Monday, June 13, 2022

Tolak ‘khemah besar’/‘jajaran baru’ libatkan DAP.

 

1. ‘Khemah besar tiada kaitan langsung’

ALOR SETAR: PAS menolak cadangan pakatan politik baharu yang dikenali sebagai ‘khemah besar’ atau ‘jajaran baru’ sekiranya turut melibatkan DAP.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, PAS meletakkan keyakinan kepada janji Allah untuk kemenangan Islam dengan segala usaha dan ikhtiar dilaksanakan.

“PAS Kedah komited dengan arahan PAS Pusat untuk memperteguh Muafakat Nasional (MN) dan memperkasa Perikatan Nasional (PN). Khemah besar tiada kaitan langsung.

“Apa jua keputusan yang Allah tentukan adalah yang terbaik dan tidak menjadi sebab untuk bersikap resah gelisah seolah-olah tirai besi penjara sedang berada di hadapan mata,” katanya pada kenyataan hari ini.

Kata beliau sepatut tempoh yang ada dimanfaatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dan mensejahterakan rakyat kerana natijah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menjadi ‘mimpi ngeri’ untuk rakyat.

Mohd Azam yang juga Adun Sungai Limau berkata, semua agenda yang dirancang dalam tempoh singkat mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan masalah rakyat perlu diselesaikan.

Menurutnya juga seluruh ahli PAS sentiasa bermotivasi tinggi dan hanya mengharapkan reda Allah dalam apa juga gerak kerja yang dilaksanakan.

Jumaat lepas Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti menyatakan pendirian parti itu menolak cadangan menyertai ‘khemah besar’ pada PRU15, setelah berbincang dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 13/6/2022

2. Tanpa PN, Umno masih di saf pembangkang 

APA panggilan kerajaan yang ada sekarang. Kalau sebelum ini disebut secara jelas kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sebelum itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Malah, ada yang masih sebut kerajaan PN. Namun Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) awal-awal lagi mahu dikenali sebagai Keluarga Malaysia BBC. BBC terbabit dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Sebelum itu Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) dipengerusi Shahidan Kassim. Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020.

Manakala Timbalan Pengerusi PNBBC pula Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Jadi apa nama kerajaan di bawah Ismail Sabri sekarang. Kalau diambil kira format BBC, sudah tentunya dikenali Kerajaan Keluarga Malaysia.

Kehadiran Kerajaan Keluarga Malaysia bermakna Kerajaan PN dan BN tidak wujud lagi. Biarpun begitu kerajaan PN masih wujud di Perak dan Kedah. Di Kedah gelaran itu masih lagi digunakan secara rasmi.

Namun, di Perak tidak nampak sebutan rasmi sama ada masih kerajaan PN atau Keluarga Malaysia.

Kerajaan Keluarga Malaysia sekarang bukan disertai BN sahaja. Lebih banyak parti di luar BN membentuk kerajaan PN. Ada Bersatu, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Di Sabah pun terbentuk gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.

BN tinggal 3 parti

Sebelum 2018 BN mampu bermegah kerana mempunyai 14 parti komponan. Sekarang BN hanya tinggal tiga parti induk. BN hanya ada Umno, MCA dan MIC.

Selepas PRU-14 pada Mei 2018, satu demi satu rakan komponan BN tinggalkan gabungan itu. Antaranya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratif Progresif (PDP), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Parti-parti terbabit meninggalkan BN pada 12 Jun 2018. Mereka sebulat suara membuat keputusan nekad tinggalkan BN. Pada PRU-14 gabungan parti terbabit menang 18 kerusi parlimen.

Paling awal meninggalkan BN iaitu MyPPP yang diketuai M Kayveas. Keputusan itu dibuat pada 19 Mei 2018. Begitu juga Gerakan turut mengumumkan keluar BN pada 23 Jun 2018.

Gerakan mengumumkan menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif. Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan. Ia mengambil kira senario politik pasca PRU-14 serta sentimen akar umbi.

Pelik juga ketika BN kehilangan 11 parti kompenan, namun masih merasakan begitu kuat. Selepas menang bergaya di Melaka dan Johor, tiba-tiba Umno merasakan mereka wajar dinobat hero.

Lagak hero Umno dapat dilihat apabila mereka terus mendesak supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan segera.

Presiden desak PM bubar

Dan terbaru Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggunakan pentas Konvensyen BN sebagai desakan terhadap perdana menteri.

Sebaliknya Umno begitu amarah apabila ada parti lain mahu memberi ruang Ismail Sabri memulih ekonomi pasca Covid-19. Ia seolah-olah memperlihatkan kepimpinan utama Umno tidak merestui kedudukan Ismail Sabri.

Kejayaan Ismail merintis Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang menstabilkan suasana politik juga seperti tidak dihargai.

Begitu juga keupayaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menarik sokongan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap kerajaan PN sebelum ini. Tanpa kerajaan PN, Umno masih lagi berada di saf pembangkang.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg sebelum ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin demi kestabilan politik masa depan.

GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen dan menjadi rakan kerjasama kerajaan PN di bawah pimpinan Muhyiddin. Dan GPS juga secara terbuka menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

GPS yang mendominasi Sarawak tidak kedengaran ada hubungan rapat dengan BN. GPS hanya ada hubungan rasmi dengan PN.

Hubungan GPS dengan kerajaan sekarang sekadar meneruskan MoU Mac 2020. Tanpa GPS, BN pasti terlepas 18 kerusi di Sarawak pada PRU-15.

Biarpun kebangkitan Umno belum secara menyeluruh, namun desakan demi desakan tetap dibuat Ahmad Zahid. Ia memaksa Ismail Sabri membuat akujanji akan mengadakan PRU segera.

Namun ia tidak semudah itu. Ismail kena dapat persetujuan kabinet terlebih dahulu. Dalam jemaah kabinet ada wakil Bersatu, GPS, BN dan PAS. Kena dapat persetujuan semua jemah menteri sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Malangnya ketika semangat berkobar-kobar Umno mahu PRU segera diadakan, ada pula pemimpin parti itu tidak yakin BN mampu menang besar.

Umno tidak diyakini mampu menawan 148 kerusi bagi membentuk majoriti dua pertiga. Bagi Ahli Majlis Kerja Umno Azlina Othman, paling hebat BN pun boleh menang 100 kerusi parlimen.

Itu belum lagi diambil kira momentum di Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di Kelantan ramai guru tidak berani lagi mengaku sokong Umno. Sedangkan sebelum Mei 2018, ramai guru rebut jawatan utama di peringkat bahagian Umno. – HARAKAHDAILY 13/6/2022

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Gopal Sri Ram Juga harus di dakwa seperti Tan Sri Shafie.

    Kerajaan Pakatan Harapan di ketuai Tun Mahathir telah menyeret peguam DSNR, Tan Sri Shafie untuk menjawap berkenaan ‘fees’ guaman nya.

    Kes hanya rekaan semata mata untuk mengenakan Najib Razak sahaja dan bukan untuk Zeti Akhtar , Nor Yakob atau Rohana.

    Maka, untuk Nampak betapa kes sangat ‘betul’ dan sensasi waima kes rekaan, maka bayaran guaman pun dijadikan kes.

    Maka terseret lah Tan Sri Shafie untuk menjawap berkenaan bayaran guaman nya , konon konon nya ada kaitan dari wang 1MDB.

    Atas sebab kes terhadap DSNR terlalu lemah, maka perlu disensasikan permainkan minda rakyat.

    Kes juga terlalu lemah tanpa bukti sehingga hakim juga mesti diatur dari kalangan yang selari dengan skrip mesti penjarakan Najib.

    Tidak semena mena Malaysia Today melalui penulisan mendedahkan kisah bahawa Peguam Pendakwaraya Gopal Sri Ram juga ada menerima wang bayaran guaman dari 1MDB.

    Menurut laporan RPK, wang 1MDB itu dibayar pada tahun 2013.

    Jika ambil kira van jenazah terkait wang 1MDB pun kerajaan PH jadkan kes, bahkan kain untuk para imam dan bilal melalui syarikat Jakel pun kerajaan PH jadikan kes , kenapa pula Gopal Sri Ram boleh lepas begitu sahaja? Malah duit haji guna 1MDB pun Tun kata haram dan sebagainya.

    700 juta kes duit AMLA Zety dan Taufiq Ayman dan Jho Low bebas lepas sambil tepok tangan saksikan betapa bodoh bangang nya barua DAP@LeeKwanYew iaitu Tun di perkotak katikkan supaya bergaduh bercakaran sesama Melayu.

    Gopal Sri Ram juga ada terkait menerima bayaran dari wang 1MDB, persoalan mula timbul.

    Kenapa Sri Ram tidak didakwa sama seperti yang dikena kan terhadap Tan Sri Shafie?

    Atau ada rundingan untuk Gopal lepas dengan syarat harus lakukan kerja mendakwa Najib?

    Itu lah Tun Mahathir barua DAP@ Lee KwanYew. Kalau Pulau Batu Putih pun dia sanggup beri pada anak Lee Kwan Yew dengan senyum bodoh kulit muka tebal tak tau malu. Apa lah sangat untuk memgenakan musuhnya seperti Najib Tun Razak. Asalkan kroni Boboi dan Marina Gereja terselamat..!

    Tujuan nya ada lah untuk membentuk persepsi betapa dasyat nya kes 1MDB.

    ReplyDelete