LONDON: Pengendali rangkaian pengangkutan London menggesa penumpang elak menggunakan perkhidmatan itu esok susulan mogok 24 jam oleh pekerjanya.
Tindakan itu dijangka mengakibatkan khidmat kereta api bawah tanah terjejas di ibu negara itu.
Transport for London (TfL), berkata walaupun beberapa perkhidmatan dijangka diteruskan seperti biasa esok, sebahagian besar tidak akan beroperasi langsung atau mengurangkan masa operasi sepanjang mogok yang dijangka berterusan hingga Selasa ini.
Bas dan kereta api lain dijangka terus beroperasi seperti biasa tetapi mungkin kurang sibuk berbanding kebiasaan.
Pengendali pengangkutan berkenaan memutuskan tidak akan mengisi lebih 500 kekosongan, selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan kos operasi dan menjadikannya lebih stabil dari segi kewangan.
Kesatuan Pekerja Pengangkutan RMT mahukan Datuk Bandar London menaikkan cukai bagi menampung rangkaian pengangkutan awam bandar itu.
Ketua Pegawai Operasi TfL, Andy Lord, memohon maaf kepada London kerana mogok yang akan diadakan mungkin menjejaskan jadual perjalanan mereka
"Kami tahu ia akan merosakkan imej dan pemulihan ekonomi London daripada kesan pandemik COVID-19," katanya. - REUTERS
2. Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth
Orang ramai mengibarkan bendera Britain ketika sambutan ‘Parti Platinum’ di Istana Buckingham sempena 70 tahun ratu Elizabeth, 96, bertakhta. - Foto REUTERSLONDON: Britain berpesta meraikan sambutan ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II hari ini dengan mengadakan persembahan menakjubkan 'party at the palace', menampilkan penyanyi Diana Ross, Andrea Bocelli dan Rod Stewart.
Putera Charles turut mengetuai barisan dalam menyampaikan penghargaan dan kata-kata aluan pada sambutan itu.
Konsert itu menjadi kemuncak acara sambutan umum Jubli Platinum selama tiga hari bagi meraikan tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth yang kini berusia 96 tahun, disertai lebih 22,000 pemegang tiket menonton persembahan atas pentas dibina khas di luar Istana Buckingham.
Puluhan ribu orang memenuhi pusat bandar manakala jutaan menonton di televisyen menyaksikan barisan penghibur mempesona dan mesej peribadi daripada tokoh terkemuka di Britain.
"Baginda bertemu dan berbual dengan kami, ketawa serta menangis bersama kami dan yang paling penting, baginda ada untuk kami selama 70 tahun.
Ratu Elizabeth membuat dua kemunculan awal di beranda Istana Buckingham pada hari pertama sambutan, Khamis lalu, namun baginda mengalami beberapa ketidakselesaan berikutan kesukaran untuk berjalan dan berdiri.
Baginda kemudian menarik diri daripada menghadiri upacara gereja Jumaat lalu dan turut terlepas acara perlumbaan The Derby semalam, buat kali keempat sejak 1952.
Putera Charles, 73, dan anak sulungnya, Putera William, 39 serta dua anaknya, George, 8 dan Charlotte, 7, menyertai barisan tetamu kenamaan yang mengibarkan bendera di kotak diraja pada konsert itu.
Putera William, dalam ucapannya, memuji komitmen Ratu Elizabeth dalam memelihara dan menangani perubahan iklim.
Britain mengisytiharkan Khamis dan Jumaat lalu sebagai cuti umum untuk menandakan peristiwa penting diraja yang memberikan tumpuan kepada masa depan monarki tanpa Ratu Elizabeth.
Acara jubli bermula Khamis lalu dengan perarakan ketenteraan sementara Jumaat lalu, menyaksikan perkhidmatan gereja tradisional England diketuai oleh kerabat diraja, termasuk Putera Harry dan Meghan di Gereja St Paul. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat! Britain berpesta dengan persembahan menakjubkan. Tetapi esok terus berlaku susulan mogok 24 jam oleh pekerja. Transport for London (TfL), berkata walaupun beberapa perkhidmatan dijangka diteruskan seperti biasa esok, tetapi sebahagian besar tidak akan beroperasi langsung.
Atau mereka mengurangkan masa operasi sepanjang mogok yang dijangka berterusan hingga Selasa ini. Pengendali pengangkutan berkenaan memutuskan tidak akan mengisi lebih 500 kekosongan, selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan kos operasi dan menjadikannya lebih stabil dari segi kewangan.
Kesatuan Pekerja Pengangkutan RMT mahukan Datuk Bandar London menaikkan cukai bagi menampung rangkaian pengangkutan awam bandar itu.
Itulah London, qiblat negara-negara membangun.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
No comments:
Post a Comment