Wednesday, June 15, 2022

Tepuk punggung selebriti, jual gambar lucah ..

 

Video memaparkan aksi tepuk punggung dimuat naik Kak KM di Instagram (IFG) itu tular hingga mencetuskan kritikan dan amarah warganet. Foto HM Online

1. Aksi tepuk punggung selebriti, usahawan undang kritikan

KUALA LUMPUR: "Kekayaan dunia yang mereka cari menjadikan mereka terus miskin. Moga Allah ampuni mereka."

Itu status hantaran seorang pengguna Facebook (FB) yang merujuk kepada aksi tepuk punggung membabitkan empat selebriti dan usahawan iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.

Video dimuat naik Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli di Instagram (IFG) itu tular hingga mencetuskan kritikan dan amarah warganet.

Di ruangan komen ada yang menyebut mereka bagai hilang maruah dan segala teguran sebelum ini seperti tidak diendahkan.

Penyanyi juga artis versatil, Ifa Raziah berkata, perlakuan mereka itu sekadar aksi tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan, lapor Harian Metro Online.

"Itu namanya tepuk-tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Tepuk amai-amai manja. Macamlah mereka (netizen) tak pernah bertepuk gurau senda dengan kawan mereka. Lagi pun semua kawan-kawan dan kami wanita.

"Lainlah kalau lelaki atau mana-mana jantan tepuk, itu lain cerita.

"Bila Kak KM buat macam tu, kami tak ada apa nak marah pun. Kami positif saja, sebab kami berkawan dan tak pernah saling menjatuhkan.

"Saya tahu Kak KM akan muat naik, tular dan mengundang caci maki serta marah," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ifa, video yang dirakam selepas acara sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 di Malaysian Grand Bazaar@Lalaport BBC yang bakal berlangsung pada 24-27 Jun itu, hanya hiburan.

"Ini pun hiburan juga. Kalau tak, tak adalah hiburan. Netizen ni, cakap tak suka, siap maki hamun, tapi tengok juga. Mereka 'follow' juga nak tahu apa saya buat. Setiap hari jumlah yang menonton tu naik.

"Apa yang elok saya cakap dan buat, tak nak pula tularkan. Yang 'bodoh' macam ni pula ditularkan. Mereka pula yang tekanan tengok," katanya.

Terdahulu, video dimuat naik Kak KM itu sudah mencecah lebih 271,000 tontonan dan lebih 400 komen.

Menerusi video itu, Kak KM yang mengenakan baju kebaya menepuk punggung tiga rakan usahawannya itu.

"Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling 'aum' sekali, korang kena datang," katanya. - HM Online

2. Lelaki didakwa jual gambar lucah di Twitter 

SEPANG: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjual gambar lucah di Twitter, di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) melakukan kegiatan berkenaan menggunakan akaun dengan nama @lelakilelakise1 dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersil.

Bagi hantaran yang dilihat pada 17 Mei 2019, jam 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, di Cyberjaya, OKS didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimTepuk punggung selebriti, dan jual gambar lucah.. Apa komen anda?


Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kelakuan sundal utk jual brg dan nk popular.. Ini la artis mlysia.. Nk belajar pasal perniagaan, otak lak bodo.. jadi wat la cara gini je la senang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails