Wednesday, June 29, 2022

'Satu Malam Di Temasek', hibur boleh, syarat ...

 

Single Satu Malam Di Temasek adalah karya bercerita mengenai diri Joe Flizzow sehingga digelar penyanyi hip hop nombor satu negara.

HALAMAN HIBURAN

Satu Malam Di Temasek sarat kiasan, sindiran

KUALA LUMPUR: Bermula anggota kumpulan rap legenda, Too Phat, Joe Flizzow tidak dinafikan berjaya mencipta nama dan memegang gelaran sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara.

Tidak hanya itu, Joe turut dikenali sebagai penerbit, pencipta lagu dan usahawan yang sentiasa ingin memajukan diri.

Diimbas semula, album solo pertama berjudul The President pernah merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009.

Kejayaan berterusan apabila album Havoc pula mencuri tempat pertama di carta iTunes Malaysia pada 2013.

Kini, Joe kembali dengan satu lagi mahakarya berjudul Satu Malam Di Temasek.

Joe berkata, single Satu Malam Di Temasek adalah karya yang sarat dengan lirik penuh kiasan dan sindiran, ciptaannya.

"Satu Malam Di Temasek adalah karya bercerita mengenai diri saya. Daripada budak nakal hingga melalui fasa perkahwinan seperti situasi hari ini.

"Ia juga satu bentuk nasihat untuk diri sendiri. Walaupun tunjang utamanya adalah mesej dan nasihat, pada masa sama, tetap meraikan kehidupan.

"Jika saya gambarkan karya ini dalam bentuk perumpamaan Melayu, perumpamaan yang sesuai adalah hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

"Segala yang dikejar dalam dunia bersifat material, semua ini tak mampu dibawa ke mana-manapun. Single Satu Malam Di Temasek mengingatkan diri bahawa dunia itu hanya sementara," katanya kepada BH Online. 

Joe menghadiahkan peminat dengan Showcase Joe Flizzow Satu Malam Di Temasek di The Bee, Publika, Ahad lalu.

Karya dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya, SonaOne itu diharap dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengejar impian dan cita-cita.

Pada Ahad lalu, Joe turut menghadiahkan peminat dengan Showcase Joe Flizzow Satu Malam Di Temasek.

Mengambil tempat di The Bee, Publika, acara berdurasi satu jam setengah itu bermula jam 9 malam dan dihadiri lebih 700 peminatnya.

Memilih lokasi itu, Joe berkongsi, ia ekoran ingin membawa peminatnya untuk mengikuti perjalanan kembali ke masa lalu, sekali gus mengimbau kenangan ketika mula bertapak dalam industri muzik.

"Orang tanya, kenapa tak buat di lokasi lebih besar? Saya sebenarnya suka untuk mengimbau di mana permulaan saya.

"Bukanlah bererti lokasi ini secara spesifik menjadi tempat saya bermula, tetapi secara simboliknya, saya bermula dari lokasi yang kecil," katanya.

Showcase Joe Flizzow Satu Malam Di Temasek dihangatkan dengan persembahan lagu-lagu popular. Antaranya Havoc, Baek, Kongsi, Jampi dan tentunya, Satu Malam Di Temasek.

Joe turut mengundang beberapa artis seperti Yonnyboii, Gard, Pele L, Fuego dan Alyph. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Satu Malam Di Temasek', hibur apa pun boleh dengan syarat 'patuh syariah'. Itulah, cara hidup Islam. Allahu Akbar!


Hibur Hibur Sikit: Singapura Melayu punya..

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009


Joe Flizzow - Sampai Jadi (Official Music Video) ft. ALYPH. SonyMusicKartelVEVO. SonyMusicKartelVEVO. •. 15M views 4 years ago ...
YouTube · Universal Music Malaysia · 26 Jun 2015
Too Phat (Joe Flizzow) - Nasty Girl ... i own nothing. dont forget to comment n sub ya :) Music.
YouTube · autojames50 · 24 Apr 2011


 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Aksi Tun Mahathir si bacul acah acah power Melayu Islamik cabut lari sesi inquiry. Belom ke mahkamah lagi tu...!!

Jika di panggung Mat Kilau berhempas pulas melawan musuh, di pejabat Peguam negara, satu aksi Mat Pulau sambil terkinja kinja mencipan cabut lari terjadi.

Tun Mahathir bergoyang telo kerana enggan meneruskan wawancara untuk siasatan berkaitan kesalahan membuat keputusan menyerah Pulau Batu Puteh.

Mahathir enggan meneruskan sesi soal jawap sekira nya Tan Sri Appandi Ali berada didalam panel menyoal di pejabat timbalan pendakwa.

Dengan alasan kontot Tun eehh silap plak..!! alasan konon nya Apandi sepatut nya tidak boleh menjadi penyoal kerana ada terbabit dalam pasukan menuntut Pulau Batu Puteh ,dan 1MDB, maka Atok rasa dia tidak perlu menjawap perilakunya lalu mencipan cabut lari..!!

Agak nya kalau masuk kandang mahkamah baru pijak tangga pertama mahkamah ada yg terbakau meletup bateri yang baru tukar di IJN dolu tu..!! kah.. kah.. kah..!!

Itu kah aksi Tun Mahathir si bacul acah acah power Melayu Islamik..!!

Mungkin agak nya Mahathir lupa bagaimana mahkamah nya telah mengunakan khidmat Gopal Sri Ram sebagai pendakwa terhadap Rosmah Mansor dan Najib RaZak.

Beratus kali Najib telah memohon berkali kali supaya Sri Ram diketepikan , namun mahkamah mengenepikan permohonan itu.

Sri Ram terbabit didalam episod datang kerumah Appandi membawa arahan Mahathir menangkap Najib Razak Ketika belum siasatan dan belum dibicara pun dimahkamah. Kemudian terbukti Sri Ram juga terbabit menerima bayaran guaman dari salah satu syarikat 1MDB.

Double Conflict of Interest telah berlaku disini. Ikut lah rulez of law. Hakim Nazlan GhaZali juga didapati terkait dengan penubuhan syarikar SRC Ketika berkerja dengan Maybank Investment. Zety, Taufik Aman Jap Loh Nik Faizal Juara sampai aku Tun dan walau jadi setan bisu.

Apakah jika ditukar Appandi jawapan pada Sesi soal akan berlainan?

Apakah jika tukar kepada yang peguam lain yang melambak atau peguam yang ProMahathir jawapan diberi akan lain pula?

Puii..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails