Tuesday, June 21, 2022

Pembunuhan penyanyi rap terkenal India. Apa kaitan M'sia?

 

Penyokong Sidhu Moose Wala bersama poster penyanyi rap terkenal India itu. - Foto AGENSI

HALAMAN HIBURAN

3 ditahan atas pembunuhan penyanyi rap terkenal India

NEW DELHI: Polis India menahan tiga lelaki yang dituduh membunuh bintang hip-hop, Sidhu Moose Wala dan turut merampas senjata termasuk pelancar bom tangan daripada suspek.

Moose Wala atau nama kelahirannya Shubhdeep Singh Sidhu ditembak mati di dalam keretanya di negeri utara Punjab, bulan lalu.

Lelaki berusia 28 tahun itu adalah seorang pemuzik popular di India serta masyarakat Punjabi di luar negara, terutamanya di Kanada dan Britain.

Pesuruhjaya polis khas, H.S. Dhaliwal semalam berkata, tiga suspek ditangkap di Gujarat pada hujung minggu lalu dan polis turut menemui bom tangan, pelancar bom tangan, senapang serangan, peledak elektrik dan pistol.

Media tempatan berkata, samseng yang berpangkalan di Kanada, Goldy Brar mengaku bertanggungjawab mengatur pembunuhan penyanyi rap itu dan berhubung dengan pembunuh bayaran pada pagi jenayah berlaku itu.

"Brar memanggil salah seorang penembak pada hari kejadian dan mengarahkannya memastikan pembunuhan Moose Wala.

"Jika senjata api tidak berfungsi, bunuh dia dalam satu letupan dan itu adalah arahannya," lapor akhbar Hindustan Times yang memetik seorang pegawai polis.

Moose Wala menjadi terkenal dengan lagu-lagu menarik yang menyerang penyanyi rap lain serta ahli politik saingan, malah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang memperjuangkan komuniti kebanggaannya, memberikan keadilan dan menembak mati musuh.

Dia dikritik kerana mempromosikan budaya senjata api melalui video muziknya, di mana dia kerap bergambar dengan senjata api.

Pembunuhannya juga memberi tumpuan kepada jenayah terancang di Punjab, laluan transit utama dadah yang memasuki India dari Afghanistan dan Pakistan.

Ramai pemerhati mengaitkan perdagangan narkotik - kebanyakannya heroin dan candu - dengan peningkatan keganasan berkaitan kumpulan dan penggunaan senjata haram di negeri ini - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimPembunuhan penyanyi rap terkenal India kerana apa? 

Ramai mengaitkan dengan perdagangan narkotik, heroin candu, peningkatan keganasan dan penggunaan senjata haram, di India. Kalau di Malaysia, penglibatan artis dalam dadah seperti di atas juga amat membimbangkan. 

Jalan terbaik untuk mengatasinya di negara ini, ialah dengan menguatkan peraturan 'hiburan mengikut syariah' seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, yang juga di bawah naungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Itu solusi terbaik!

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

keno ule lagi skli bohhh... ado nate beruk seko ni tak pahe pahe lagi ni...

Anak Cina kroni Tun Vincent Tan dengan berkilo ladang ganja lepas bebas

Penyanyi Melayu tanam ganja hukum gantung

Celah mana keadilan itu berada

PRU 15 akan kita temui keadilan sekiranya rakyat tolak dan hapus kartel mafia yang sudah berakar umbi 22 tahun 22 bulan.. hukum memilih milih... tangguh dan simpan jika kroni diheret mahkamah... Jho Low lepas bebas walau beratus ribu kali nama di sebut di mahkamah... Silap ari bulan Zety dan Taufik Ayman pun lesap macam Justo..

Cuba kelian bayangkan Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak angkara Jho Low sesama pemimpin Melayu bergaduh bercakaran jadi buah catur dikerjakan oleh kaum Jho Low...

Ex IGP kata Jho Low jadi beruang lah... tak tau lah kalau kelian seronok kena bangang oleh ex IGP lantikan Tun dolu tu...!!

Kalau kelian rasa seronok jadi buah catur Jho Low dan kaum nya "den tak dapek nak nolong lagi dah...!! Bodoh tak boleh diajar pandai lansung tak hado..!!"

Sekiramya PRU 15 mafia kartel masih berkuasa lupakan keadilan rakyat marhaer dan keadilan yang lain lain...

Tidak ada makna satu pun guling guling atas jalanraya jika kelian masih mengundi kartel mafia ini di PRU 15 nanti..

Kamu yang hendak dikuasai dan dihina oleh kartel mafia.... anak cucu kartel mafia lepas bebas buat sesuka hati..

PRU 15 jawapan di tangan kelian... nak seribu daya kalau tak nak berubah sampai mati anak cucu cicit jadilah hamba sahaya kartel mafia..

Haaahh tepokkkkk..!!



KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails