Sunday, June 19, 2022

Jom bersama laksana Islam di era moden..

 

Kelantan negeri pertama laksana dasar Islam di era moden

KOTA BHARU: Kelantan merupakan negeri pertama di dunia yang melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran kerajaan pada era moden.

Bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia Dr Kamaruzaman Yusof berkata, negara-negara lain yang dimenangi parti berteras Islam termasuk Turki, Mesir dan Nigeria tidak menjadikan Islam sebagai dasar dalam pentadbiran.

Katanya negara terbabit lebih menumpukan aspek ekonomi berbanding melaksanakan Islam dalam pentadbiran kerajaan.

“Ada sarjana dari negara lain yang menyambung pengajian di peringkat PhD di England yang pernah saya temui memberitahu al Aziz (Nik Abdul Aziz Nik Mat) meneruskan kesinambungan kerajaan Khalifah Othmaniah di Kelantan sejak 1990,” katanya pada seminar Pengaruh Pentadbiran Islam Kelantan di Malaysia di sebuah hotel di sini hari ini.

Seminar tersebut dianjurkan Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak Perantauan Kelantan Malaysia (Perakan) dan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).

Turut membentang kajian pada seminar tersebut Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir dari Pusat Akademik Tamadun Islam UTM dan Pengarah PKS Dr Wan Nik Wan Yusoff.

Hadir sama Presiden Perakan Dato’ Sr Dr Muhd Aminuddin Wan Hussin, wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan ahli jawatankuasa Perakan dari seluruh negara.

Dr Kamaruzaman juga berkata, Kelantan sebagai sebuah negeri kecil dalam Persekutuan Malaysia boleh melaksanakan dasar Islam dalam ruang lingkup yang tidak melanggar perlembagaan negara.

“Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan di Kelantan sangat cantek yang boleh diperluaskan sehingga ke peringkat nasional.

“Rakyat Kelantan perlu menghayati dasar tersebut bagi membolehkan ia dieksport ke negeri-negeri lain. Malangnya berdasar kajian kefahaman rakyat Kelantan yang berada di perantauan mengenai dasar tersebut dianggap masih kecil, ” ujarnya. 

"Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki." -Dr Badlihisham

Dr Badlihisham pula berkata, Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki.

Oleh itu katanya perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam di Kelantan pada masa akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993. Kepimpinan ulama mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Oktober 1990. – HARAKAHDAILY 18/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom bersama laksana Islam di era moden.. Saran Dr Badlihisham, perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam dari Kelantan..

Bagaimana? 

Menurut blog ini, dasar 'Membangun Bersama Islam' yang dilaksanakan di Kelantan boleh diperluaskan sehingga ke peringkat nasional. Sehingga mempengarui pengundi PRU 15 akan datang untuk mengundi PAS dan parti-parti gengnya, dalam masa terdekat ini. 

Rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran perlu memainkan peranannya dari setiap sudut, supaya mengundi PAS dan rakan kumpulannya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tak suma klantan mcm tuhh.. subjektif tu negeri lain pun samo sajo

Tepok dada tanya iman... busuk ati sgt ko nih yg LeeKwanYew@DAP suka jadikan barua mereka..


kannnn...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails