Wednesday, June 29, 2022

Lagi, hebatnya menteri kreatif PAS, Pulau Solar pula..

 


Pulau solar di Kelantan? Apa yang lebai PAS cuba buat?

MOMOKAN bahawa Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS tidak cekap memerintah serta tiada inisiatif membangunkan negeri adalah cakap-cakap mereka yang tidak berpengetahuan.

Pentadbiran negeri Kelantan membuktikan, meskipun mempunyai kekangan infrastruktur asas akibat diskriminasi budaya politik lama, Kelantan masih mampu memulakan projek pembangunan yang bermanfaat buat rakyat Kelantan.

Terkini menerusi inisiatif mengurangkan pencemaran alam dan mengoptimumkan tenaga hijau, Projek Ladang Solar di Danau To’ Uban akan mula beroperasi.

Projek ini layak diberikan nama ladang atas keluasannya sekitar 247,830 panel solar di kawasan tasik seluas 40 hektar.

Ladang ini dirancang untuk mempunyai 20 pulau solar kesemuanya. Kini hanya satu baki pulau masih belum disiapkan.

Ladang kebiasaannya menghasilkan buah-buahan atau hasil tanaman. Namun Ladang solar ini bakal menghasilkan membekalkan 140,000 megawatt jam (MWh) tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Apalah gunanya berbangga dengan projek besar sejumlah RM500 juta ringgit ini jika pengusaha ladang ini bukan anak tempatan. Alhamdulillah, ia dibangunkan oleh syarikat Cypark Resources Sdn Bhd dengan usahasama salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn Bhd.

Ladang solar ini bakal memberikan manfaat kepada hampir 50,000 isi rumah di Kelantan.

Bukan sahaja membekalkan tenaga tanpa pencemaran, ladang solar ini telah dikaji akan mengurangkan penghasilan karbon dioksida sebanyak 131,400 tan metrik. Siapa kata lebai tidak menitikberatkan soal alam sekitar?

Ladang Solar To’ Uban membuktikan bahawa lebai PAS juga mampu mentadbir. Bukan sahaja mengisi ruang akal dan rohani dengan mentauhidkan Allah, bahkan memakmurkan bumi pemerintahan PAS dengan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 30:

{ وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِنِّی جَاعِلࣱ فِی ٱلۡأَرۡضِ خَلِیفَةࣰۖ قَالُوۤا۟ أَتَجۡعَلُ فِیهَا مَن یُفۡسِدُ فِیهَا وَیَسۡفِكُ ٱلدِّمَاۤءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّیۤ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ }

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.”

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 29/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

Baca tulisan yang sebelum ini juga..

Komen: [Hebat menteri kreatif ini, wakaf air RM1juta lebih dari orang Islam, diwujudkan bukan untuk orang Islam saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia termasuk Sabah Sarawak, tidak kira agama dan kaum, demi rakyat termiskin.

Kepada pengampu-pengampu DAP, sila tunjukkan kreatifnya pemimpin-pemimpin kamu yang ada,  seperti hebatnya pemimpin PAS itu, dalam memprihatin rakyat miskin. Membela pemimpin korperat keparat tertuduh perasuah memang ada. Cis!] Sila jawab wahai pengampu DAP dalam blog ini..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Moh ler sokong pas. Dalam waktu parti lain bergelut membersihkan nama, pas tetap tenang dan berwibawa. Kepimpinan pas terus istiqamah patuh syariah berpolitik. Sementara kepimpinan parti lain terus dengan hipokrasinya. Cakap lain buat lain.


    ReplyDelete
  2. Bila isu edar mee segera perasa babi, senyap sunyi jer pee hancing. Tapi kalau bab Islam, bertubi tubi fitnah dari pee hancing.

    ReplyDelete