Segelintir pegawai di India didakwa tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan terhadap penduduk dan tempat ibadat di negara itu. - Foto REUTERS
1. Pegawai India tidak peduli serangan ke atas minoriti
NEW DELHI: Segelintir pegawai di India didakwa tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan terhadap penduduk dan tempat ibadat di negara itu, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), semalam.
Ia hasil penemuan laporan mengenai kebebasan beragama secara global pada 2021.
Laporan itu menyatakan, serangan ke atas ahli komuniti minoriti agama, termasuk pembunuhan, serangan dan ugutan berlaku sepanjang tahun lalu di India.
Ia termasuk menghukum golongan bukan Hindu atas dakwaan menyembelih lembu atau berniaga daging lembu.
Kebanyakan penganut Hindu, iaitu kira-kira 80 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India, menganggap lembu sebagai suci.
Banyak negeri yang diperintah parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi menggubal undang-undang atau memperkasa undang-undang lama bagi menentang penyembelihan lembu.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata laporan itu menunjukkan kebebasan beragama dan hak minoriti agama berada di bawah ancaman di seluruh dunia.
Rashad Hussain, yang mengetuai usaha Jabatan Negara AS bagi memantau kebebasan beragama di seluruh dunia, berkata beberapa pegawai India 'tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan ke atas orang awam dan tempat ibadat'.
Kementerian luar India tidak segera memberi maklum balas selepas diminta mengulas perkara itu.
Ia sebelum ini menolak sebarang ulasan dari luar mengenai hal ehwal dalaman, terutama dari AS.
Pertikaian antara komuniti agama di India mengenai tempat ibadat berlaku sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British pada 1947, namun ia semakin menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Umat Islam membentuk kira-kira 13 peratus daripada penduduk India. - AGENSI
2. Jemaah solat Jumaat diejek, diganggu di India Disember 24, 2021 @ 5:03pm
(Gambar fail) Jemaah menunaikan solat Jumaat di sebuah kawasan terbuka di Gurgaon, minggu lalu. - FOTO AFPGURGAON (INDIA): Sejumlah aktivis Hindu didakwa meronda sebelum mengejek dan mengganggu jemaah yang menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka sekitar Gurgaon, sekali gus meningkatkan ketegangan di India bawah pentadbiran kerajaan nasionalis Hindu.
Seorang daripada mereka, Dinesh Bharti berumur 40-an dan mengenakan 'tilak' merah pada dahinya, mendakwa kononnya umat Islam yang menunaikan solat di kawasan terbuka 'mewujudkan masalah di dalam negara serta seluruh dunia.'
Kemenangan Perdana Menteri, Narendra Modi pada pilihan raya 2014 dilihat seolah-olah 'menambah keberanian' kumpulan tegar yang didakwa menganggap India sebagai negara Hindu, manakala penduduk minoriti kira-kira 200 juta Muslim pula disifatkan kononnya 'orang luar dengan potensi berbahaya.'
Gurgaon adalah bandar satelit moden di ibu kota, New Delhi, dengan kira-kira 500,000 umat Islam yang sama ada tinggal di situ, berhijrah ke kawasan itu atas keperluan kerja ataupun bekerja di sana pada waktu siang.
Bandar ini mempunyai 15 masjid dan kerajaan tempatan didakwa enggan membenarkan pembinaan lebih banyak lagi rumah ibadat itu, namun pada masa sama bilangan kuil Hindu pula semakin banyak.
Keadaan itu menyebabkan umat Islam terpaksa menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka.
Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Hindu didakwa turut menyembur tahi lembu di lapangan solat umat Islam dan mencemuh jemaah sebagai 'pengganas' serta 'orang Pakistan' - merujuk kepada negara jiran majoriti Muslim dan antara seteru utama India.
Pada masa sama, kerajaan tempatan dikatakan terus mengurangkan bilangan kawasan terbuka yang dibenarkan untuk jemaah menunaikan solat.
Awal bulan ini, Ketua Menteri Haryana yang juga ahli Parti Bharatiya Janata bawah pimpinan Modi, dilapor mengisytiharkan bahawa solat di kawasan terbuka di Gurgaon 'tidak akan lagi diterima.'
Namun pada Jumaat lalu, kumpulan Hindu dilapor mendirikan sebuah kuil sementara serta dapur komuniti untuk menjamu ratusan orang bersama alunan bunyi yang kuat.
Sebaliknya, ratusan umat Islam dilihat terpaksa beratur untuk menunggu giliran menunaikan solat berikutan kekurangan masjid.
Di lokasi lain, Muslim dikatakan diganggu oleh golongan tidak bertanggungjawab yang didakwa turut memaksa laungan slogan memuja dewa Hindu.
"Jika kerajaan tidak mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini, ia akan menjadi semakin rumit dan serius," kata seorang ulama kepada AFP. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, negara umat Islam Malaysia jauh lebih baik dari negara di atas. Bahkan Malaysia sanggup memberi hak yang sama kepada 'keturunan pendatang' termasuk dari India dan China yang ada di negara ini.
Sedangkan di India dan China warganya yang lahir, sama-sama tinggal di negara mereka, cuma berlainan agama telah didiskriminasi, ditindas dan dizalimi. Untung mereka berada di negara umat Islam.
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
Mahathir Mohamad bersetuju dengan pendekatan kerjasama semua parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 namun menolak khemah besar itu diketuai oleh Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin, lapor Utusan Malaysia. Angan Parti Pejuang yang hilang semua deposit PRn Bangsa Johor. Bila perasan hebat tapi dalam hati kecut cemas gelabah bila Boboi akan jadi sasaran.
ReplyDeletePengerusi Pejuang berkata dua pemimpin itu “tidak lurus” dan itu sebabnya partinya pada masa ini menolak pendekatan khemah besar parti pembangkang.
Parti PejWang cukup perasan parti yg sangat lurus. Lurus sebab walau Parti PejWamg yg lurus bendul lurus ya amat bendul.
Terlalu lurus sampai Jho Low lesap tak dapat dikesan, terlalu lurus Justo lesap betul betul depan lubang hidung Tun.
Walaun Pejuang Lurus bendul sampai di mana ada Zety di situ rompakan di siang hari akan berlaku spt isu Sapura Energy.
Lurus bendul walaun Pejwang hingga Zety Taufiq Ayman bersama keluarga penyamun mencuri 700 juta pun buat buat bodoh bangang.
Maka menjelang PRU 15 tak guna serang Tun dia akan melingkup secara semulajadi.
Maka elok serang dan lingkupkan Boboi dari arena politik negara selama lamanya. Maka melingkup lah legasi tak guna ini.