Monday, July 25, 2022

1.2 juta warga China X keluar M'sia, mengapa? Tanya DAP

 


1. Lebih 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.  

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.


2. 12 warga Bangladesh dapat kerakyatan Malaysia

Sebahagian warga Bangladesh yang mahu pulang ke negara asal mereka setelah tamat kontrak pekerjaan di negara ini. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 12 daripada 55 warga Bangladesh yang memohon kerakyatan Malaysia dalam tempoh 12 tahun lalu, antara 2010 hingga hujung Jun lalu.

KDN memaklumkan, kelulusan permohonan itu dibuat mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan kewarganegaraan melalui penaturalisasian membabitkan individu berusia 21 tahun ke atas.

"Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan yang dimohon oleh warganegara Bangladesh dari 2010 hingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak 55 permohonan.

"Daripada jumlah itu, seramai 12 pemohon dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat. 

Kenyataan itu menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis), yang meminta perincian kriteria dan jumlah warganegara Bangladesh diberikan kerakyatan Malaysia dari 2010 hingga 2021.

Berdasarkan perincian dalam jawapan bertulis KDN itu, sebanyak tiga permohonan diluluskan pada 2010, manakala tiga permohonan diluluskan pada 2011, satu permohonan pada 2013 , 2014 (dua), 2015 (dua) dan 2016 (satu).

Selepas 2016, tiada sebarang kelulusan permohonan kewarganegaraan Malaysia diluluskan kepada pemohon warga Bangladesh sehingga Jun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia, mengapa? Tanya DAP..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment