Saturday, June 25, 2022

MEASAT-3d & banjir, impak perubahan iklim.

 


1. MEASAT-3d liputi jejak 42 peratus penduduk bumi

KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d baharu dijangka memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia malah negara lain termasuk Indonesia dan India. 

Profesor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Tharek Abd Rahman berkata dengan kapasiti yang telah dipertingkat menerusi satelit baharu itu, ketersambungan kualiti jalur lebar yang lebih baik dapat dikecapi negara-negara terlibat.

“Jejak satelit MEASAT-3d bakal meliputi 42 peratus liputan penduduk dunia (bumi) dan memandangkan semua negara mempunyai transponder berbeza dalam satelit yang sama, transponder khusus satelit itu boleh dipancarkan ke negara masing-masing dan kita juga dapat menerima isyarat.

“Kita akan memperoleh kualiti yang lebih baik dari segi ketersambungan juga perkhidmatan jalur lebar, bukan hanya membabitkan penyiaran dan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditanya mengenai pelancaran satelit MEASAT-3d, yang dijadual dilancarkan dari tapak pelancaran Agensi Angkasa Eropah di Guiana Perancis, Amerika Selatan pada 6:03 petang 22 Jun (5:03 pagi, 23 Jun waktu Malaysia).

Dikenali sebagai satelit paling komprehensif dan kompleks dalam armada MEASAT, satelit terbaharu dan paling maju itu dianggarkan menelan belanja RM1.2 bilion.

Tharek berkata memandangkan sambungan internet sangat penting ketika tempoh pandemik yang melanda seluruh dunia, satelit baharu itu akan mempercepatkan matlamat kerajaan Malaysia untuk merapatkan jurang ketersambungan digital untuk semua rakyatnya.

“Satelit baharu itu merupakan satu lagi kejayaan yang melengkapkan MEASAT-3a dan MEASAT-3b, dari segi kapasiti perkhidmatan jalur lebar satelitnya.

“Apabila penggunaan internet meningkat semasa pandemik, fasa itu sendiri menjadi penggalak, apatah lagi apabila kita kini memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Kita lebih memerlukan satelit baharu ini berbanding sebelum ini,” kata Tharek yang berpengalaman luas berkaitan komunikasi mudah alih dan satelit.

Dalam perkembangan berkaitan, Tharek berkata sasaran kerajaan Malaysia untuk mencapai 100 peratus capaian internet dan pendigitalan negara boleh disegerakan dengan pelancaran satelit MEASAT-3d.

Beliau berkata sasaran yang dinyatakan dalam inisiatif MyDIGITAL Blueprint, serta dalam Jalinan Digital Negara (JENDELA) mungkin dapat dicapai dengan peningkatan keupayaan satelit baharu itu.

“Seperti pembentangan dalam JENDELA Fasa 1, sasaran untuk mencapai 100 peratus liputan populasi 4G menjelang akhir tahun ini boleh dicapai dengan pelancaran satelit baharu ini.

“Satelit baharu itu membolehkan capaian internet berkelajuan tinggi hingga ke kawasan luar bandar yang kurang mendapat liputan, dengan kelajuan sehingga 100Mpbs. Satelit baharu itu boleh membantu mendapatkan kualiti itu,” katanya.

Menurut ketua pegawai operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT), Yau Chyong Lim, pelancaran itu akan membantu mewujudkan masyarakat digital yang inklusif, dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), Internet benda (IoT) dan teleperubatan.

Internet berkelajuan tinggi akan dipertingkatkan daripada kelajuan muat turun semasa sekitar 30 megabit sesaat (Mbps) kepada 100 Mbps, membenarkan pengguna menstrim kandungan data tinggi seperti video 4K atau 8K, tambahnya.

MEASAT telah mengendalikan teknologi satelit selama lebih 25 tahun bermula dengan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada 1996.

Ia diikuti MEASAT-3 pada 2006, MEASAT-3a pada 2009 dan MEASAT-3b pada 2014. – BERNAMA


2. MyCAC bincang pengurusan banjir, impak perubahan iklim 

KUALA LUMPUR: Hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatkan daya tahan iklim dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia atau Malaysia Climate Change Action Council (MyCAC).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara perkara yang dibincangkan juga pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob itu ialah kesediaan negara menghadapi impak perubahan.

Justeru, katanya tindakan yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang dan strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.

Di samping itu, ujarnya menggalakkan kerajaan negeri untuk mengguna pakai Indeks Adaptasi Perubahan Iklim Malaysia bagi meningkatkan respons kepada impak perubahan iklim.

Tambahnya, selain itu mengintegrasi faktor perubahan iklim dalam peringkat perancangan, reka bentuk serta pelaksanaan projek-projek sektor air dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko bencana banjir.

Menurutnya lagi, mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon yang menyediakan panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengetuai delegasi negara ke Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) ke-27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada November 2022 bagi membincangkan isu perubahan iklim global,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus memastikan keupayaan negara dalam menangani isu perubahan iklim demi kesejahteraan Keluarga Malaysia pada masa kini dan akan datang. -HARAKAHDAILY 22/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: MEASAT-3d liputi jejak 42 peratus penduduk bumi, dan MyCAC bincang pengurusan banjir, impak perubahan iklim.. Semuanya termasuk dalam tugas kerja-kerja kebajikan yang prihatin rakyat, dikira sebagai amal kebajikan di akhirat.

Bertuahnya manusia Muslim yang beriman kepada Hari Akhirat. Di dunia manusia bercucuk tanam dan musim gembiranya menuai di akhirat. Tidak beruntung orang tidak percaya hari akhirat, bahkan terserkup di bawah tempurung lapuk faham sekularisme yang memisahkan dunia-akhirat.

Haram mengikut parti politik yang mengajarkan sekularisme menyesatkan begitu.

Sekian.

Di Malaysia, undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015 

4 comments:

Anonymous said...

Keluarga lidah bercabang punya goreng maut cakap pasal Tanah Melayu.

Tun Mahathir :

Seharusnya kita tidak hanya menuntut agar Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, kita juga harus menuntut Singapura dan Kepulauan Riau, kerana mereka adalah Tanah Melayu,” katanya yang disambut dengan tepuk tangan meriah dari para hadirin.

Marina Gereja pula kata.. :

MELAYU DAH LUPA SEJARAH MALAYA YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYSIA HARI INI. MEREKA ADALAH PENDATANG SECARA REALITI. MEREKA TELAH MEROMPAK DAN MEMBUAT TUNTUTAN TANPA ASAS TERSEBUT. MALAYSIA BUKAN MILIK ORANG MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA MERUPAKAN PENDUDUK PERTAMA MENUBUHKAN MALAYA. YANG KONONNYA MELAYU TELAH MEMALUNKAN BUKTI DAN MEMBUANG KEBENARAN OLEH UMNO DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA. JANGAN PERNAH PERCAYA SESUATU PERKATAAN YANG MEREKA KATAKAN. Marina Mahathir.

Marina Mahathir: Tiada sesiapa pun di Malaysia yang akan memanggil “Cina” atau “India” sebagai “orang luar … Sah rakyat dah nampak belang sebenar keluarga haramjadah ini.

Mahathir kau suluh cermin diri dalam keluarga kau dulu. Jangan nak goreng mamak sambil menghina dan merendahkan maruah kaum Melayu. Acah acah power Melayu Islamik kepala taik.

Melayu ni lah dulu yang naikkan kau Tun... puiii..!!!

Apak cakap lain anak cakap lain... puiii.!!

PRU 15 elok lah dilingkupkan terus keluarga tak guna ni...

Anonymous said...

Dolu dolu menteri termuda dalam kabinet Malaysia. Kini menteri termuda diheret ke mahkamah...!!.

Syed Saddiq kerap kali perlekeh kan Bossku dengan menyatakan se elok nya Najib berdebat dengan hakim di mahkamah sahaja dan jangan sibuk dengan politik.

Kini Syed Saddiq sendiri sedang berdebat dengan hakim dalam mahkamah dan tidak perlu mengadu nasib di media social.

Hanya beberapa tahun lalu Syed Saddiq di puja dan di sanjung sebagai orang paling muda menjadi Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan bawah pimpinan Tun Mahathir.

Syed Saddiq sedang berhempas pulas dengan peguam dakwa di mahkamah menjawap berkenaan kes rasuah nya.

Ahli Parlimen Muar ini berhadapan empat kes pecah amanah (CBT) AMLA dan rasuah.

Paku dulang paku serpih ngata orang dia yang lebih lebih...!! Dalam usia semuda 29 tahun Syed Siddiq sudah di gelar kluster mahkamah...

Sungguh memalukan

... kikikiki..

Anonymous said...

Kes syed tkde la smpi nk meranap kewangan negara..
Lagi bini pelahap rasuah.. Hahaha

Anonymous said...

Belum lagi tu. Kecik kecik lagi dah ke mahkamah. Tua esok lagi teruk dari atok. Atok yg dah tua pegang pm pun jadi masalah buat malaysia. Itu dari tua sampai ke tua. Bayangkan syed sadiq, dari muda sampai ke tua. Nauzubillah. Baik tak payah. Rekod buruk ialah womenizer plus pecah amanah bab duit. Kluster mahkamah yg paling kecil umurnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails