Tuesday, June 28, 2022

Hijab: Gadis Mesir dibunuh ganas di kampus..

 

Lokasi kejadian Naira Naira Ashraf Abdelkader mati dibunuh di Universiti Mansoura, Mesir pada 20 Jun 2022. (FOTO Celebrity Buzz)

Kontroversi isu hijab gadis Mesir maut dibunuh di kampus

KAHERAH, MESIR: Pembunuhan kejam seorang gadis yang maut ditikam dalam kejadian berlaku di kawasan kampus pengajiannya di sini telah menggemparkan dunia Arab, sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan isu pemakaian hijab dalam kalangan wanita Islam di negara Teluk, selain kredibiliti kerajaan Mesir sebagai pelindung kepada keganasan berleluasa terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di negara itu turut dipersoalkan.

Menurut laporan Arab News dan shethepeople pada Ahad (26 Jun), ia adalah susulan campur tangan masing-masing oleh bekas pengacara TV kontroversi yang juga profesor di Universiti al-Azhar, Mabrouk Attia; dan badan hak asasi kemanusiaan antarabangsa, Amnesty International terhadap kematian Naira Ashraf Abdelkader.  

Naira, 21, pelajar tahun tiga fakulti sastera, Universiti Mansoura di utara Mesir, meninggal dunia di tempat kejadian akibat leher dan badannya dikelar pada pagi Isnin (20 Jun) lalu di  pintu pagar universiti tersebut ketika dia dalam perjalanan menuju ke dewan kuliahnya.

Suspek kejadian yang tular di media sosial melalui rakaman video itu ialah seorang pelajar lelaki tahun tiga fakulti seni di universiti yang sama  dikenali sebagai Mohamed Adel, 21, yang mana motif kejadian dikatakan selepas Naira menolak lamaran kahwin pemuda yang merupakan penghendap obsesif di Facebook miliknya.

Menurut kenyataan polis sebelum ini, suspek yang sebelum ini ditahan di lokasi kejadian oleh orang ramai telah disoal siasat mengatakan bahawa dia didorong untuk membunuh Naira kerana gadis itu enggan berinteraksi dengannya di Facebook, selepas dia melamarnya di media sosial itu. 

Pihak Pendakwa Raya menurut laporan  egyptindependent, telah memutuskan pada Selasa (21 Jun) untuk menahan suspek selama empat hari, sementara menunggu siasatan.

Dalam pada itu, Egypttoday dan AFP melaporkan Mohamed Adel membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Jenayah Mansoura, yang terletak 130 kilometer di utara Kaherah pada Ahad (26 Jun) bahawa dia membunuh Naira dan waras sepenuhnya ketika melakukan ‘jenayah terancang’ itu. 

Pihak pendakwa raya menurut Egyptindependent telah mewujudkan keterangan di hadapan tertuduh daripada keterangan 25 saksi, termasuk pelajar, anggota keselamatan universiti, dan pekerja kedai yang berasa di sekitar lokasi kejadian.

Keluarga dan rakan mangsa juga memberi keterangan bahawa defendan pernah mengganggu dan mengugut mangsa  kerana  enggan menerima lamarannya yang dibuat melalui  Facebook  untuk mengahwini Naira, dan dia cuba lebih daripada sekali untuk memaksanya berbuat demikian, yang menyebabkan mereka melaporkannya kepada polis.

Sementara, laporan Egyptindependant turut berkata bahawa mahkamah berkenaan telah menangguhkan perbicaraan tertuduh ke hari ini, Selasa (27 Jun) bagi memberi lebih masa kepada peguam bela untuk meneliti lebih lanjut kes itu. 

Mabrouk Attia menimbulkan kontroversi melalui kemunculan video yang tular di media massa. (FOTO YouTube)

Dalam pada terpaksa menghadapi tekanan emosi akibat kematian Naira dan kini menghadiri perbicaraan mahkamah, keluarga mangsa menjadi semakin tertekan apabila Mabrouk Attia dalam video tular di media sosial pada Isnin (20 Jun) mengulas tentang  kejadian tragis itu bahawa golongan wanita Islam di negara-negara Teluk khususnya wajib memakai hijab bagi menghalang lelaki daripada membunuh mereka.

“Golongan wanita seharusnya bertudung sepenuhnya jika mereka tidak mahu ‘menghadapi nasib yang sama’ seperti pelajar universiti Mansoura itu.

“Setiap wanita hendaklah bertudung, untuk hidup. Mereka harus memakai pakaian yang longgar supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi … anda berada dalam kalangan  ‘raksasa’,” tegas profesor di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar itu dalam video berkenaan. 

Naira Ashraf mati dibunuh oleh suspek yang sudah lama menhendapnya di media sosial miliknya. (FOTO News Unzip)

Walau bagaimanapun menurut laporan  Egyptindependent lagi, sebilangan penyokong badan hak asasi wanita, Majlis Kebangsaan untuk Wanita (NCW), dan pengguna media sosial mengecam kenyataan Attia itu dengan memfailkan aduan rasmi di hadapan ketua pendakwa raya, dan menuduh lelaki itu melakukan beberapa kesalahan undang-undang, termasuk menghasut melalui ucapan benci dan keganasan terhadap golongan wanita Mesir khususnya

Satu catatan di media sosial menjelaskan bahawa Attia secara memalukan telah menyalahkan Naira dibunuh kerana dia tidak memakai tudung. 

Kami selalu diberitahu ‘menutup (aurat) anda’, ‘jangan memprovokasi lelaki, ‘bersederhana’. Namun, ia bukan tentang mengajar lelaki cara berkelakuan dan menghormati wanita. Kami enggan hidup dalam ketakutan,” ulas seorang pengguna di media sosial.  

Nihad Aboul Qumsan mengecam tindakan yang dilakukan Mabrouk Attia. (FOTO Egyptianstreets)

Namun, selepas meraih kecaman ramai termasuk Universiti Al-Azhar sendiri, profesor di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar itu pada Rabu (22 Jun) telah mengumumkan bahawa bahawa dia akan memadam akaun media sosialnya.

“Video itu jelas… Saya tidak mengatakan bahawa gadis itu tidak bertudung atau keluar tanpa menutup rambutnya… Saya tidak membenarkan pembunuhan itu atas nama tudung,” ujarnya,

Bertindakbalas terhadap video Attia, Majlis Kebangsaan untuk Wanita (NCW) menurut egyptindependent telah menyerahkan laporan kepada Pendakwa Raya yang mengecam kenyataan berkenaan.

NCW berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Attia di akaun Facebook peribadinya, yang  mana dia menulis: “Jika anda mahu melindungi diri anda, pakai tudung semasa keluar.” 

Universiti Mansouri tiba-tiba digemparkan dengan kejadian yang menimpa Naira Ashraf (FOTO admission.zone)

Presiden NCW, Maya Morsy menyatakan kesedihannya yang mendalam atas kematian Naira sambil mengutuk keras kenyataan Attia, dengan menegaskan bahawa seorang pendakwah seperti Atta tidak boleh berkata sedemikian dan menyelar penghinaannya terhadap wanita Islam yang tidak berhijab dan hasutan untuk keganasan dan pembunuhan terhadap mereka, yang merupakan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang. 

Morsy memberi jaminan NCW akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Attia yang dikritik hebat oleh ketua Pusat Hak Wanita Mesir, Nihad Aboul Qumsan, susulan kenyataan dalam videonya itu.

Aboul Qumsan menuduh Attia sebagai telah menyeru keganasan terhadap gadis yang tidak bertudung, dan menegaskan bahawa tindakan undang-undang mesti diambil terhadapnya.

Dalam temu bual telefon dengan hos Azza Mustafa, semasa program Dewan Tahrir, Aboul Qumsan turut berkata dia akan memfailkan aduan dengan Pendakwa Raya terhadap Attia. 

Ahli keluarga Naira Ashraf tidak dapat menahan kesedihan ketika menghadiri perbicraan di Mahkamah Mansoura, Mesir pada 26 Jun 2022. (FOTO AFP/Getty Images)

“Apa yang dia katakan adalah lanjutan daripada rantaian pendapat yang agresif,” katanya.

Beliau menambah bahawa pembunuhan pelajar Mansoura di hadapan kampus universiti itu seolah-olah berlaku di dalam universiti, dan tidak melepaskan tanggungjawab pegawai universiti, katanya.

Dia seterusnya memberi amaran tentang wacana bermusuhan di Internet, dan YouTube khususnya, yang menghasut keganasan terhadap wanita.

“Retorik kebencian, permusuhan dan keganasan mesti dihentikan,” tegas Morsy.

Morsy menambah dalam akaunnya di Facebook pada hari Selasa (21 Jun), bahawa setiap orang yang menentang wanita dan membenarkan keganasan terhadap mereka kerana pakaian mereka – termasuk pendakwah – mempunyai darah Ashraf dan darah mangsa jenayah serupa di tangan mereka.

“Sheikh Mabrouk keluar dengan ucapan yang mengganas gadis dan wanita Mesir, walaupun penampilan atau pakaian tidak membenarkan jenayah, dan kami mempunyai undang-undang yang melindungi kami dan sistem keadilan yang melindungi kami,” kata Morsy.

“Video Attia menghasut dan menghina negara Mesir dan lelaki Mesir; Kerana ia menunjukkan bahawa negara itu tidak mempunyai undang-undang, dan Mesir mempunyai polis, badan kehakiman dan undang-undang yang mempertanggungjawabkan pesalah,” tambahnya.

“Kenyataan ini menunjukkan bahawa ini adalah persekitaran di mana wanita Mesir hidup.”

“Saya menuntut supaya Pendakwa Raya membuka siasatan terhadapnya, dan kami bimbang kenyataan ini akan bertukar menjadi fenomena,” tambahnya. 

Pembunuhan kejam Naira Ashraf menimbulkan isu tentang perlindungan kepada keganasan berleluasa terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di Mesir. (FOTO Getty Images)

Dalam pada itu, shethepeople melapotkan bahawa  Amnesty International telah menyelar pihak berkuasa Mesir sebagai gagal  dalam ‘mencegah dan menyiasat keganasan berleluasa terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan’ di negara itu.

Sementara, Human Rights Watch pula menegaskan bahawa pihak berkuasa Mesir telah ‘melancarkan kempen penangkapan dan pendakwaan yang meluas yang menyasarkan pengaruh media sosial wanita, yang melanggar hak privasi, kebebasan bersuara dan tanpa diskriminasi mereka.

Sementara itu, CNN melaporkan kenyataan pegawai jantina dan hak asasi manusia dan jantina  di Inisiatif Mesir untuk Hak Peribadi (EIPR), Lobna Darwish sebagai berkata bahawa pembunuhan Naira bukan  insiden terpencil memandangkan pihaknya telah  melihat lebih banyak liputan keganasan terhadap wanita.

“Data mengenainya kurang kerana insiden sebegitu tidak didokumentasikan dengan betul oleh kerajaan tetapi kes penderaan dilihat dalam berita hampir setiap bulan yang mana kami melihat corak yang membimbangkan,” katanya.

Bapa Naira, Ashraf Abdelkader, memberitahu  CNN bahawa suspek telah meminta untuk mengahwini anaknya beberapa kali tetapi ditolak dan suspek juga didakwa mencipta akaun palsu untuk mengikutinya di media sosial, tambahnya dan akhirnya dia memfailkan perintah sekatan pada bulan April.

“Naira tidak mahu berkahwin. Dia cuma mahu meneruskan pengajiannya dan bercita-cita mahu menjadi pramugari,” kata Abdelkader. -HARAKAHDAILY 27/6/2022

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

Pulau Batu Putih : Tun Mahathir Bin Mohamad jangan jadi bacul..!! Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad Berani kerana benar takut kerana salah.

Dr Mahathir Mohamad pagi ini keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), tempat dia sepatutnya diwawancara oleh panel salah laku tort berkaitan isu kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Telo Tun dah mula bergoyang.. yang..yang..!! Tun disaran buat sumpah laknat macam Bossku... Harap Tun tidak bertindak bacul..

Tun Dr. Mahathir Mohamad beri alasan bodoh mempertikaikan kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance yang dianggapnya tidak wajar dilantik memegang jawatan itu.

Selama ini kalau kena kat anak dan kroni semua okey, kena kat batang hidung bersilat kuntau nak bagi alasan.. alahaiii... Bacul Atuk ni rupanya

Protes dan rasa tidak puas hati bekas Perdana Menteri itu ditunjukkan semasa negarawan tersebut hadir dalam sesi temu bual di Jabatan Peguam Negara (JPN) di Kuala Lumpur hari ini tetapi beliau segera meninggalkan malis tersebut.

Sesi tersebut tidak berlangsung seperti dirancang apabila menyaksikan Dr. Mahathir yang tiba pukul 11.40 pagi keluar meninggalkan perkarangan JPN dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Bercakap kepada pemberita kenapa telo atok dah goyang ketika Tun hendak beredar, Mahathir berkata "Perkara itu sebagai tidak masuk akal".

Menurut peguam Mahathir, kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyemak semula isu perundangan berkaitan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh, dekat Johor.

Berani kerana benar Tun Mahathir Mohamad takut kerana salah..!!

Sindrom kemurungan melanda Tun.

Berani kerana benar, takut kerana BACUL...!!

Anonymous said...

Ketika parti lain bergelut membersihkan kemelut yg berlaku kerana kerenah pemimpin. Ada yg terlibat rasuah. Ada yg terlibat kes rogol. Ada yg terlibat gubal wang haram. Ada yg salah guna kuasa. Ada yg gadai batu putih. Ada yg asyik pulun khazanah bumi melayu. Ada yg kepingin kerusi pm. Ada yg meliwat. Dah 65 tahun merdeka. Masih ditakuk tercemar. Tak pernah bersih.

Cuma pas saja yg bebas salah laku. Tiada mahkamah sebab rasuah, sebab rogol, sebab salah guna kuasa. Masih patuh ikut politik bersyariah.

Anonymous said...

Tun Mahathir Mohamad jangan berdolak dalih lagi dan jangan jadi bacul..!!

Kenapa tiba tiba Tun panas pungkuq.. Isu Pulau Batu Putih tapi Tun melalui tak tentu pasti... Jangan berdalih lagi straight TP teh pintu jawab lah kenapa Pulau Batu Putih beri pada anak Kwan Kwan Yew.

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menyerang institusi diraja bukan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.

“Di negara kita ini Sultan bebas. Mereka mengatasi undang-undang. Jadi dia (baginda) boleh nak katakan apapun dan saya tidak boleh jawab.

Bosan dengan kerenah dan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Sultan Johor, membidas bekas Perdana Menteri itu kerana membuat tuduhan bahawa pelaburan dari China menggugat kedaulatan negara.

Fitnah jijik Tun berkaitan kontroversi Forest City yang dicetuskan oleh Dr Mahathir dan para penyokongnya.

“Tetapi Dr Mahathir telah melampau dengan memuatarbelitkan isu. Beliau mengemuka tuduhan 700,000 orang dari China akan tinggal di JB, dan kewarganegaraan akan diberi, serta kawasan tanah yang luas akan dijual kepada mereka.

Forest City akan dibina di atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit berkenaan adalah di udara. Ia unit starta.

“Saya ingin bertanya Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen berkenaan ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang ditambak,

Kecewa dan tersinggung dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyifatkan Tun Mahathir meletakkan kepentingan politik atas kepentingan negara, khususnya Johor.

Kena batang hidung sendiri kelam kelibut kalih isu tah apa apa.. Si bacul yang merapu

Anonymous said...

Angkara pengkhianat negara.. nelayan di usir polis maritim Singapura berhampiran Pulau Batu Putih.

Ramai nelayan tradisi dihalau dari Kawasan Pulau Batu Putih berdekatan marin Singapura dianggap suatu pencerobohan.

Rakyat sudah pun mengetahui bagaimana Tun Mahathir bertindak sendirian dalam menyerah Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Setelah Peguam Negara Appandi Ali di gantung tugas, Tun Mahathir telah tergesa gesa membuat keputusan menyerah kedaulatan negara kepada jiran.

Isu kedaulatan yang hilang ke atas satu-satu cebis tanah milik Malaysia nampaknya bukan satu perkara yang besar bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika kabinet Pakatan Harapan belum siap dan Ketika Peguam Negara di gantung tugas , Mahathir telah bertindak sendirian tidak sabar sabar untuk menyerah PBP kepada Singapura , seolah olah takut kepada Singapura.

Mahathir menjawap dengan tidak jujur kepada perilaku nya.

Dalam jawapan nya Mahathir menyatakan antara nya berkenaan kos guaman , peluang untuk menang kes dan pelbagai lagi , malah menjelaskan perbandingan dengan Pulau Langkawi.

Sedangkan jawapan yang kita kehendaki ada lah kenapa buat keputusan secara sendiri?

Itu yang Mahathir tidak dapat jawap.

Maka tentu ada sesuatu yang menakutkan Mahathir berkenaan Singapura.

Adakah kerana Singapura tahu bermacam macam akaun proksi Mahathir? Seperti akaun Zeti dan lain lain yang belum didedah?

In semua andaian yang sangat lojik.

Apa pun tentu rakyat semua setuju terhadap saranan Menteri besar Johor Onn Hafiz Ghazi agar pengkhianat dikena kan Tindakan.

Ini lah bapa kepada segala pengkhianatan , dan hukuman harus di kenakan dengan kadar segera. Malah Mahathir menyalahkan Kerajaan Negeri Johor yang menafikan pemilikan ke atas pulau berkenaan.

Bangsa Johor dan rakyat Malaysia pasti sokong dan setuju dengan tindakan yang bakal diambil.

Nak perang dengan Singapura mudah saja lupakan Singapura pedulikan Singapura. Mana mana barangan yang masuk dari Tambak Johor naikkan cukai perkhidmatan. Pastikan kaum bangsa Lee Kwan Yew warga negara Malaysia ini tidak diberi muka seperti pengkhianat negara lakukan selama ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails