KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hidup di bumi mestilah bertanggungjawab secara kolektif untuk melestarikannya.
Ini, menurutnya demi keperluan hari ini dan generasi masa hadapan.
Beliau menyatakan demikian dalam hantaran menerusi laman sosialnya sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, hari ini.
“Hari yang penting ini mula disambut seawal 1972 dan kemudian menjadi sambutan utama dan signifikan seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujarnya.
Tambahnya, objektif utama sambutan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggerakkan usaha solidariti masyarakat dunia terhadap kepentingan melestarikan alam sekitar.
“Justeru, hari ini kita wajar perbaharui tekad untuk membudayakan gaya hidup mesra alam dan memanfaatkan sumber bumi dengan bijaksana.
“Kita hidup di bumi ini mestilah bertanggungjawab secara kolektif untuk melestarikannya demi keperluan hari ini dan generasi masa hadapan.
“Bumi yang Allah ciptakan untuk kita, ‘Hanya Satu Bumi’, bersamalah kita lindungi,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Tuan Ibrahim turut memetik firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 117 yang bermaksud: “Allah jua yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya, “Jadilah engkau”, lalu jadilah ia.
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.
Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam. – HARAKAHDAILY 5/6/2022
2. Banjir: Belanda kongsi kepakaran bantu Malaysia June 4, 2022
KUALA LUMPUR: Tragedi banjir besar yang melanda negara akhir tahun lalu mendorong Kerajaan Belanda berkongsi kepakaran dan perspektif baharu untuk membantu Malaysia dalam menyelesaikan cabaran banjir, pencemaran dan bekalan air.
Sehubungan itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya amat menghargai inisiatif yang ditawarkan dan optimis dengan potensi kerjasama yang akan dimeterai nanti.
Beliau yang kini berada di Belanda telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Infrastruktur dan Pengurusan Air negara itu, Mark Harbers. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman.
Tuan Ibrahim menyatakan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Menurutnya, pertemuan itu susulan pertemuan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Belanda di Malaysia dengan Ketua Setiausaha kementerian pada 25 Februari 2022. – HARAKAHDAILY 4/6/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tuan Ibrahim terus aktif menyahut seruan kerja kerana Allah SWT dan negara. Al-hamdulillah!
Lihat!
Kaitan Industri cendawan
1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...
2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China
3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian
4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
No comments:
Post a Comment