Tuesday, June 21, 2022

Habislah DAP! 115 DAP sertai PAS, DAP X profesional.

 


1.115 bekas ahli DAP serah borang sertai PAS

SANDAKAN: Seramai 115 bekas anggota DAP dari Kampung Mangkalinau menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS, kelmarin.

Borang permohonan itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan oleh wakil mereka, Muhammad Idris pada majlis yang diadakan di kampung berkenaan.

“Ini adalah bukti bahawa PAS memperoleh keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Sabah yang melihat kesungguhan PAS memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat tanpa menunggu waktu pilihan raya semata-mata,” ujar Aliakbar yang juga ADUN Sabah (Dilantik).

Menurut Muhammad, punca mereka menyertai PAS kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP khususnya dalam isu yang melibatkan kebajikan masyarakat.

“Kami yakin PAS sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat merentasi fahaman politik, bangsa dan agama,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua masyarakat merakamkan penghargaan kepada PAS Sabah dan berharap dapat membantu PAS dalam gerak kerja untuk terus menjadi parti pilihan rakyat negeri ini.

Hadir bersama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong. – HARAKAHDAILY 21/6/2022

2. DAP tidak profesional - PAS

GAMBAR fail, Setiausaha Agung Majlis Syura Ulama (MSU), Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. - Foto Nurul Shafina Jemenon

KOTA BHARU: Pemimpin dan ahli DAP disifatkan tidak profesional apabila terus melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap PAS tanpa mengemukakan sebarang fakta.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata kenyataan terbaru wakil DAP dari Perak bahawa Kelantan mencatatkan kes HIV antara paling tinggi berikutan keputusan enggan membuka panggung wayang di negeri ini adalah satu tuduhan.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kenyataan itu sangat tidak tepat dan mereka perlu merujuk perkara itu dengan pihak bertanggungjawab sebelum melemparkan tuduhan terbabit.

“DAP adalah parti yang disebut sebelum ini banyak bercanggah dengan Islam dan mereka juga menentang serta anti kepada Islam. Sehinggakan, ada pemimpin mereka sebut kalau mahu tubuh negara Islam, maka langkah mayat mereka terlebih dahulu.

“Kalau pemimpin cakap sebegitu, sudah tentu anak buah (ahli DAP) akan cakap perkara yang tiada fakta juga. Mereka adalah orang yang tidak profesional dan membuat tuduhan tanpa memahami Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

“Malah, dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, (Ahli Parlimen) Kota Melaka (Khoo Poay Tiong) berkata, PAS tidak akan melantik menteri dalam kalangan orang bukan Islam jika tubuh sebuah negara Islam. Kita minta bukti dan ditarik balik, namun akhirnya dia hanya senyap,” katanya ketika ditemui di Kuliah Pagi Jumaat, di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Sebuah portal melaporkan wakil rakyat DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin mempersoalkan kenapa Kelantan mencatat kes HIV antara paling tinggi walaupun panggung wayang diharamkan di negeri itu.

Malah, Setiausaha Publisiti DAP Perak itu berkata, tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan menyebabkan peningkatan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di seluruh Malaysia, kecuali Kelantan.

Mengenai serangan sekurang-kurangnya empat masjid di Birmingham, London minggu ini, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menasihatkan penganut semua agama di negara ini bertenang dan tidak ikut rentak yang berlaku di negara luar.

“Kita hidup dalam keadaan harmoni dan semua agama boleh beramal dengan tenang. Masyarakat Islam seluruh dunia pula, saya harap mereka bersabar dan berpegang dengan agama, Insya-Allah ada jalan keluar akan ditunjuk Allah SWT,” katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimHabislah DAP! 115 ahli keluar DAP sertai PAS, DAP dah tak profesional lagi, hanya mulut saja lebar.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails