Thursday, June 16, 2022

Video pemain beragama Islam rai kejayaan di kelab malam tular

Pemain Malaysia, Darren Lok meraikan jaringan gol pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. NSTP/AIZUDDIN SAAD.

SUKAN

Kuala Lumpur: Satu video memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023, dipercayai berlaku di kelab malam, tular di media sosial.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan WhatsApp, antara pemain dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La'Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat seorang pemain beragama Islam turut kelihatan dalam video itu dan sedang memegang sesuatu di tangan dipercayai rokok.

Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: "Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.

"Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu, tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

"Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya," katanya.

Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

...

...

 Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Isu Kg Baru timbul lagi...

    Kami buntu manakala Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun, yang mewakili kawasan ini tidak membantu penduduk.

    40 keluarga yang mendiami Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, tekad mahu mendirikan khemah di pekarangan Pejabat Perbadanan Kampong Bharu (PKB).

    Kami tiada rumah lain untuk didiami dan flat ini dibeli oleh orang tua kami satu ketika dahulu. Bukannya kami tinggal di rumah setinggan, wajarkah kami dilayan seperti ini?”

    Setiap kali soalan berkaitan diajukan Menteri Wilayah hanya kata akan diajukan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tiada penyelesaian hingga kini, Saya pun belum dapat maklumat tepat mengenai perkara ini kerana urusan pengambilan tanah ini dibuat oleh PTG, bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).,” katanya.

    Ikut lah cara Najib Tun Razak@ Bossku selesaikan projek Kerinci Residensi... jangan malu Menteri Wilayah.. Harap Rina Harun sah ke laut dalam..

    Menteri Wilayah dinasihat kena guna cara Bossku selesai masalah Kg Sungai Baru di Kampung Baru seperti idea Bossku dalam Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

    Pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Jangan jadi mcm Kalit Samat dan Nurul Izzah dalam isu Kerinci Residensi.

    https://youtu.be/VEvmx7EW950

    pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

    Mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

    Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

    https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/residensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16416084484379&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2Fresidensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab%2F

    Padan muko kelian yang termakan hasutan Nurul Izah semasa jadI MP Pantai Dalam dolu.

    Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut yg terhasut ditinggal terkontang kanting.

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Kuat belit juga si nurul ni. Macam daddy nya juga.

    ReplyDelete