Wednesday, June 29, 2022

Mengapa PAS pertahan MN? Ini Wadah politik terbaik .

 

1. Laksana perintah agama punca PAS pertahan MN

SIK: PAS masih berterusan menyeru kepada perpaduan ummah dan mempertahankan Muafakat Nasional (MN) walaupun berkali-kali ditolak Umno adalah kerana berpegang kepada perintah Allah.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, berkata parti itu tetap dengan pendirian perpaduan Ummah perlu diteruskan berdasarkan perintah Allah dalam Surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud, ‘dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai’.

“Ini adalah perintah Allah SWT dan perintah itu wajib kita laksana semampu yang kita boleh. Apa sahaja halangan yang ada kita perlu lalui.

“Semasa Nabi Muhammd SAW mahu menyebarkan Islam di Taif, baginda menyangka akan mendapat sokongan daripada penduduk Taif.

“Tetapi apa yang diharapkan oleh Rasulullah SAW tidak berlaku, malah baginda dilontar batu sehingga luka dan pulang dengan penuh rasa kecewa,” kongsinya.

Kemudian Allah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit kepada Nabi Muhammad SAW bagi membantu Baginda, katanya.

“Jibril berkata, kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkup Mekah di antara dua bukit, mereka akan musnah.

“Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak membenarkannya dan bersabar, kerana mengharapkan anak cucu mereka akan mendokong perjuangan itu,” kongsi Hashim.

Justeru melalui kisah itu, Mursyidul Am PAS berharap ahli-ahli PAS dapat memahami sebab di sebalik PAS masih bertegas mahukan penyatuan Ummah.

Beliau berkongsi kisah berkenaan semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Kempen PAS Pilihanku 4.0 yang berlangsung di Dewan Al-Hana, di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

2. PAS: Wadah politik terbaik  

SAYA yakin ramai yang sedang mencari wadah politik terbaik untuk negara ketika ini. Oleh itu, saya ingin mengajak semua untuk berfikir beberapa alasan berikut sebagai pendorong untuk memilih PAS.

PAS merupakan sebuah parti politik yang mengekalkan nuansa kepimpinan ulama. Beberapa tokoh ulama yang memimpin masyarakat telah lahir daripada sulbi perjuangan PAS antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Tuan Guru Haron Din.

Kepimpinan semasa di bawah YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS serta Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin menerajui PAS serta masyarakat amnya berpandukan kepada landasan syariat Islam.

Parti ini sudah melepasi usia tujuh dekad, namun masih mengekalkan relevansinya. Segala tindak-tanduk PAS berdasarkan kepada prinsip dan rujukan agama yang jelas dan banyak mata-mata masih mengintai perjalanan parti ini.

Tindakan yang diambil kepimpinan PAS tidak hanya sekadar menuruti kepentingan politik, bahkah PAS ada hujah yang tersendiri untuk bertindak atas sesuatu sikap dan tindakan. Dengan keterbatasan kekuatan politik yang dimiliki oleh PAS, PAS istiqamah meletakkan kepentingan Islam, perpaduan ummah dan negara sebagai keutamaan.

PAS dilatari oleh sokongan pelbagai golongan dan latar masyarakat. Ada petani, penoreh getah dan pesawah. Bahkan ada juga golongan profesional yang menjadi pendukung kuat perjuangan ini.

Mereka memilih PAS kerana prinsip Islam yang diperjuangkan PAS adalah jelas. Malah, PAS juga menggariskan gagasan yang telus bagi mentadbir negara melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera.

PAS mempelopori budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah adalah antara contoh terbaik bagaimana BPMS diterjemah ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Budaya ‘hapus buang’ dasar kerajaan lama hanya kerana kepentingan politik dihentikan. Sebaliknya apa jua dasar yang baik untuk rakyat tetap diteruskan serta ditambah baik.

Pentadbiran PAS sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan telah terbukti bebas rasuah dan salah laku. Malah selepas dua tahun pemerintahan di bawah Kerajaan PN juga tidak ada pimpinan PAS yang disabitkan kes rasuah.

Ini semua adalah nilai ihsan yang diterapkan dalam diri. Ia menjadi pendinding kuat kepada kepimpinan PAS di mana jua tempat mereka dikalungkan dengan amanah dan tanggungjawab.

YB SENATOR USTAZ DATO’ AHMAD YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
26 Zulkaedah 1443 / 26 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 26/6/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Rules Of Law jangan bacul buat sumpah laknat. Tun Mahathir Jangan heret Raja dan Sultan ikut lah ' Rules Of Law'. Rakyat sedang menilai dan memerhati sebelum PRU 15 ini.

Jangan berdolak dalih heret raja dan sultan pulak.. Apo masalah kau Tun..!? Jangan kalut sangat hang pi lah jawab inquiry tu.. Pulau dah ilang Ikut lah rules of law bila disuruh ke Pejabat AG utk inquiry Pulau Batu Putih

Tun Dr. Mahathir Mohamad beri alasan bodoh mempertikaikan kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance yang dianggapnya tidak wajar dilantik memegang jawatan itu.

Sekarang ini Jho Low yang lesap tepuk tangan sambil sesama Melayu bercakaran bersama kaumnya di negara ini dan kaumnya Singapura lihat betapa mudah bila pemimpin Melayu dibodoh bangangkan jadi barua DAP@LeeKwanYew. Pulau dah terlepas dari tangan dan Pulau Batu Putih dah djhadiahkan Tun pada anak Lee Kwan Yew sebagai paling renta berjaya dibaruakan.

Selama ini kalau kena kat anak dan kroni semua okey, kena kat batang hidung bersilat kuntau nak bagi alasan.. alahaiii...

Bacul Atuk ni rupanya

Protes dan rasa tidak puas hati bekas Perdana Menteri itu ditunjukkan semasa negarawan tersebut hadir dalam sesi temu bual di Jabatan Peguam Negara (JPN) di Kuala Lumpur hari ini tetapi beliau segera meninggalkan majlis tersebut.

Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.

“Di negara kita ini Sultan bebas. Mereka mengatasi undang-undang. Jadi dia (baginda) boleh nak katakan apapun dan saya tidak boleh jawab.

Sesi tersebut tidak berlangsung seperti dirancang apabila menyaksikan Dr. Mahathir yang tiba pukul 11.40 pagi keluar meninggalkan perkarangan JPN dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Cuba kelian bayangkan Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak angkara Jho Low sesama pemimpin Melayu bergaduh bercakaran jadi buah catur dikerjakan oleh kaum Jho Low...

Silap ari bulan Zety dan Taufik Ayman pun lesap macam Justo.. Bila kes Zety Tun diam bisu bila kes pulau dah terlepas dari tangan mintak penjelasan bersilat kuntau beri alasan bangang. Kena kat batang hidung Tun tak cukup tanah dia ligan bersilat kuntau beri bermacam alasan. Ikut lah 'Rules Of Law'. Jangan bacul sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails