sejak 1890 kerana sayangkan rakyat. Mereka lawan British, yang menjarah hasil mahsul Pahang.
Teras perjuangan Mat Kilau dan pahlawan lainnya bertulang belakangkan sokongan kuat Sultan dan Raja-raja Melayu. Di Kelantan, pahlawan Pahang ini telah diselamatkan oleh Sultan Mansur Shah, manakala di Terengganu oleh Sultan Zainal Abidin III dan penasihat Sultan Terengganu iaitu Tokku Paloh. Sultan Pahang pada waktu itu, Sultan Ahmad Shah turut menyokong Dato’ Bahaman tetapi ditekan oleh British dengan menghantar askar.
Negeri Kelantan antara kuat menyokong perjuangan Mat Kilau sehingga diugut oleh Raja Siam supaya menangkap Mat Kilau yang ketika itu bersembunyi di Hulu Kelantan. Jika tidak, sesuatu yang buruk akan menimpa negeri itu.
Namun dengan keberanian dan kepintaran Tuanku Sultan Mansur, Mat Kilau telah diumum mati ketika ditangkap pada 1895. Keranda yang diletakkan batang pisang kemudiannya ditanam di Bunut Payong di negeri itu. Raja Siam, Raja Chulalongkorn Ke-V yang bersekongkol dengan British terpedaya.
Itu semua sejarah yang menunjukkan kerjasama erat antara Raja dan Sultan bersama pemimpin masyarakat berjuang demi kepentingan rakyat jelata. Mereka bersama berdepan dengan penjajah. Kini kenapa sebahagian politikus kononnya atas nama ‘perjuangan rakyat’, secara terang dan lantang menyanggah titah Tuanku?
Kalian hanya manis mulut berslogan, tetapi memperalat, mengeksploitasi, memanipulasi, membohongi, mencurangi dan mengkhianati rakyat serta negara ini. Kalian fikir rakyat lupa 22 bulan negara ini ditangan kalian dahulu? Cukuplah!
Kedaulatan Raja-raja
Perlu kalian ingat, raja bertakhta raja disembah. Semua rakyat wajib menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan negara seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara.
Pepatah ‘raja bertakhta, raja disembah’ di atas perlu disedari dan dipikul sebagai tanggungjawab kita semua agar institusi beraja sentiasa tinggi tanpa pelecehan mana-mana pihak. Kalian juga yang pernah cuba mengubah martabat tersanjung dan termaktub dalam Perlembagaan ini kan? Kami tak lupa!
Ramai Ahli Parlimen PH khasnya DAP berada di Parlimen, sedarkah mereka istilah Yang di-Pertuan Agong dinyatakan lebih 450 kali di dalam Perlembagaan? Ini membawa maksud bahawa Raja-raja kita bukan sekadar simbol, tetapi secara langsung menunjukkan peri pentingnya peranan institusi itu.
Terutama dalam pentadbiran negara di samping menjaga kebajikan rakyat melalui perkara-perkara yang melibatkan bidang tugas Seri Paduka.
Kedaulatan sistem beraja ini bukan semata-mata atas dasar ia institusi yang tinggi dan istimewa buat Malaysia. Akan tetapi wajib juga difahami bahawa Sultan dan Raja Melayu ini adalah pelindung kepada agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, selain Tuanku juga bertanggungjawab melindungi hak kaum-kaum lain di Malaysia.
Justeru, dalam usaha untuk memastikan sistem ini terus berlangsung, sebarang bentuk penghinaan serta kritikan tidak munasabah haruslah dielakkan. Dalam kes sanggahan BERSIH terhadap titah baginda, adalah amat dikesalkan.
Kata-kata ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ telah wujud sejak zaman berzaman. Cuma kini ia makin sukar dan susah untuk dilazimi kerana generasi baharu semakin kurang peka mengenai institusi raja dan kepentingannya kepada negara.
Ini boleh kita lihat dengan mudah di media sosial apabila remaja dan orang muda kita membuat komen-komen yang liar dan dianggap luar batasan berkait institusi beraja. Lalu, kenapa BERSIH dilihat mahu menyemarakkan lagi risiko ini?
Marilah kita bersama, rakyat Malaysia, pemimpin, NGO dan pertubuhan apapun, duduk semeja, bincanglah dengan baik. Kita baru sahaja melepasi tempoh pandemik. Susun baik-baik masalah dalam negara, selesaikanlah dengan bijaksana. Ambillah semangat Mat Kilau dalam mencintai negara dan negerinya, tetapi kasih pada raja dan ketua negara tidak pernah sirna. Ayuh!
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 29/6/2022
[Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh pejuang lain termasuk Datuk Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid, Mat Lela dan Haji Mat Nor berjuang menentang penjajah sejak 1890 kerana sayangkan rakyat. Mereka lawan British, yang menjarah hasil mahsul Pahang.]
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP-PH ekstrem, radikal. Jawab DAP, jangan pengecut!
Nona Singapura - R.Azmi
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
6 comments:
TRAGEDI
Orang Melayu bukan tidak tahu betapa teruk rasuah pemimpin2 UMNO. Bukan mereka tidak nampak betapa kaya pemipin2 UMNO dan kerakusan sesama mereka kpd kuasa.
Tapi kebencian melampau mereka kpd DAP hasil ditanamkan sikap perkauman berpuluh tahun… mereka menghalalkan berbillion wang rakyat dirompak. Mereka korbankan diri biar mereka susah atau papa kedana asalkan bukan DAP.
Mudah sahaja berkempen utk org Melayu, sebut sahaja nama DAP… rompaklah berbillon wang rakyat, naiklah harga barang, kenakanlah pelbagai cukai mereka tak kisah asalkan Melayu dan bukan Cina DAP.
Tragedi kpd Malaysia yg dikatakan sebagai antara negara paling korup di dunia hingga trillion negara yg kaya raya ini berhutang. Mentaliti dunia ketiga buat anak cucu kita suatu hari nanti akn merana…
Org Melayu dia merungut barang naik. Org Melayu dia merungut cukai yg tinggi. Org dia Melayu merungut kehadiran berbillion warga asing… org Melayu hanya tahu merungut tapi mereka tidak tahu semuanya itu adalah hasil tangannya sendiri… tragedi.
Org Melayu bertanjak ke panggung kerana semangat Mat Kilau. Org Melayu hanya nampak Mat Kilau lawan penjajah. Tapi mereka lupa kekecewaan Mat Kilau hingga dia menjadi pelarian apabila org Melayu ramai yg tidak menyokong perjuangannya. Malah menjadi tali barut penjajah hingga Mat Kilau menjadi Mat Siam. Sejarah tidak pernah menipu dan sejarah sikap org Melayu tak pernah berubah.
Jom sokong pas. Ketika nak kemerdekaan, banyak hal yang tidak dipersetujui oleh pas. Kerana merugikan bangsa melayu. Beberapa pimpinan pas atau hizbul muslimin ditangkap oleh penjajah. Katanya penderhaka.
Pelikkan. Melawan penjajah dikatakan derhaka. Yang tak mahu dicop derhaka terus berbincang dengan penjajah. Boleh merdeka asalkan ikut acuan penjajah.
BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA BACUL
Mat Kilau perlu ditonton seluruh lapisan masyarakat terutamanya golongan muda. Syabas ada yang menonton bertanjak, bersamping baju Melayu dan yg cilik datang bertanjak dan berselendang Melayu tradisi.
Wahai Walaun Tun sekelian ini adalah fakta kenyataan keluarga lidah bercabang goreng maut cakap pasal Melayu.
Tun Mahathir :
Seharusnya kita tidak hanya menuntut agar Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, kita juga harus menuntut Singapura dan Kepulauan Riau, kerana mereka adalah Tanah Melayu,” katanya yang disambut dengan tepuk tangan meriah dari para hadirin.
Marina Gereja pula kata.. :
MELAYU DAH LUPA SEJARAH MALAYA YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYSIA HARI INI. MEREKA ADALAH PENDATANG SECARA REALITI. MEREKA TELAH MEROMPAK DAN MEMBUAT TUNTUTAN TANPA ASAS TERSEBUT. MALAYSIA BUKAN MILIK ORANG MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA MERUPAKAN PENDUDUK PERTAMA MENUBUHKAN MALAYA. YANG KONONNYA MELAYU TELAH MEMALUNKAN BUKTI DAN MEMBUANG KEBENARAN OLEH UMNO DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA. JANGAN PERNAH PERCAYA SESUATU PERKATAAN YANG MEREKA KATAKAN. Marina Mahathir.
Marina Mahathir: Tiada sesiapa pun di Malaysia yang akan memanggil “Cina” atau “India” sebagai “orang luar … Sah rakyat dah nampak belang sebenar keluarga haramjadah ini.
Walaun Mahathir kau suluh cermin diri. Jgn cuba jual goreng mamak sambil menghina dan merendahkan maruah kaum Melayu.
Dialog filem Mat Kilau yang berani tuntas siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Cuma ada yang buat buat lupa sambil menangis memgalirkan air mata buaya. Taktik basi lagi hodoh dan sangat lapuk. Rakyat melihat sinis dan naik meluat rasa tekak kembang dengan goreng mamak ni..!!
“Hidup bermaruah. Kita kenal datuk nenek yang pertahankan maruah agama, bangsa dan negara
Susah mahu cari Melayu Mat Kilau sekarang 'Melayu Mudah Lupa' bersepah di luar sama bersama legasi tak guna ini.
Baru sesi inquiry aksi Tun Mahathir si bacul acah acah power Melayu Islamik dah mencipan cabut lari. Belom ke mahkamah lagi tu...!!
Jika di panggung Mat Kilau berhempas pulas melawan musuh, di pejabat Peguam negara, satu aksi Mat Pulau ini sambil terkinja kinja mencipan cabut lari terjadi.
Angkara pengkhianat negara si barua DAP@ Lee Kwan Yew nelayan di usir polis maritim Singapura berhampiran Pulau Batu Putih. Ramai nelayan tradisi dihalau dari Kawasan Pulau Batu Putih berdekatan marin Singapura dianggap suatu pencerobohan.
PRU 15 semangat Mat Kilau pasti bangkit hapuskan legasi tak guna ini.
Goreng Mamak dah tak laku tekak rakyat naik kembang dan meluat...!!
Berani kerana benar takut kerana bacul..
KHALAS
Siapa kata penjajah yang bawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu? Sebenarnya Sultan, Raja dan Pembesar Melayu yang membawa mereka-mereka ini masuk. Ini fakta la...
1848 - Long Jaafar usahakan lombong bijih timah di Klian Pauh dengan mengupah 20 orang pekerja Cina (puak Cheng Seng Hakka @ Hai San dari Kwangtung), 1000 lagi dibawa masuk untuk melombong.
1857 - Long Jaafar meninggal dunia
1861 hingga 1862 - Perang Larut Pertama
1862 - Ngah Ibrahim bayar RM17 ribu sebagai denda ganti rugi perang kepada Sultan Muazzam Shah
1864 - Ngah Ibrahim (anak Long Jaafar) dapat title Orang Kaya Menteri dari Sultan Perak (Sultan Jaafar)
1871 - Dianggarkan ada 40 ribu pekerja Cina yang dibawa masuk dan bekerja di Larut Matang dan Klian Pauh termasuk dua kongsi gelap (Gee Hin dan Hai San)
24 Feb 1872 - Pergaduhan besar Gee Hin dan Hai San (Perang Larut Ke 3)
Feb 1872 - Gee Hin menang dan 10 ribu orang Cina (Hai San) lari tinggalkan Larut dan pergi ke Pulau Pinang, Ngah Ibrahim tak dapat kawal keadaan
Mei 1872 - Ngah Ibrahim dapatkan bantuan dari Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang (George WR Campbell) dan dari Singapura (Sir Henry Ord)
1873 - Kerajan Inggeris di Pulau Pinang telah beri kebenaran kepada Ngah Ibrahim untuk import senjata. Capt Speedy diarahkan bantu Ngah Ibrahim redakan kekacauan di Larut
17 Jan 1874 - Perjanjian Pangkor
4 Nov 1874 - Raja Abdullah beri kebenaran untuk JWW Birch jadi Residen di Perak dalam Perjanjian Pangkor
2 Nov 1875 - JWW Birch dibunuh di Pasir Salak oleh hamba abdi Dato’ Maharaja Lela (Orang Besar Empat) iaitu Si Puntum dari bangsa Orang Asli. Ketua operasi bunuh ini adalah Pandak Indut (bapa mertua Dato Maharaja Lela)
1877 - Semua suspek dan rakan subahat kes pembunuhan JWW Birch digantung manakala Ngah Ibrahim, Mohd Amin dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles
Sebab utama pembunuhan JWW Birch adalah disebabkan oleh semua cukai hanya boleh dikendalikan oleh Residen Inggeris. Sultan, Raja dan Pembesar Melayu sudah tidak dibenarkan mengutip cukai. Semua sebab duit ja.
1877 - Industri Getah dimulakan di Kuala Kangsar Perak dengan 9 pokok sahaja
1902 - Estet Getah Pertama di Malaysia dibuka di Melaka
1903 - Pekerja dari India dibawa masuk oleh syarikat estet untuk bekerja sebagai penoreh getah.
Bani Keturah Bani Melayu
Ketika kebanyakan menteri diragui kemampuan mengendalikan kementeriannya, kementerian yg dikendalikan oleh wakil pas menampilkan kelainan. Jelasnya apa yg diragui jika wakil pas memegang kementerian, nampaknya dapat memberikan keyakinan kepada rakyat.
Jika rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri jadi igauan buat rakyat, wakil pas berjaya menawan hati rakyat membasmi rasuah dan salah guna kuasa. Ramai merasakan wakil pas akan gagal dalam tugasan, rupanya prestasi wakil pas membanggakan. Walaupun tidak menonjolkan diri dengan pidato dan janji untuk mendapatkan jawatan, kerana itu bukan cara pas, tetapi jawatan dianggap amanah dari rakyat. Wakil pas masih kekal dengan politik bersyariah.
Pada tahun 1994, berlaku pembunuhan etnik beramai-ramai di Rwanda. Sebanyak 800 ribu suku Tutsi di bunuh oleh pihak tentera yang dikuasai oleh suku Hutu dalam masa hanya 100 hari.
Mereka bukan sekadar dibunuh, tetapi disiksa dengan dicucuh api di muka, tangan dan badan. Kemudian dikelar-kelar muka dan tubuh mereka dengan pisau dan dibiarkan mati perlahan lahan. Teknik yang sama digunakan oleh penjajah Rwanda sebelum itu iaitu Belgium.
Ramai kenal penjajah British, Belanda, Jepun, Portugal, Perancis dan Sepanyol. Tidak ramai yang tahu tentang Belgium, si penjajah yang suka menyiksa rakyat tempatan dengan menghiris-hiris tubuh dan menggunakan api yang dicucuh di muka tahanan mereka.
Di bawah penjajahan Belgium, Tutsi yang hanya mewakili 15 peratus penduduk diberi keistimewaan layanan oleh penjajah. Hatta selepas merdeka pada tahun 1965, kekuasaan diserahkan kepada minoriti Tutsi. Manakala suku Hutu yang membentuk 85 peratus penduduk sentiasa mendapat layanan buruk dan disiksa Belgium.
Jadi setelah merdeka, Hutu memberontak dan berjaya merampas kuasa dari Tutsi. Tindakan balas dendam dijalankan kepada Tutsi berdekad-dekad lamanya. Tidak tahan dengan siksaan Hutu, Tutsi telah memberontak. Kemuncaknya 6 April 1994, Presiden Rwanda, Habyarimana daripada etnik Hutu telahpun terbunuh apabila pesawat dinaikinya ditembak.
Kekosongan pemerintahan telah berlaku dan ia digunakan oleh tentera, polis dan militia yang dikuasai oleh Hutu untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Tutsi. 800 ribu Tutsi dibunuh. Lebih 200 ribu wanita dirogol dan disiksa. Sebenarnya bukan sekadar etnik minoriti Tutsi yang dibunuh, ada juga etnik Hutu sendiri yang tidak bersetuju dengan keganasan militia Hutu telahpun dibunuh sama.
Peristiwa inilah yang menjadi pemangkin kepada wujudnya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Ini kerana mahkamah sedia ada, International Court of Justice (ICJ) mempunyai limitasi untuk membicarakan kes melibatkan negara dengan negara, tetapi tidak melibatkan individu, pertubuhan dan lain lain aktor.
Diringkaskan cerita, pada tahun 1998 satu perbincangan yang melibatkan 160 negara telah diadakan di Rome untuk membentuk sebuah undang-undang atau seumpama enekmen yang akan menjadi punca kuasa atau sumber perundangan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ini. Dokomen yang dipersetujui oleh majoriti negara itu dinamakan Rome Statute.
Rome Statute memberi kuasa kepada ICC membicarakan 4 kes sahaja iaitu pembunuhan beramai-ramai atau penghapusan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah melibatkan pencerobohan. Di Malaysia tidak ada penjenayah yang melakukan jenayah seperti ini.
Malaysia terlibat sejak awal penubuhan ICC dengan menandatangani the Final Act ketika dibincangkan di PBB pada tahun 1998.
Malaysia juga menghantar wakil rasmi iaitu Menteri JPM (Undang-Undang), DS Nazri Aziz dan bersetuju untuk menjadi 'state party' kepada ICC/Rome Statute ketika sidang parlimen keenam for ICC di Uganda pada tahun 2010.
Malaysia juga melalui Perdana Menteri DS Najib Razak memberi halatuju dasar untuk menyertai Rome Statute/ICC setelah berlakunya jenayah kemanusiaan serangan Israel terhadap kapal bantuan Mavi Marmara pada tahun 2010.
Malaysia juga dibawah Kabinet DS Najib Razak bersetuju untuk menyertai Rome Statute bagi membolehkan negara mengheret pelaku yang menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine untuk dibicarakan di ICC pada tahun 2015.
Tetapi dibawah kerajaan berikutnya pada tahun 2019, Rome Statute hanya berjaya ditandatangani selama sebulan sahaja, kemudian ditarik balik akibat tentangan beberapa pihak ketika itu. Soalnya. Wujudkah 4 jenis penjenayah itu di Malaysia iaitu penjenayah yang melakukan pembunuhan etnik beramai-ramai, penjenayah perang, penjenayah kemanusiaan dan jenayah pencerobohan?
Jawapannya tidak ada.
Semoga tidak berlaku lagi jenayah kejam seperti di Rwanda itu di mana mana belahan dunia pun dan juga di rantau ini walaupun ada yang tidak bersetuju dengan ICC/Rome Statute.
Post a Comment