Wednesday, June 08, 2022

Protes Muslim, tarik balik tayangan. Termasuk filem dari M'sia?

 

Pawagam utama UK tarik balik tayangan selepas protes Muslim
HALAMAN HIBURAN

1. Pawagam utama UK tarik balik tayangan selepas protes Muslim

LONDON: Rangkaian pawagam United Kingdom (UK) Cineworld menarik semua tayangan filem mengenai anak perempuan Nabi Muhammad SAW selepas sekumpulan penduduk Islam membantah di luar pawagam, menggelar filem itu tidak beradab.

Cineworld, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, berkata ia akan membatalkan semua tayangan 'The Lady of Heaven' kerana bimbang mengenai keselamatan.

"Disebabkan insiden baru-baru ini berkaitan tayangan 'The Lady of Heaven', kami telah membuat keputusan untuk membatalkan tayangan akan datang filem itu di seluruh negara bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami," kata seorang jurucakap.

Satu video dalam talian menunjukkan pengurus Sheffield Cineworld di utara England memberitahu sekumpulan penunjuk perasaan Ahad lalu bahawa tayangan telah dibatalkan.

Protes yang sama menyasarkan teater Cineworld di pusat bandar Birmingham dan di bandar utara Bolton yang mana ketiga-tiga tempat itu mempunyai populasi Islam yang ramai.

Filem itu adalah filem pertama mengenai kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah dan menghubungkan antara Negara Islam pada abad ke-21 dengan tokoh sejarah Islam Sunni.

Sementara itu, penerbit eksekutif filem itu, Malik Shlibak, berkata rangkaian pawagam harus tegas dan mempertahankan hak mereka untuk menayangkan filem yang ingin ditonton ramai.

"Saya fikir pawagam 'runtuh' kerana tekanan dan mengambil keputusan ini untuk meredakan kemarahan orang Islam," katanya. - AFP  


2. Bertarung nyawa bikin filem  Mac 18, 2022 
Kino (dua dari kiri) bersama penulis skrip dan barisan pelakon filem Road To Heaven. Foto Ihsan Kino Marzuki Khalid

KUALA LUMPUR: Siapa sangka bermula dengan sembang kosong, idea menerbitkan filem yang mengangkat kisah kehidupan sukarelawan di negara Islam yang berdepan konflik peperangan, akhirnya menjadi kenyataan.

Biarpun menyedari risiko besar bakal menanti kerana memilih Palestin sebagai lokasi penggambaran, namun, syarikat produksi, Artistic Islamic Media Content Sdn Bhd (AIMC) yakin hasrat mereka dipermudahkan menerusi bantuan dan sokongan pelbagai pihak.

Berkongsi persediaan dilakukan untuk mengarahkan filem berjudul Road To Heaven ini, penerbit dan Pengarah Eksekutif AIMC, Kino Marzuki Khalid menarik nafas lega selepas projek filem itu mendapat restu Kedutaan Palestin di Malaysia.

"Asalnya, lokasi penggambaran dipilih adalah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Namun, selepas berkongsi hasrat kami itu kepada Kedutaan Palestin, mereka seakan memberi isyarat agar lokasi ditukar ke Palestin.

"Lebih membuatkan kami teruja adalah selepas lima kali perbincangan demi perbincangan, kami akhirnya dibenarkan untuk menjalankan penggambaran ini di sana.

"Mereka dengan tangan terbuka sedia membantu sepanjang penggambaran. Memandangkan lokasi dipilih agak berisiko, rombongan kami bakal disertai seseorang yang arif dengan selok belok negara berkenaan.

"Selain untuk memudahkan pelbagai urusan, individu terbabit membantu menjaga keselamatan kami sepanjang berada di Palestin," katanya kepada BH Online.

Turut memberi sokongan penuh terhadap projek filem ini adalah Wisma Putra, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Kino berkata, jika tiada aral melintang, fasa pertama penggambaran filem arahan Syed Zulkifli ini akan bermula pada 15 April depan.

"Kami pilih April kerana Ramadan. Biasanya, Palestin diserang pada Ramadan. Misi kami adalah untuk mendapatkan visual serangan sebenar.

"Untuk fasa pertama ini, ia hanya membabitkan kumpulan produksi iaitu penerbit, pengarah dan pengarah fotografi. Selebihnya, kami akan gunakan khidmat tenaga kerja tempatan.

"Penggambaran fasa kedua pula akan disambung dua minggu selepas Aidilfitri. Pada waktu itu barulah membabitkan semua pelakon," katanya.

Diadaptasikan daripada kisah benar biarpun menyelitkan unsur komersial membabitkan babak percintaan, namun, menurut Kino yang pernah menghasilkan program travelog, naskhah berkenaan bercirikan patuh syariah.

"Sesuai dengan genre keislaman, walaupun jalan ceritanya memaparkan kisah percintaan tiga segi, namun, kami pastikan ia patuh syariah apabila tiada babak bersentuhan dipaparkan," katanya.

Filem yang membabitkan kos RM6 juta kata Kino, pada awalnya mendapat kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun, disebabkan masalah teknikal, pembikinan filem itu diteruskan produksi AIMC sendirian.

"Idea untuk menghasilkan naskhah ini tercetus ketika saya berbual dengan seorang pemimpin NGO.

"Berikutan saya berpengalaman dalam bidang penerbitan, mereka sarankan syarikat produksi saya menghasilkan filem yang berkisar misi kemanusiaan di negara bergolak.

"Bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal, kolaborasi itu tidak dapat diteruskan. Saya memutuskan untuk menghasilkan filem itu sendiri," katanya.

Kino menjangka kerja pembikinan filem Road To Heaven siap akhir Julai depan.

"Kami jangka filem ini dapat ditayangkan pada tahun ini. Kami ada memohon dana FINAS.

"Namun, disebabkan tarikh sasaran yang perlu dikejar, kos pembikinan filem ini yang bernilai kira-kira RM6 juta dibiayai sendiri sementara menunggu permohonan kami diluluskan," katanya.

Road To Heaven hasil garapan skrip Maizura Ederis membariskan pelakon tempatan dan Palestin antaranya Datin Seri Heliza Helmi, Josiah Lim, Hazwani Helmi, Iman Azreena dan seorang lagi pelakon lelaki yang akan diumumkan, tidak lama lagi.

Karya mengisahkan sekumpulan sukarelawan yang berbeza latar kerjaya dan agama tetapi aktif dalam menjalankan misi kemanusiaan di Palestin.

Cerita berkisar kepada kehidupan Syakilla dan Safieya yang membesar dalam keluarga mementingkan dakwah dan perjuangan Islam.

Syakilla lebih cenderung kepada kerja dakwah dan sukarelawan. Namun, lain pula dengan Safieya yang lebih berminat menumpukan perhatian berkaitan rekaan fesyen dan kosmetik selain dikenali sebagai 'Instafamous'. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimTarik balik tayangan selepas protes Muslim.. Pihak-pihak tertentu perlu berhati-hati dalam menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Apa lagi kalau dengan tujuan menghina.

Sekian.


Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails