Monday, June 27, 2022

T'ganu, K'tan, terus membangun bersama Islam. Lihat bukti2 ini...

 

1. Tukun: Usaha kerajaan negeri perkaya sumber perikanan

MARANG: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak lapan unit tukun tiruan konservasi yang dilabuhkan hari ini bernilai RM270,000 menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Ini, katanya akan disusuli dengan 18 unit tukun penghalang pukat tunda yang dijangka akan dilabuhkan pada September ini di perairan Dungun dan Kemaman melibatkan kos RM500,000 menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, program melabuh tukun hari ini di perairan Taman Laut Pulau Kapas bukanlah kali pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Malah, ujar beliau pada 2021 sebanyak 57 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di enam daerah di yang melibatkan jumlah peruntukan RM1.394 juta.

Beliau menambah, sebanyak 16 tukun tiruan kuboid penghalang pukat tunda dilabuhkan di perairan Kuala Terengganu dan Besut dengan peruntukan RM500,000 pada tahun 2020.

Ktanya lagi, tahun 2018 dan 2019 juga sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk program melabuh tukun di perairan laut Besut, Kuala Nerus dan Setiu.

“Usaha ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk memperkaya sumber perikanan sekali gus untuk rakyat khususnya buat 8,635 orang nelayan Negeri Terengganu.

“Ia juga merupakan usaha jangka panjang bagi menangani isu kekurangan sumber dan pendapatan nelayan seterusnya meningkatkan sosioekonomi rakyat Negeri Terengganu Darul Iman, insya-Allah,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua pihak dalam menjaga perairan di Terengganu mampu membawa kesan kepada peningkatan hasil perikanan di negeri ini.

Bercakap kepada media, beliau berkata, kerajaan negeri melalui kerjasama pihak-pihak berkaitan telah membangunkan pelbagai usaha untuk memperkaya hasil perikanan tempatan.

“Saya rasa menjadi tanggungjawab semua pihak, bukan sahaja agensi-agensi kerajaan dan kerajaan negeri semata-mata, tetapi termasuk pelancong dan nelayan untuk sama-sama menjaga perairan yang ada ini.

“Patuhi peraturan, jangan buang plastik dan sampah ke dalam laut, mengail hanya di tempat dibenarkan, itu antara perkara yang menjadi tanggungjawab semua,” katanya. 

Tambahnya, kerjasama berterusan semua pihak akan memperlihatkan hasil lebih baik dari segi pembiakan ikan di negeri ini. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

2. Ladang solar kurangkan 131,400 tan metrik karbon dioksida 

PASIR MAS: Projek Ladang Solar Danau To’ Uban dijangka dapat mengurangkan 131,400 tan metrik karbon dioksida setiap tahun yang memberi kesan negatif terhadap kehidupan manusia.

Anggota Exco kerajaan negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek ladang solar dapat mengurangkan kesan terhadap rakyat Kelantan khasnya apabila berlaku perubahan iklim dan cuaca di luar jangkaan.

Katanya peningkatan karbon dioksida (CO²) dapat mengakibatkan pemanasan global yang membawa kepada rantaian peristiwa malapetaka seperti kenaikan purata suhu yang mengakibatkan kenaikan paras laut, perubahan keadaan iklim dan corak taburan hujan.

“40 giga tan CO² yang larut ke lautan boleh menyebabkan kesan pengasidan yang ketara sehingga boleh membunuh haiwan bercengkerang dan hidupan laut lain,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kata beliau jumlah CO² terlarut menyebabkan suhu lautan dan bumi akan meningkat dan menyebabkan perubahan iklim yang besar.

Menurutnya kawasan berhampiran khatulistiwa akan menjadi tandus dan hutan hujan akan tumbuh di kawasan beriklim sederhana.

“Karbon dioksida yang berlebihan dalam darah dikenali sebagai hypercapnia. Pesakit hypercapnia secara akut boleh mengalami pernafasan laju, jantung berdebar-debar takikardia, dispnea, kulit kemerah-merahan, kekeliruan, sakit kepala dan pening.

“Sekiranya hypercapnia semakin teruk sehingga menjadi kronik, pesakit akan terdedah kepada kegagalan jantung kanan untuk berfungsi, masalah metabolik dan risiko kematian mengejut,” katanya.

Oleh itu kata beliau bagi mengurangkan kadar pelepasan CO² ke udara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengurangkan 50 peratus penggunaan arang batu pada tahun 2035 dan tidak menggunakan bahan api fosil pada tahun 2050.

Menurutnya juga pembangunan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sangat penting bagi menjamin kelestarian dan kelangsungan hidup di planet ini.

Tuan Saripudin juga berkata, kelancaran kerja-kerja pemasangan pulau solar terapung di Danau To’ Uban hampir siap di mana 19 pulau sudah lengkap dan bakinya hanya sebuah pulau lagi.

“Kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam melaksanakan setiap projek yang dibangunkan termasuk projek ladang solar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

3. Sistem amaran awal bencana biologi di kawasan berisiko 

Foto daripada Facebook Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengambil langkah proaktif melalui inisiatif mewujudkan Projek Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran atau Early Warning System (EWS) berikutan tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021 lalu.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia telah dibangunkan melalui kerjasama pintar antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Universiti Teknologi Malaysia serta akan diintegerasikan dengan Sistem Amaran Awam (public warning system) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebagai usaha memartabatkan Keluarga Malaysia yang prihatin, hari ini saya sendlri turun padang bagi melihat kesiapsiagaan Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing Bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun, Kedah,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini. (Foto atas)

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Nairn, Exco Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian negeri, Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr Robert Ling Kui Ee, Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi dan Pengarah Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJllT) UTM Kuala Lumpur turut hadir pada program yang dianjurkan oleh JMG di bawah KeTSA itu.

Menurutnya, KeTSA telah mengenal pasti dan menghargai peranan wira-wira tidak didendang ketika tragedi pada 18 Ogos tahun lalu dan hari ini telah melantik 35 orang jaguh tempatan (local champion) yang telah menyumbang pengetahuan setempat bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman bencana.

Katanya, mereka yang terpllih terdiri daripada kaum wanita, belia pemimpin masyarakat.

Beliau menambah, prlhatin dalam isu bencana alam seiring dengan perubahan iklim terutama membabitkan bencana geologi aliran puing dan tanah runtuh, KeTSA dan JMG akan terus menjalankan kajian dan program berimpak tinggi di lokasi berisiko yang telah dlkenal pasti termasuk melaksanakan program pemerkasaan daya tahan komuniti dalam usaha mengurangkan rlsiko bencana geologi.

Menurutnya lagi, projek perintis itu boleh dijadikan penanda aras dan model nasional dalam pengurangan risiko bencana geologi aliran puing serta amalan terbaik dalam pembangunan sistem amaran awal bencana geologi melalui penglibatan penduduk tempatan berpandukan kepada teknologi sains terkini.

“Projek perintis ini juga bakal dijadikan pusat pembelajaran komprehensif bagi bencana geologi aliran puing dan kajian pembangunan komuniti Jerai yang lebih berdaya tahan ke arah menyokong konsep build-back-better, sepertl mana saranan pihak United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR),” jelasnya.  

Beliau berkata, ia bukti komitmen Kerajaan Malaysia terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui UNDRR Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan menjadi aspirasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Terengganu, Kelantan akan terus membangun bersama Islam. Roh Islam akan terus menyusup menyinari pembangunan cahayanya ke seluruh negara dan alam maya ini, Insya Allah!

Lebih lanjut sila lihat artikel ini..

Antara penjelasan..

"Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki." -Dr Badlihisham

Dr Badlihisham pula berkata, Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki.

Oleh itu katanya perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam di Kelantan pada masa akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993. Kepimpinan ulama mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Oktober 1990.

Amin! 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment