Thursday, June 23, 2022

Kategori baru atlet transgender, renang mak nyah..

 

Sandi Morris ketika sidang akhbar di Hayward Field, Eugene, Oregon. - AFP

SUKAN
1. Kategori baharu buat atlet transgender

EUGENE, Oregon: Atlet Amerika Syarikat (AS) berkata tiada jawapan mudah terhadap pembabitan transgender dalam sukan elit, sehari selepas olahraga dunia kini melihat kembali polisi mereka dengan pemenang dua kali pingat perak dunia, Sandi Morris mungkin akan diletakkan dalam kategori baharu.

Badan induk renang dunia, FINA sebelum ini menyokong untuk mengehadkan pembabitan transgender dalam acara wanita dan mewujudkan kategori "terbuka" yang dibantah golongan LGBT.

Sehari selepas itu, Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe berkata organisasi itu akan membincangkan peraturan baharu mereka pada penghujung tahun sambil memberitahu BBC "Kami sentiasa percaya bahawa biologi mengatasi jantina."

Peguam bagi golongan transgender berkata tiada kajian menyeluruh dibuat mengenai impak perubahan itu terhadap persembahan fizikal dan atlet elit selalunya memiliki fizikal terpencil dalam kebanyakan kes.

Pemenang pingat perak Olimpik acara lompat bergalah, Morris berkata dia menyokong komuniti transgender tetapi atlet diletakkan dalam "posisi yang sukar" dalam topik berkenaan.

"Saya percaya jawapan terbaik mungkin dengan mengadakan kategori baharu," katanya kepada Reuters hari ini menjelang Kejuaraan Olahraga AS minggu ini.

Atlet seperti saya yang liberal dan cenderung kepada liberal, susah untuk bersama mereka yang membenci orang dalam komuniti itu.

"Jadi saya rasa itu mungkin penyelesaiannya, tapi kita perlu mengkajinya terlebih dahulu." - REUTERS

2. Badan induk renang haramkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita-Jun20,202

Buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional. - Gambar hiasan REUTERS

BUDAPEST: Badan induk renang dunia telah mengeluarkan larangan wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita, bermula serta-merta. Ahli Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) juga bersetuju menerima pakai dasar kemasukan jantina baharu pada hari Ahad, yang hanya membenarkan perenang yang disahkan perempuan sebelum usia 12 tahun untuk bersaing dalam acara wanita.
"Ini dapatan kajian sains, jika anda bertukar (jantina daripada lelaki ke perempuan) selepas akil baligh, anda mempunyai kebolehan yang tidak sama dengan wanita, jadi ia tidak adil," kata James Pearce, jurucakap kepada Presiden FINA, Husain Al-Musallam, kepada The Associated Press. Pearce mengesahkan buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional.
Polisi 24 muka surat baharu FINA turut mencadangkan kategori baharu iaitu pertandingan terbuka. Sebuah kumpulan akan menghabiskan masa enam bulan untuk melihat cara paling berkesan bagi menubuhkan kategori baharu itu. Pearce memberitahu AP bahawa pertandingan terbuka berkemungkinan besar akan bermakna lebih banyak acara, tetapi butirannya belum diputuskan,
"Tiada siapa yang tahu bagaimana sistem ini akan berfungsi. Dan kita perlu penyertaan dari semua peringkat untuk membincangkan cara ia berfungsi,” katanya.
3. Sukan renang akan wujudkan kategori untuk mak nyah -20 Jun 2022
Perenang transgender, Lia Thomas meraikan kemenangannya sebagai juara acara renang pada Kejohanan Renang & Selam Ivy League Wanita di Cambridge, Massachusetts pada 17 Februari 2022. – AFP

BUDAPEST, Hungary – Sukan renang akan mewujudkan ‘kategori terbuka’ bagi membolehkan penyertaan atlet transgender sebagai sebahagian daripada polisi baharu yang akan melarang mereka daripada bertanding dalam kategori wanita.

“Saya tidak mahu ada mana-mana atlet diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk bertanding di peringkat paling tinggi.

“Saya faham mengapa atlet transgender mahu bertanding dalam kategori jantina pilihan mereka tetapi kita perlu adil dan tidak boleh pilih kasih dalam isu ini.

“Saya akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk mewujudkan kategori terbuka (untuk perenang transgender) dalam beberapa kejohanan terbesar kami. Kami akan menjadi persekutuan sukan pertama berbuat demikian,” kata presiden badan pengurusan sukan renang antarabangsa FINA dalam satu mesyuarat tergempar.

Beliau berkata demikian selepas FINA memperkenalkan dasar inklusif  yang kemudian diluluskan oleh anggota-anggota badan berkenaan.

Dasar baharu itu diterima secara berhati-hati oleh perenang Amerika Syarikat, Alex Walsh. selepas dia memenangi acara 200 meter medley malam kelmarin.

“Saya gembira FINA menyemak semula peraturannya. Saya tidak pasti bagaimana kita dapat berlaku adil kepada semua tetapi saya harap semua orang akan dapat bertanding dan sekiranya mereka (FINA) dapat mencari jalan  untuk melakukannya,  saya gembira,” kata Walsh.

Ketua Pegawai Eksekutif FINA, Brent Nowicki berkata, organisasinya memutuskan untuk mengekalkan pemisahan antara kategori lelaki dan wanita dalam sukan akuatik.

FINA menubuhkan tiga jawatankuasa pakar dalam bidang perubatan, undang-undang dan atlet untuk menangani isu tersebut.

Jawatankuasa perubatan mendapati bahawa lelaki yang berubah untuk menjadi perempuan masih mempunyai beberapa kelebihan dalam bidang sukan.

“Kelebihan ini tidak hilang walaupun mereka mengambil terapi hormon termasuk saiz paru-paru dan jantung yang lebih besar, tulang yang lebih panjang di samping tangan serta kaki yang lebih besar,” kata Dr Sandra Hunter dari Universiti Marquette di Milwaukee. – AFP 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kategori atlet transgender, renang mak nyah.. Bagaimana nak dikaitkan dengan 'patuh syariah, kalau di Malaysia?


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails