Friday, June 17, 2022

Dr Kamarul Zaman: Penjawat awam kini. & Nasib T/Alam KS.

 

1. Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela -DR Kamarul Zaman.

DALAM Manifesto PRU14, Pakatan Harapan (PH) berjanji jika berjaya menjadi kerajaan ia akan akan memberi penghormatan kepada sektor perkhidmatan awam dan meletakkan sektor perkhidmatan awam kembali ke tempat yang sewajarnya.

Begitupun, selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan, pelbagai kenyataan dan tindakan pemimpin PH, terutamanya pemimpin DAP, menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan awam bukan dihormati tetapi sebaliknya dikenakan tekanan, kecaman dan ugutan. 

Masih kita ingat lagi betapa seorang Ahli Parlimen DAP menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan manakala seorang Ahli Parlimen DAP lain pula mendesak Kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara.

Seorang lagi Ahli Parlimen DAP pula mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai/kakitangan awam yang dikatakan membazirkan bagi mengutamakan penjimatan wang rakyat.

Seorang EXCO DAP pula menegaskan mengenai betapa Kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam sementara seorang Timbalan Menteri DAP menegaskan mengenai keperluan untuk melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam.

Dituduh ‘deep state’

Bila sahaja timbul isu yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan PH maka penjawat awamlah juga yang dijadikan sebagai kambing hitam; timbul isu ICERD, “deep state”; timbul isu LTTE, “deep state”; timbul isu tender, “deep state”; timbul isu tatoo, “deep state”.

Yang menuduh penjawat awam mensabotaj Kerajaan PH, termasuk dikatakan sebagai punca mengapa agenda reformasi yang dirancang oleh Kerajaan PH lambat atau gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PH juga adalah pemimpin PH, baik dari DAP, PAN atau PKR.

Lebih teruk dari itu, Kerajaan PH juga memindah dan menyejukbekukan (cold storage) sesuka hati penjawat-penjawat awam utama kerajaan yang teguh mempertahankan etika perkhidmatan awam, termasuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Pendekatan bercorak konfrontasi digunakan oleh Kerajaan PH juga jelas tergambar di dalam pemberhentian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam.

MAPPA terakhir ialah MAPPA XVI pada 4 April 2018 membabitkan pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kira-kira 10,000 penjawat awam dalam mana beliau mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Sejak PH mengambil-alih tampuk pemerintahan MAPPA tidak lagi diadakan sebaliknya yang ada hanyalah Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Mac 2019.

Diarah ikat perut

Perhimpunan Perdana ini paling diingati kerana kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta CUEPACS dan jentera kerajaan ‘mengikat perut’ supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit angkara pentadbiran terdahulu dapat dikurangkan.

Lebih teruk lagi ialah bila pengumuman Perdana Menteri di MAPPA XVI telah tidak dihormati dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan PH, iaitu:
(1) Kenaikan Gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.
(2) Pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2018.
(3) Penambahan Gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Selain itu, sesatunya pemberian geran tahunan oleh Kerajaan PH kepada CUEPACS ialah pada tahun 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja, selari dengan arahan ‘mengikat perut’ Kerajaan PH, jauh berkurang daripada pemberian Kerajaan BN sebelum ini.

Paling menyedihkan ialah mengenai permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 bagi tujuan tapak rumah kelab CUEPACS yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018.

Bila PH memerintah surat kelulusan ke atas permohonan ini didapati ‘hilang’ secara tiba-tiba dan kini hanya setelah PH tidak lagi memerintah barulah ia ditemui semula sekali gus membolehkan CUEPACS memulakan kerja bagi membina bangunan pejabat barunya.

Disantuni Ismail Sabri

Sejak Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, beliau mengambil pendekatan berbeza dari PH dengan bersikap amat mesra dengan penjawat awam malah telah beberapa kali menyantuni mereka secara terbuka atau tertutup.

Ketika menjawab soalan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan memfokuskan usaha memberi wajah baharu kepada penjawat awam selain landskap baharu dalam organisasi awam.

Pada 8 April pula, Perdana Menteri meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pegawai tertinggi kerajaan dan penjawat awam lainnya pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Terbaru, pada 13 Jun, Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam untuk menyantuni rombongan sembilan Ahli Jawatankuasa CUEPACS yang diketuai oleh Presiden dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Adnan Mat dan Abdul Rahman Mohd Nordin.

Dalam pertemuan tersebut, CUEPACS membangkitkan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam di zaman Kerajaan PH, dan ini disambut oleh beberapa komitmen Perdana Menteri untuk membantu penjawat awam amnya dan CUEPACS khasnya.

Turut dibangkitkan ialah cadangan gaji minimum baru penjawat awam RM1800 membabitkan kumpulan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi, Cadangan pemberian 2 Kenaikan Gaji Tahunan Khas untuk semua penjawat awam dan Sistem Saraan Baharu.

Perdana Menteri memberi jaminan akan mempertimbangkan kesemua cadangan CUEPACS ini tertakluk kepada perbincangan yang akan dibuat dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara mengenai kesesuaian perlaksanaan cadangan tersebut.

Selain itu Perdana Menteri juga meluluskan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada CUEPACS, akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Pejabat CUEPACS selain berjanji akan menghidupkan kembali MAPPA pada Ogos atau September depan.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
Pegawai Khas Perdana Menteri – HARAKAHDAILY 17/6/2022 


2. Apa nasib Taman Alam Kuala Selangor? 


KEMELUT Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang merupakan satu-satunya ‘tangki oksigen’ yang masih berbaki di kawasan hutan paya bakau banjar Selatan, kini menjadi tumpuan bicara dalam kalangan aktivis dan penduduk sejak akhir Mei lepas. Bagaikan telur di hujung tanduk, apakah masih ada harapan untuk KSNP bertahan? Bahagian pertama laporan khas ini mengupas persoalan itu. 

Semakin membimbangkan!

Hutan paya bakau di Kuala Selangor yang merupakan zon penampan semula jadi pesisiran pantai serta benteng tsunami, kini bukan sahaja diancam kemusnahan tetapi turut berisiko untuk lenyap ditelan kerakusan pembangunan di sekelilingnya. 

Terbaharu, Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang berkeluasan kira-kira 292 hektar dan terkenal sebagai lokasi transit burung migrasi menjadi sasaran seterusnya apabila ada pihak mengemukakan cadangan untuk meneroka dan membangunkan kawasan itu.

Cadangan membangunkan kawasan Taman Alam yang kaya dengan khazanah bakau serta flora dan fauna untuk dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu mengundang kerisauan pakar serta pencinta alam dan penduduk sekitar.

Walaupun belum ada ‘hitam putih’ daripada Kerajaan Negeri Selangor mengenai cadangan itu, pembangunan tersebut, jika direalisasikan, pasti memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar kerana KSNP merupakan satu-satunya ‘tangki oksigen’ yang masih wujud di kawasan hutan paya bakau banjar Selatan daerah berkenaan. 

Ini bukan kali pertama KSNP yang terletak di muara Sungai Selangor dan bersebelahan dengan Bukit Melawati itu ‘diusik’. Dalam tempoh 2007 hingga 2008, kawasan tersebut pernah menjadi ‘mangsa kerakusan’ pengusaha akuakultur yang meneroka secara haram sebahagian kawasan bakau di situ bagi mengusahakan projek kolam udang dan ikan.

Meskipun berjaya dihentikan hasil tindakan pantas Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) yang menguruskan KSNP sejak 35 tahun lalu, aktiviti guna tanah secara agresif di sepanjang kawasan hutan paya bakau yang dianggarkan melebihi 10 kilometer berdasarkan kiraan Google Earth itu, amat membimbangkan.

Justeru, ada keperluan mendesak agar ekosistem semula jadi Taman Alam Kuala Selangor ini terus dipertahan.

Bagaikan telur di hujung tanduk?

Semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2019, dimaklumkan KSNP dalam proses akhir untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi tujuan hutan lipur, hutan pelajaran dan hutan penyelidikan.

Namun dengan perkembangan yang berlaku ketika ini, 1,001 persoalan timbul mengenai status terkini KSNP yang dibuka kepada orang ramai sejak 1987, sama ada telah diwartakan sebagai HSK atau sebaliknya. Sekiranya telah diwartakan, bagaimana dengan ura-ura pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu?

Pengurus MNS KSNP Maichal Isthyben turut tertanya-tanya mengenai nasib Taman Alam yang sudah dianggap sebagai ‘rumah keduanya’ itu, terutama apabila ada pihak yang datang membuat tinjauan awal, dipercayai bagi menjayakan projek pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Kenapa tidak ada pemberitahuan daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada MNS selaku pihak yang bertanggungjawab mengurus kawasan ini selama lebih tiga dekad? Bahkan hingga ke hari ini langsung tidak ada wakil daripada kerajaan negeri turun menjelaskan mengenai cadangan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan kedatangan wakil syarikat yang merancang projek pembangunan itu pada akhir bulan lepas bertujuan menjalankan kerja ukur tanah dan penandaan sempadan di kawasan tersebut.

Katanya pihak berkenaan mendakwa telah mendapat kelulusan bagi kebenaran memasuki dan memulakan kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Malah katanya wakil syarikat itu turut menunjukkan gambar surat kelulusan JPNS yang ditandatangani Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid, bertarikh 23 Mei 2022, kepada pengarah syarikat yang bergelar ‘Tan Sri’ berkenaan.

Persoalan status

“Kami memang terkejut apabila ada beberapa wakil pihak pemaju yang datang untuk ukur tanah dengan menunjukkan surat kebenaran tersebut yang jelas menyatakan cadangan pembangunan KSNP sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa,” kata Maichal.

Menurutnya, surat kebenaran itu memeranjatkan bukan kerana MNS telah lama melindungi, menjaga serta mempromosikan KSNP sebagai kawasan pendidikan paya bakau, penyelidikan dan ekopelancongan, tetapi juga atas dasar peranan Taman Alam berkenaan dalam menjaga kesejahteraan manusia dan alam sekitar. 

Sehubungan itu, beliau berharap JPNS serta kerajaan negeri lebih telus dan tampil memberi penerangan lanjut berkaitan cadangan tersebut kepada MNS dan penduduk sekitar termasuk menyatakan dengan jelas status sebenar hutan berkenaan. 

Hingga ke hari ini status KSNP masih menjadi polemik dalam kalangan ahli MNS serta penyelidik tempatan yang membuat kajian di situ kerana dikatakan tanah kerajaan negeri itu telahpun bertukar status kepada HSK apabila isu cadangan pembangunan berkenaan mula dibicarakan. 

Malah, beberapa penyelidik tempatan yang ditemukan sedang membuat kajian di situ tidak mahu ditanya lanjut oleh Bernama mengenai penyelidikan mereka di KSNP kerana bimbang kajian mereka terjejas sekiranya benar Taman Alam itu sudah berstatus HSK.

Ini kerana kemasukan ke HSK memerlukan permit daripada Pejabat Hutan Daerah. 

Memasuki HSK tanpa kebenaran adalah satu kesalahan menurut Seksyen 47 (1) dan (4) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993), dan jika sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi Negeri Selangor yang telah melakukan pindaan ke atas Seksyen 47 (4) Akta Perhutanan Negara 1984, kesalahan memasuki HSK tanpa kebenaran boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan hingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas, seorang pegawai program MNS telah dipanggil berbincang dengan pegawai JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) dan JPNS mengenai usaha untuk jadikan KSNP sebagai hutan simpanan.

“Namun hingga ke hari ini MNS langsung tidak diberitahu perkembangan usaha tersebut sehinggalah baru-baru ini kecoh diperkatakan KSNP sudah menjadi HSK selepas tersebar cadangan pembangunan berkenaan.

“Kami yang mengurus KSNP sepatutnya tahu status kawasan ini kerana jika berlaku kejadian tidak diingini pastinya MNS akan dipersalahkan. Lagipun bukankah pertukaran status sesebuah kawasan kepada HSK akan diumumkan secara rasmi, tetapi kenapa tidak (kedengaran) dalam soal KSNP?” soalnya.  

Jadikan tapak Ramsar

Maichal berkata jika benar KSNP sudah bertukar menjadi HSK, hutan tersebut perlu dinyahwartakan terlebih dahulu sebelum boleh dibangunkan, dan proses penyahwartaan pula perlu melalui banyak peringkat termasuklah penyiasatan awam bagi mendapatkan maklum balas orang ramai.

Negeri Selangor merupakan negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan kaedah penyiasatan awam susulan penambahbaikan terhadap Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada 2011.

Menurut Maichal, bagi MNS, pewartaan KSNP sebagai HSK amat dialu-alukan kerana sudah sekian lama ia berusaha menjadikan kawasan itu sebagai hutan simpanan atau taman negeri seperti yang dilakukan oleh Johor menerusi Perbadanan Taman Negara Johor.

Malah, MNS juga sudah lama berusaha untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak Ramsar yang turut bertujuan melindungi khazanah alam, habitat dan hidupan liar. 

Ini kerana KSNP bukan hanya terkenal sebagai lokasi penting laluan ‘East Asian-Australian Flyway’ burung migrasi dalam tempoh Oktober hingga Mac, tetapi juga kaya dengan khazanah flora dan fauna endemik seperti burung upeh yang kini diancam kepupusan, rama-rama mangrove tiger butterfly dan juga lotong kelabu yang hanya boleh ditemukan di Kuala Selangor, dikenali Trachypithecus selangorensis. 

Selain itu, kawasan berkenaan turut menjadi habitat spesies memerang terancam seperti memerang licin (smooth-coated otter), memerang kecil (Asian small-clawed otter) dan memerang hidung berbulu (hairy-nosed otter).

MNS berharap dengan adanya status HSK atau tapak Ramsar, ekosistem hutan paya bakau di taman alam itu akan dapat dilindungi sepenuhnya kerana di situlah sahaja hutan paya bakau banjar Selatan daerah berkenaan masih wujud. 

Namun, perkhabaran mengenai cadangan pembangunan itu menimbulkan persoalan berhubung rasional pertukaran kepada status HSK tersebut yang sepatutnya bermatlamat utama melindungi dan memulihara kawasan hijau.

“Apa tujuan sebenarnya mereka jadikan KSNP sebagai hutan simpanan? Ini isu besar kerana hutan simpanan adalah untuk dilindungi, bukan dibangunkan, dan tidak kiralah pembangunan tersebut sebahagian sahaja, langkah itu tetap mengancam kelestarian alam.

“Kerajaan negeri sewajarnya menolak terus cadangan tersebut sekiranya benar-benar hendak menjaga khazanah alam ini biarpun (cadangan) masih dalam proses penelitian,” katanya. 

Resort mewah dalam hutan

Sambil menunjukkan cadangan pelan pembangunan KSNP yang diperolehnya kepada Bernama, Maichal berkata beliau difahamkan kawasan itu akan dibangunkan untuk kegiatan ekopelancongan dengan pembangunan resort mewah yang meliputi beberapa zon termasuk di kawasan bakau.

Antara fasiliti yang dicadangkan dalam projek itu ialah pusat jualan produk tempatan, pusat spa, yoga dan taici, kolam air panas serta beberapa jenis bilik penginapan termasuk chalet yang dianggarkan berjumlah 200 unit.

“Hutan Taman Alam terdiri daripada dua jenis iaitu hutan sekunder di bahagian depan manakala bahagian belakang merupakan hutan paya bakau. Kalau dilihat pada cadangan pelan, pembangunan turut melibatkan kawasan paya bakau. 

“MNS bukannya anti pembangunan kerana kami faham pembangunan memang tidak dapat dielakkan, namun kenapa tidak dilakukan di tanah negeri yang banyak terbiar berbanding merosakkan ekosistem alam bakau yang sangat penting bukan sahaja bagi penduduk di situ tetapi juga kita semua,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati seakan tidak tahu mengenai status sebenar KSNP ketika diajukan persoalan itu.

“Setakat yang saya tahu KSNP belum diwartakan (sebagai HSK) dan masih lagi dalam proses… kena ‘doublecheck’ (semak) dengan JPNS,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini. 

Bagaimanapun beliau mengakui kerajaan negeri ada menerima cadangan daripada sebuah syarikat pemaju yang mahu membangunkan sebahagian daripada KSNP menjadi sebuah ‘resort dalam hutan’, namun menurut Juwairiya hal itu belum lagi diputuskan.

“Memang ada pemaju nak cadang (pembangunan) tetapi kerajaan negeri belum setuju atau lulus… itu yang kita perlukan maklumat lebih terperinci bahagian mana dimaksudkan untuk dibangunkan, adakah kawasan itu menjejaskan hutan paya bakau, sejauh mana hendak dibangunkan. 

“… kita tidak akan setuju kalau pemaju hendak bangunkan semua dan saya juga ada mengusulkan kebimbangan KSNP merupakan lokasi penghijrahan burung dan kerana itu semua perkara ini perlu dibentangkan, perlu diusulkan kepada JPNS dan kena teliti betul-betul supaya tidak menjejaskan hutan kita,” katanya. 

Sah hutan simpan

Bagaimanapun maklumat terkini yang diperoleh Bernama menunjukkan KSNP dalam proses pewartaan sebagai HSK dan hal itu disahkan oleh Pengarah JPNS yang berjaya dihubungi baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fadzil, KSNP telah diluluskan sebagai HSK seluas kira-kira 292.18 hektar oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2018 dengan nama Hutan Simpan Melawati.

“Proses pewartaan hutan simpan ini sedang dilaksanakan dan telah berada di fasa kedua iaitu penyediaan Pelan Warta oleh JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) Selangor.

“Fasa terakhir, JPNS akan mengambil tindakan untuk penyediaan Kenyataan Siar Warta melalui PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Selangor yang dijangka selesai pada tahun ini juga,” jelasnya.

Pada masa yang sama, JPNS telah mengambil inisiatif awal dengan melantik jurukur berlesen pada penghujung 2021 untuk melaksanakan pengukuran halus dan penyediaan Pelan Akui (PA) bagi Hutan Simpan Melawati ini. Proses pengukuran telah dilaksanakan mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Setakat 12 April 2021, negeri Selangor mewartakan seluas 250,000 hektar HSK iaitu 31 peratus daripada keluasan darat negeri tersebut yang diuruskan di bawah prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Selangor sebelum ini menetapkan pewartaan 30 peratus atau lebih kawasan tanah negeri itu sebagai HSK, merangkumi 71 hutan simpanan yang melibatkan tiga jenis hutan utama, iaitu hutan darat seluas 142,156 hektar, hutan paya laut (18,998 hektar) dan hutan paya gambut (82,890 hektar).

Justeru, apakah perlu KSNP menjadi korban pembangunan yang bertentangan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan hutan secara berkekalan? – BERNAMA

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Soalan utama , apa kepentingan DAP jika tiada QC (Queen Counsel) dalam kes Najib?

Pihak pendakwa Gopal Sri Ram masih terhegeh hegeh mencari saksi. Baru terhegeh hegeh nak Cari saksi kes 1MDB , this is "national embarrasment" dan memalukan negara. Terlalu jelas kes dicipta terlebih dahulu untuk mengujudkan suasana bahawa Barisan Nasional banyak terpalit kes rasuah.

Umpama beli rantai terlebih dahulu sebelum beli beruk. Setelah beli rantai, baru terhegeh hegeh hendak cari beruk untuk di jerut lehernya. Akhirnya rantai beruk itu membelit semula tuannya si beruk tua renta sambil dijadikan barua DAP@ Lee KwanYew sejak PH berkuasa..!

Ada pulau digadai pada anak Lee Kwan Yew..!! Ada akidah anak cucu gadai dengan COMANGO Gereja. Ada iman digadai dengan pluralisma murtad dan pejuang LGBT..

Ketua pendakwa Gopal Sri Ram yg turut didakwa terima duit dari Jho Low meminta Arul kanda bekas CEO 1MDB menjadi saksi bagi pihak pendakwa..

Nampak nya puak puak yang tidak suka kehadiran QC hanya mereka yang suka melalak “justice” dan “rights” jika kena pada pihak mereka , namun bila pihak lain mahukan keadilan , banyak pula alasan untuk menghalang.

Kenyataan saksi pendakwa yang menyebut nama Jho Lo tidak dapat di’verify’ atas sebab tuan empunya badan Jho Lo tiada lansung dalam mahkamah.

Apa masalah nya.? Jho Low mungkin tengah terbahak bahak tepok tangan betapa bodoh bangang sesama pemimpin Melayu bercakaran akibat gula gula dan dibangang kan oleh Jho Low. Begitu juga Nik Feisal.

Sama ada kenyataan saksi terhadap Jho Lo dan Nik Feisal betul atau tidak siapa pun tidak dapat sahkan. Selagi Jho Low dan Nik Faisal tidak ditangkap dan didakwa selagi itu kes 1MDB nampak tidak lrngkap, jumud, korup dan membazir masa dan wang ringgit.

Kenapa wakil DAP , Teresa Kok pula bersuara berkenaan kemasukan QC dari U.K. Kenapa pihak DAP sangat takut hingga kita pun tidak faham jika konon nya bukti Najib bersalah tersangat kuat. Maka itu lah sebab dikata rumusan dikatakan sangat lemah.

Jika bukti tersangat kukuh dan ‘hard evidence’ begitu jelas, pasti pendakwa tidak perlu bimbang , waima peguam dari planet mana pun yang datang.

Namun, akibat kes terjadi atas rekaan dan agenda memenjarakan Najib telah siap lebih awal dari sebelum buka kes , seperti Sri Ram pergi ke rumah Tan Sri Appandi Ali, maka pendakwa agak kalam kabut dan mencari alasan remeh temeh untuk menafikan peguam dari Queen Counel dari hadir dalam mahkamah.

Majlis Peguam cuba mengalihkan isu hakim mendakwa Najib disiasat terima rasuah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah dengan mengalih kan isu rasuah menjadi isu “Separation of powers”.

Ini bertujuan untuk menakut nakut kan SPRM supaya jangan siasat lagi puak hakim dan peguam. Najib dinafikan banyak hak untuk membela.

Biarkan sahaja QC bawa laporan kes penuh kecacatan (tanpa watak utama Nik Fesal dan Jho Lo) ke mahkamah dunia ICJ.

Ramai saksi lain dalam kes 1MDB/SRC dimana kakitangan atasan 1MDB dan kerajaan disogok oleh Jho Low seperti perakuan Tim Leissner hampir billion ringgit untuk rasuah dan sogok pegawai di Asia Tenggara.

Besar punya celaka.!! 1.6 billion digunakan untuk peruntukkan rasuah PEGAWAI ASIA TENGGARA.... Elok paksa dan minta Peguam Negara lakukan ekstradisi terhadap Tim Leissner .

Perakuan Tim Leisnner bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Aziz telah di sogok untuk meluluskan bon.

Selagi Peguam Negara belum membuka kes Nazlan dan Zeti Akhtar banyak perkara belum terungkai, dan yang bakal terungkai ada lah pihak konspirator.

Sehingga kini , kerajaan sisa sisa Pakatan Harapan belum menginzinkan senarai penerima rasuah didedahkan demi untuk melemahkan hujah pihak pembela.

Ini lah yang terjadi dalam negara kita. Rantai yang membelit Beruk tua renta itu tadi kini sedang menjerut seluruh keturunan nya untuk dilenyapkan di PRU 15 nanti..

Rakyat dah menyampah dan sangat meluat kartel mafia memguasai negara 22 tahun 22 bulan. Cukup cukup beri muka dengan kartel mafia ini.

Anonymous said...

aun nak tanya je, macam mana 42 juta masuk akaun ko tak sedor lepas tu guna. tu je soalannya tak payah kaunsel kaunsel.komango la, ni dr dulu kata ph takde usaha nak buat undang mabuk 22 bulan sengaja tak buat. la ni mana ko punya suara kata yg kerajaan ko sokong ni buat. kes mabuk mati makin ramai. sembang lebey la ko ni. ko punahsihat pm kut. ko cakap je mesti undang tu boleh buat kalau ikut logik ko. dah tu napa tak suruh buat. sembang kari gulai boleh la..

Anonymous said...

11.36

42 jota tu bossku kata itu boleh ditafsir kes AMLA
macam kes Zety dan Taufik Ayman sakau duit AMLA 700 jota

Yg kau heeng sana heenggg sini pasal 42 jota... yg 700 jota AMLA Zety ko tak nak terpekik terlolong skli ker...

Tim Lessner kata Jho Low guna sampai 1.6 billion utk rasuah pegawai di Asia Tenggara trrmasuk 300 ekor kaum Cino di AmBank mintak SPRM selongkar semua

700 jota dan 1.6 billion ko pejam mato buto...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails