Friday, June 10, 2022

Sertai perayaan hantu lapar. Bon Odori & ROHM-Wako

 

1. Hukum menyertai perayaan hantu lapar -Fidaus Wong 

SETELAH meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.

Larangan ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

‎وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”

(al-Furqan: 72)

Maksud al-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 6/130. 

Perayaan hantu lapar Cina ke hantu Korea ke Jepun ke hantu raya ke atau apa jua hantu-hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama. 

Penganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim dan kita sebagai Muslim pula tidak menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.

Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa Kavadhi dan berarak dalam Thaipusam dan tidak pula penganut Hindu yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka. 

Mereka faham prinsip agama masing-masing dan tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 9/6/2022

2. Festival Kelantan-Jepun 2022: Antara Bon Odori dan ROHM-Wako 


ADA PIHAK stigma Wahabi seolah-olah lagi haram daripada Bon Odori. Manakala di Kelantan, Wahabi pun tidak, manakala dianjurkan Festival Kelantan Jepun tanpa ada Bon Odori pada tahun 2022. 

Barangkali setelah diberi teguran maka Kelantan dah buat perubahan. Tak degil mempertahankan benda tak betul. Bahkan kelihatan konsep Festival Kelantan-Jepun ini bersifat saling memperkenalkan budaya dua negara. 

Berlaku pendedahan bagi pertukaran budaya. Bukan hanya kebudayaan Jepun yang dipersembahkan. Dikir Barat ‘made in Klate’ juga dipertunjukkan bagi tatapan orang Jepun sebagai pendedahan. 

Di samping, meneruskan jalinan perhubungan Dasar Pandang ke Timur, seni budaya tempatan wau bulan contohnya turut dipamerkan di reruai pameran. Begitulah tertibnya bila faham apa yang Islam mahu. Meraikan pertukaran budaya tanpa mengabaikan panduan Islam. Kita ikut Islam, bukan-Islam nak kena ikut selera pragmatik kita. 

Ada pihak sibuk nak ungkit hal 2019 di Kelantan tapi bisu mengenai acara Bon Odori tetap diteruskan di negeri mereka walaupun dah ada teguran dengan hujah yang jelas.

Mereka hanya sebar kisah 2019 yang tak diteruskan lagi oleh Kelantan. Begitulah level cytro yang hanya tak jujur kepada kebenaran pun. Mereka seronok melaga-lagakan Menteri Agama yang jelas dengan pendirian atas prinsip dalam ruang lingkup bidang kuasa yang ada.

Mereka tak hirau Bon Odori diteruskan di negeri yang mereka ada kuasa. Itulah wajah sebenar Rahmatan Lil Alamin versi hawa nafsu politik mereka. Semoga yang polemik Bon Odori 2022 menjadi suatu ‘wake-up call’ penting untuk kita kembali kepada kebenaran. 

Untuk Kelantan yang disinonim dengan stigma tiada pelaburan semegah negeri lain, realitinya Kilang ROHM-Wako berasal dari Jepun itu telah membuka 3,000 peluang pekerjaan tambahan untuk rakyat Kelantan.

Orang boleh mencipta apa sahaja persepsi buruk mengenai potensi Kelantan. Namun hubungan Kelantan-Jepun tetap utuh dan 910 juta tambahan pelaburan ROHM Wako untuk Kelantan telah dilaporkan pada Mac lalu. Kelantan tetap boleh membangun dengan cara tersendiri, tanpa menggadaikan prinsip yang dipegang.

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
9 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 9/6/2022

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment