Sunday, June 12, 2022

Ugut penggal kepala jurucakap parti pemerintah.

 

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis semasa protes menuntut penahanan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma kerana komennya mengenai Nabi Muhammad SAW, di Prayagraj, India. - Foto REUTERS

1. Polis India tingkatkan tangkapan hentikan protes anti-Islam

SRINAGAR: Polis India menahan seorang remaja selepas memuat naik sebuah video, mengugut akan memenggal kepala bekas jurucakap parti pemerintah, Hindu Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Video terbabit yang tular di YouTube bagaimanapun sudah dipadam pihak berkuasa dalam usaha mengekang pergolakan agama yang tersebar di seluruh negara.

Baru-baru ini, dua ahli BJP pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW mengakibatkan umat Islam turun ke jalanan bagi mengadakan bantahan.

Susulan kenyataan itu, BJP pada bulan ini menggantung keahlian jurucakapnya, Nupur Sharma dan memecat seorang pemimpinnya, Naveen Kumar Jindal selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi yang membangkitkan kemarahan negara Islam lain serta mencetuskan krisis diplomatik global.

Laporan polis turut dibuat terhadap dua bekas pegawai BJP itu

Negara seperti Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar dan Iran yang adalah rakan dagang utama India, membuat bantahan rasmi menerusi saluran diplomatik serta memohon kerajaan supaya mengemukakan permohonan maaf.

Kementerian Luar India minggu lalu menegaskan, sebarang kenyataan atau ciapan dibuat dua bekas ahli BJP itu tidak mencerminkan pandangan rasmi kerajaan.

Ketegangan berpunca daripada kenyataan itu merebak ke seluruh negara dengan beberapa komuniti Islam melihatnya sebagai tekanan dan tindakan memalukan di bawah pentadbiran BJP berhubung pelbagai isu dari kebebasan beragama kepada pemakaian hijab.

Minggu lalu, dua remaja terbunuh apabila peserta demonstrasi bertempur dengan polis di timur bandar Ranchi.

Rusuhan turut berlaku di utara Uttar Pradesh sehingga memaksa polis menahan lebih 300 orang.

Di Benggala Barat, pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang darurat menghalang sebarang perhimpunan awam di daerah industri Howrah sehingga 16 Jun ini.

Sekurang-kurangnya 70 orang ditahan kerana merusuh dan mengganggu ketenteraman awam, selain perkhidmatan internet digantung selama 48 jam.

Pimpinan BJP pula sudah mengeluarkan arahan supaya anggota kanan parti itu berhati-hati dalam menyentuh isu berkaitan agama . - REUTERS


2. 2 terbunuh protes kenyataan terhadap Nabi Muhammad Jun 11, 2022 @ 3:14pm

Pelajar universiti Jamia Millia Islamia di New Delhi membakar patung yang menggambarkan jurucakap BJP yang digantung tugas, Nupur Sharma dan pegawai, Naveen Kumar Jindal, menuntut penahanan mereka kerana komen mengenai Nabi Muhammad SAW. - Foto REUTERS

PATNA: Polis India menembak mati dua penunjuk perasaan dan menahan lebih 130 yang lain ketika perhimpunan jalanan yang dicetus kenyataan menghina oleh seorang pegawai pemerintah mengenai Nabi Muhammad SAW, kata pihak berkuasa hari ini.

Kemarahan menyelubungi umat Islam sejak minggu lalu apabila jurucakap parti Perdana Menteri, Narendra Modi membuat kenyataan menghina mengenai Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah menerusi debat yang disiarkan dalam televisyen.

Umat Islam berhimpun di jalanan selepas solat Jumaat secara besar-besaran di India dan negara jiran lain mengutuk penghinaan itu dengan polis kelihatan menembak ke arah orang ramai di timur bandar Ranchi.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan... ia mengakibatkan dua terbunuh," kata seorang pegawai polis dari timur bandar Ranchi kepada AFP.

Katanya, orang ramai mengingkari arahan polis yang melarang mereka berarak dari masjid ke pasar serta bertindak membaling batu dan botol pecah apabila pihaknya cuba menyuraikan perhimpunan itu.

Pihak berkuasa memutuskan sambungan internet di bandar itu dan mengenakan perintah berkurung.

Polis di Uttar Pradesh melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan sekurang-kurangnya satu perhimpunan selepas beberapa protes diadakan di seluruh utara negeri.

Kebanyakan protes berakhir dengan aman tetapi penunjuk perasaan di beberapa bandar bertindak membaling batu ke arah polis dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang pegawai, kata setiausaha kanan kerajaan negeri, Avanish Awasthi.

Seorang pegawai kanan polis di negeri itu, Prashant Kumar, berkata seramai 136 penunjuk perasaan ditangkap dari enam daerah sekitar Uttar Pradesh.

Bandar-bandar di sekitar India menyaksikan protes besar-besaran sejak semalam dengan beberapa orang ramai membakar patung Nupur Sharma, jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) yang kenyataannya mencetuskan kekecohan.

Kenyataan Sharma mencetuskan ketegangan diplomatik di India dengan hampir 20 negara memanggil perwakilan India mereka untuk mendapatkan penjelasan.

BJP bertindak menggantung pegawai itu daripada jawatannya dan mengeluarkan kenyataan yang menegaskan partinya menghormati semua agama.

Semalam menyaksikan perhimpunan jalanan terbesar setakat ini sebagai tindak balas kepada kekecohan itu, dengan polis menganggarkan lebih 100,000 menyertai bantahan di seluruh Bangladesh selepas solat Jumaat dan 5,000 lagi orang turun ke jalan raya di bandar Lahore, Pakistan atas arahan parti agama radikal, menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap India berhubung kenyataan itu.

Perbalahan itu menyusuli kemarahan di seluruh dunia Islam pada 2020 selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempertahankan hak majalah satira untuk menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Guru Perancis, Samuel Paty, dipenggal pada Oktober 2020 oleh seorang pelarian Chechnya selepas menunjukkan kartun itu kepada kelasnya dalam pelajaran mengenai kebebasan bersuara.

Gambar Nabi Muhammad SAW adalah dilarang sama sekali dalam Islam Sunni. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jahannam penentang Nabi SAW! Jahannam penentang Nabi SAW! Jahannam penentang Nabi SAW!

BERITA BERKAITAN


Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment