Monday, June 06, 2022

'Demi Cinta', gadis ini masuk sarang harimau & lubuk buaya..


KL/IH: Seorang wanita dari Bangladesh sanggup meredah hutan yang terkenal dengan populasi harimau sebelum berenang di sepanjang sungai yang dipenuhi buaya selama sejam untuk bertemu dengan cinta hatinya, lapor Daily Star kelmarin. 
Gambar: DailyStar

Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India, bernama Abhik, melalui Facebook sebelum kedua-duanya jatuh cinta.

Kemudian, pasangan kekasih itu merancang untuk bertemu dan berkahwin tetapi Krishna, tidak mempunyai pasport untuk memasuki negara India secara sah, lapor India Tod

Krishna memutuskan untuk tidak jadikan itu sebagai halangan untuk mereka berkahwin sehinggalah dia merancang untuk cuba memasuki India secara haram.

Gambar: DailyStar

Menurut sumber polis, gadis itu merentasi kawasan berbahaya iaitu hutan paya Sundarbans yang telah menyaksikan banyak kes kematian akibat serangan harimau.

Lalu bersama azam yang kuat, dia berenang selama sejam di sungai Matla yang juga merupakan kawasan berbahaya iaitu sebagai lubuk buaya. 

Sungguh mengagumkan, Krishna berada dalam keadaan selamat dan masih hidup walaupun menghadapi pelbagai ‘rintangan’. Maka, pada hari Sabtu (28 Mei), mereka selamat disatukan di Kuil Kalighat di Kolkata.

Namun, apakan daya cita-cita untuk hidup bersama suaminya hanya ‘singgah’ sementara. Berikutan, kisah perjalanan epik Krishna telah tersebar di seluruh 24 Parganas, Selatan Bengal sehingga berita itu sampai ke pengetahuan polis tempatan.

Dua hari selepas berkahwin (30 Mei), gadis itu ditahan atas dakwaan memasuki India secara haram. Sumber: Daily Star

Perlu Berpasangan

Pada tahun 1933, seorang saintis British, Paul Dirac telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam fizik untuk penemuannya yang dipanggil Parite. Penemuan itu mendedahkan bahawa jirim dicipta secara berpasangan dengan jantina yang berlainan.

Dalam buku 'The Koran vs Modern Science menurut Dr Zakir Naik' oleh Ramadhani et al, Dirac menyebut, contoh elektron anti jirim akan bercas positif, manakala proton akan bercas negatif.

Fakta ini diungkapkannya dalam sumber saintifik. "Setiap zarah mempunyai anti-zarah dengan caj yang bertentangan dan hubungan ketidakpastian memberitahu kita bahawa penciptaan pasangan dan pemusnahan pasangan berlaku dalam vakum pada setiap masa, di setiap tempat," jelasnya.

Sebenarnya, jauh sebelum Paul Dirac menemui fakta ini, Al-Quran yang diturunkan kira-kira 14 abad yang lalu telah menyampaikan perkara ini. Dalam satu ayat al-Quran, Allah berfirman bahawa segala sesuatu diciptakan berpasang-pasangan.

“Maha Suci Allah yang telah menciptakan sesama manusia, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi maupun dari diri mereka sendiri maupun dari apa yang tidak mereka ketahui,” baca Surah Ya Sin Ayat 36.

Penciptaan pasangan yang berlaku dalam jirim dan tenaga ternyata mempunyai hikmah yang besar. Kewujudan sepasang cas positif dan negatif membolehkan arus elektrik berlaku.

Tidak hanya dari segi material, Al-Quran juga menjelaskan bahawa manusia diciptakan berpasangan. Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan supaya dapat membiak.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah). satu tanda bagi kaum yang berfikir." Surah Ar-Rum ayat 21.

(IH)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails