Platform dan kereta api kosong di Stesen Waterloo semasa aksi mogok minggu ini. - Foto AFP
1. Mogok pengangkutan baru melanda UK, tanah besar Eropah
LONDON: Sistem kereta api Britain sekali lagi terhenti dan penerbangan di Eropah terganggu apabila mogok dalam sektor pelancongan melanda benua itu, hari ini.
Berpuluh-puluh ribu pekerja kereta api di United Kingdom (UK) melakukan tindakan mogok sepanjang hari hingga menghalang rancangan hujung minggu orang ramai.
Hanya kira-kira satu perlima perkhidmatan beroperasi pada waktu sangat terhad dan beroperasi lebih lewat pada waktu pagi daripada biasa, tamat seawal jam 6.30 petang (waktu tempatan).
Kesatuan kereta api RMT menegaskan tindakan mogok itu perlu berikutan gaji yang tidak seiring dengan inflasi UK, yang telah mencecah paras tertinggi sepanjang 40 tahun dan dijangka terus meningkat.
Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch, berkata ahlinya bertahan untuk mendapatkan kenaikan gaji dan jaminan pekerjaan.
"Dalam ekonomi moden, pekerja perlu diberi ganjaran sewajarnya untuk kerja mereka, menikmati keadaan yang baik dan mempunyai ketenangan fikiran bahawa pekerjaan mereka tidak akan diambil dari mereka," katanya.
Ketua Eksekutif Network Rail, Andrew Haines, berkata keputusan RMT untuk melaksanakan satu lagi tindakan mogok yang tidak perlu bermakna penumpang akan berdepan kesusahan.
"Sebahagian kecil kereta api akan beroperasi dengan kereta api bermula lewat pada waktu pagi dan berakhir lebih awal pada waktu petang," katanya.
Britain, seperti kebanyakan Eropah, mengalami inflasi yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil, meningkatkan prospek mogok musim panas di seluruh benua.
Kakitangan dari syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair melancarkan mogok di Sepanyol, Itali, Perancis, Portugal dan Belgium hari ini, memaksa pembatalan dua penerbangan antara Lisbon dan Brussels.
Sektor penerbangan sedang bergelut untuk pulih daripada pandemik COVID-19, yang membawa kepada pemberhentian besar-besaran apabila perjalanan antarabangsa ditangguhkan.
Berhadapan dengan kekurangan kakitangan, Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam terpaksa mengumumkan awal bulan ini bahawa ia akan mengehadkan bilangan pengembara pada musim panas ini dan membatalkan penerbangan.
Kekurangan itu telah menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan, manakala jumlah barisan menunggu telah menimbulkan kemarahan pelancong. - AFP
2. Maradona didakwa mati dibunuh: Kakitangan perubatan bakal dibicarakan
Dr Loque mendakwa dia telah melakukan ‘semua yang dia boleh (untuk menyembuhkan Maradona), sehingga ke tahap mustahil melakukannya’.
Dalam dunia bola sepak global, Diego Maradona merupakan salah seorang pemain terhebat pernah muncul. Beliau merupakan kapten ketika pasukan Argentina memenangi Piala Dunia 1986, menjaringkan gol ‘Tangan Tuhan’ yang tersohor ketika menentang England pada suku akhir.
Orang ramai memberi penghormatan terakhr buat Maradona di upacara pengebumiannya di Buenos Aires, Argentina pada 26 November 2020. (FOTO AP/Mario De Fina)Ketika separuh kedua tempoh kerjayanya, Maradona bergelut dengan ketagihan kokain dan diharamkan bermain bola sepak selama 15 bulan selepas diuji positif kokain pada tahun 1991.
Berita kematiannya membuat dunia bola sepak, dan negara asalnya Argentina dalam kesedihan yang mendalam, dengan beribu-ribu peminatnya beratur berjam-jam untuk berjalan mengiringi berhampiran kerandanya di istana presiden di Buenos Aires.
Namun Maradona yang pada kemuncak kerjayanya merupakan salah seorang atlet yang menerima gaji tertinggi di dunia, dan menurut en.as.com mengumpul aset kekayaan mencecah AS$50 juta.
Peguam Mario Baudry mendedahkan kekayaan yang dikumpul Maradona telah dirompak pihak tertentu sejak 2014. (FOTO NewsyList)Sementara menurut laporan Marca.com pula, aset kekayaan Maradona yang ditinggalkan buat keluarganya dianggarkan antara AS$75 juta hingga AS$90 juta yang termasuk kereta-kereta mewah seperti Rolls Royce Ghost dan BMW i8, serta pelbagai hartanah.
Dalam pada itu The Mirorr bertarikh 15 Februari 2021 melaporkan kenyataan Baudry bahawa lima orang anak Maradona berkongsi peninggalan hanya sebanyak AS$4.9 juta daripada jumlah sebenar kekayaannya, AS$92 juta.
“Diego (Maradona) memiliki jumlah kekayaan mencecah AS$92 juta tetapi hanya AS$4.9 juta telah muncul dalam akaun banknya bersama aset hartanahnya yang terdiri daripada sebuah apartmen kecil, sebuah rumah lama milik Diego dan dua buah kereta.
“Diego memperoleh banyak wang hasil kerjayanya yang gemilang dalam dunia bola sepak tetapi masalahnya ialah dia tidak memilikinya kerana telah dirampas pihak tertentu sejak tahun 2014 lagi,” tegas peguam itu.
Maradona diketahui umum menjalani rutin kehidupan dengan penuh kemewahan ketika di era puncak kerjayanya. (FOTO en.as.com)Namun menurut Express.co.uk, ketika kematiannya, Maradona meninggal dunia bukan sebagai jutawan mahupun dengan gelaran ‘orang kaya’.
Ini kerana nilai bersih aset Maradona dianggarkan hanya kira-kira AS$100,000, yang dikaitkan dengan masalah ketagihan kokain dan alkohol, kesihatan, undang-undang dan kewangan sehingga menyebabkan kekayaannya berkurangan dengan banyak.
Sedangkan sepanjang kerjayanya sebagai pemain dan jurulatih bola sepak, beliau memperoleh puluhan juta dolar melalui gaji dan tajaan syarikat-syarikat bisnes gergasi.
Dia pernah menantandatangani kontrak yang mencatat rekod dunia dalam kariernya ketika menyertai Barcelona dan SSC Napoli, dan merupakan salah seorang pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia.
Di zaman kemuncak kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Maradona meraih kegemilangan bersama kelab bola sepak Itali, SSC Napoli dan Argentina. (FOTO Daily Mail)The International Business Times melaporkan bahawa kontrak Maradona dengan SSC Napoli memperoleh habuan gaji sebanyak AS$3 juta, bersama dengan sokongan tajaan mencecah AS$10 juta, yang menjadikan jumlah keseluruhan AS$13 juta menyamai lebih daripada AS$26 juta nilai mata wang pada hari ini.
Selain itu, beliau juga menguruskan tujuh kelab bola sepak, termasuk membimbing Argentina ke Piala Dunia 2010. Salah satu peranan terakhirnya sebagai jurulatih ialah di Mexico, yang mana dilaporkan dia memperoleh AS$150,000 sebulan sepanjang kontraknya untuk hanya 11 bulan itu di negara itu, yang bermakna secara keseluruhan dia memperoleh AS$1.65 juta.
Dalam laporannya, Express.co.uk mendedahkan ketika bermain untuk SSC Napoli antara 1984 dan 1991, Maradona mempunyai jumlah cukai yang tidak dibayar mencecah sebanyak AS$22.5 juta.
Maradona sering menjadi tumpuan media sepanjang tempoh berada di kemuncak kerjayanya dalam industri bola sepak global. (FOTO The Times)Jumlah hutang itu telah diumumkan oleh pihak berkuasa Itali pada 2009, dengan majoriti rang undang-undang menyebutnya sebagai bayaran untuk yuran dan faedah berjumlah AS$14.05 juta.
Sementara menurut laman sesawang Celebrity Net Worth, selama bertahun-tahun polis Itali telah merampas aset Maradona termasuk barangan kemas bagi melangsaikan hutang cukainya, yang dikatakan mencecah kira-kira AS$25.7 juta.
Sepanjang hayatnya Maradona bagaimanapun berterusan mendakwa beliau telah menjadi sasaran secara tidak adil pihak berkuasa Itali yang didakwa gagal memaklumkan kepadanya tentang bil cukai sepanang tempoh bermain untuk SSC Napoli di Itali.
Pada 2016, bintang bola sepak itu memberitahu akhbar Itali, Corriere della Sera bahawa denda untuk bil cukainya sudah dibayar pada 2003.
“Saya tidak berhutang apa-apa lagi. Mereka (pihak berkuasa Itali) telah memburukkan saya secara tidak adil sejak 25 tahun lalu dengan bayaran cukai AS$24.5 juta dan dengan denda lambat bayar cukai AS$21.4 juta atas dakwaan melanggar arahan membayar cukai yang kononnya telah diputuskan oleh hakim tetapi ia sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada akhbar itu.
“Saya tidak mahu sesiapa pun berada dalam situasi saya. Saya tidak berhutang dengan sesiapa pun. Ramai orang perlu bertaubat atas apa yang telah mereka lakukan kepada saya kerana, walaupun tidak bersalah, mereka telah memperlakukan saya seperti seorang penjenayah yang paling teruk,” tambahnya.
Namun di sebalik dakwaannya, pihak berkuasa Itali menegaskan Maradona masih mempunyai baki berpuluh-puluh juta dolar pada bil hutang cukainya.
Nombor jersi 10 dan nama Maradona akan kekal dikenang sebagai legenda dunia bola sepak global. (FOTO The Mirror)Kebergantungan Maradona kepada kokain dan alhohol dalam pada itu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatannya, tetapi juga kerjaya dan kedudukan kewangannya.
Pada 1991, beliau telah didenda sebanyak AS$70,000 oleh tribunal bola sepak Itali kerana kehilangan perlawanan dengan SSC Napoli yang menyaman Maradona kerana didakwa mencemarkan reputasi kelab tersebut akibat penglibatannya dalam penggunaan dadah.
Pada 2014 Maradona dalam kenyataannya kepada Tyc Sports Argentina berkata: “Saya memberikan lawan saya kelebihan besar kerana penyakit yang dialami saya ini. Adakah anda tahu saya akan jadi pemain (bola sepak) jenis apa, jika saya tidak mengambil dadah?”
“Saya berusia 53 tahun tetapi seperti sudah berusia 78 tahun disebabkan hidup yang saya jalani ini tidak normal. Saya telah hidup selama 80 (tahun) dengan kehidupan yang saya lalui ini.” – HARAKAHDAILY 23/6/2022
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
Mai pakat pakat sokong pas. Dalam pas ramai golongan muda yg cinta agama. Ramai golongan muda pas yg juga profesional. Pas tak lagi kampongan.
Ramai golongan muda pas bijak pandai. Ramai juga golongan muda pas yg usahawan. Mereka adalah penawar buat kegelisahan.
Kita benci rasuah, maka ada pemimpin yg boleh mengganti pimpinan rasuah. Kita benci salah guna kuasa, maka ada pemimpin yg boleh mengganti pemimpin yg salah guna kuasa. Mereka ni golongan yg senyap, tapi punya daya ikhlas yg tinggi.
Post a Comment