Monday, June 06, 2022

'kami ok je harga naik, janji bukan DAP ..'

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

Anonymous said...

Singapura, negara yang tanahnya sekangkang kera. Ayam cukup dalam pasaran, harga terkawal, makanan lain mencukupi. 

Apa mereka buat?
(1) Mereka tubuh badan khas Singapore Food Agency (SFA) khas untuk memantau rantaian makanan dan kecukupan bekalan.
(2) GLC mereka terlibat dalam industri makanan asas dan ada subsidi terus dari Kerajaan, dengan itu mengekalkan harga rendah.
(3) Mereka galakkan peniaga tempatan buka ladang di luar negara dan bantu eksport masuk ke Singapura.

Qatar dan Arab Saudi, negara padang pasir, tanahnya kering kontang. Untuk pastikan rantaian makanan terjaga dan rakyat cukup makan, apa mereka buat?
(1) Kerajaan beli tanah di New Zealand dan USA, usaha kan ladang sendiri untuk bawa masuk makanan.
(2) Pelbagaikan negara pengimport makanan, tidak hanya bergantung kepada 1-2 negara.
Malaysia, negara kaya sumber asli. Tanahnya subur dari Perlis ke Sabah. Tetapi 65% makanan kita diimport dari luar. La ni tak cukup pula.
Di mana silap nya?


Saya percaya kita perlu kembalikan negara sebagai negara pertanian juga. Bukan sahaja negara industri. Ikutlah Jepun dan Thailand, mereka kekalkan industri pertanian sebagai industri induk negara, untuk kawal rantaian makanan. Walau pun ketika ini, mereka sudah menjadi negara industri.

Kita ni, masa zaman Tun kita bertukar dari jadi negara pertanian ke negara perindustrian. Zaman Najib kita tukar pula nak jadi negara perdagangan.
Nak membangun boleh janganlah sampai industri pertanian disisihkan.


La ni, Pak Menteri bagi solusi, kalau harga mahal, tanamlah sayur dan belalah ayam sendiri 😢
Cer bayangkan kalau Menteri PH yang cakap lagu ni. Sudah pasti penuh sarat wall FB kita dengan makian
dan hinaan. Cytro belah sana buat kerja bagi rakyat benci Kerajaan.


La ni harga naik dan ayam tiada pun newsfeed kita senyap sunyi.
Kata mereka kami ok je harga naik, janji bukan DAP 😅
#ohmalaysiaku

LIYANA MARZUKI

2 comments:

Anonymous said...

Sultan Ibrahim sangat kesal mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting dengan menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan PH dikuasai Tun Mahathir pada waktu itu?"

Apabila Mahathir berkuasa raakyat juga kesal tiada agenda Melayu atau rakyat , melainkan agenda mahu alih projek, aset , tender , bailout kepada kroni, itu sahaja.

Rakyat kesal Boleh pulak potong segala bantuan pada peneroka, penoreh dan petani. Boleh pulak pujuk jangan iri hati pada orang kaya dan orang miskin kena ikat perut.

Rakyat Malaysia kesal terutama bangsa Johor melihat Tun sempat pula beri Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew dengan senyum bodoh tak tau malu jadi barua DAP@LeeKwanYee.

Rakyat Lagi parah dan kesal bila Mahathir dalam hal berkaitan, tidak pula mahu jawap ketidakpuasan hati rakyat terhadap dirinya melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura secara keputusan dibuat bersendirian.

Ia satu kerja pengkhianatan. Pengkhianat..!!

Kita lagi tambah kesal bila Jho Low terus lesap sedang tepuk tangan sambil ketawa bersama kaum Lee Kwan Yew di Singapura dan Malaysia saksikan barua acah acah Melayu islamik mereka bercakaran sesama kaum Melayu.

Melayu sangat kesal bila Jho Low dan kaumnya dalam DAP@Lee Kwan Yew dng mudah Sambil tepuk tangan melihat betapa mudah nya pemimpin ini dibatu api kan dan bodoh bangang oleh sekor Jho Low..!! Sibuk hal Appandi dan UMNO , Tun membisu hal Zeti dan Nazlan.

Sultan Ibrahim kesal seolah olah negeri Johor tidak bermaruah dibawah kuasa Tun

Sultan Ibrahim dilaporkan sangat kesal dan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

"Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada Tun Mahathir pada waktu itu?" soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.

Awass.. mana mana pemimpin yang mesra Singapura@LeeKwanYew wajib dicurigai dan diawasi potensi jadi barua DAP@ LeeKwan Yew melalui proksi atau bangsa Lee Kwan Yew di negara ini.

Tun rakyat melihat dan menilai dengan sangat meluat sambil menunggu dng penuh sabar menjelang PRU 15 nanti kesemua kartel mafia, kroni, boboi dan marina gereja ini dilenyapkan selama lama nya..!!

Anonymous said...

Biarlah negara ini diperintah oleh penduduk asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails