Thursday, July 07, 2022

Aidiladha: M'sia sepatutnya cuti 5 hari?

 

Jemaah haji wukuf di Arafah. (Foto hiasan)

Rakyat Kelantan cuti 5 hari sempena Aidiladha

KOTA BHARU: Sempena Hari Raya Aidiladha minggu hadapan rakyat Kelantan berpeluang cuti sehingga lima hari dengan tambahan cuti sempena Hari Wukuf pada Sabtu ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu kerajaan negeri mewartakan tarikh 9 Zulhijah 1443 bersamaan 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am negeri sempena Hari Wukuf di Padang Arafah.

Katanya, surat pemakluman mengenai perkara itu bertarikh 10 Jamadilakhir 1443 bersamaan 13 Januari 2022.

“Sehubungan itu memandangkan Hari Wukuf jatuh pada hari Sabtu (9 Julai), dan Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada 10 dan 11 Julai.

“Maka bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan, hari Selasa iaitu 12 Julai ini adalah hari kelepasan am sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari yang kedua,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Kerajaan Kelantan akan mengadakan sambutan Hari Wukuf pada Sabtu ini di 14 kawasan parlimen di negeri itu.

Sambutan tersebut akan diadakan bermula jam 8.30 pagi turut disiarkan rakaman ucapan amanat Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan kuliah oleh penceramah jemputan.

Di kawasan parlimen Kota Bharu sambutan Hari Wukuf akan diadakan di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor, di mana kuliah akan disampaikan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah.

Di Pengkalan Chepa pula Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary akan diadakan kuliah sempena Hari Wukuf di Dataran Pantai Kundur bermula jam 8.30 pagi. – HARAKAHDAILY 5/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aidiladha, Malaysia sepatutnya cuti 5 hari? Ini suatu pandangan, kalau pandangan ini baik, maka baik juga dilebarkan ke seluruh negara. Kalau dilihat dari sudut sejarah Islam, takbir hari raya itu adalah simbol kemenangan Islam. 

Kemenangan dalam perang dan juga menjadi syahid. Bukan saja kemenangan masa silam, juga kemenangan masa akan datang. Kerana orang Islam yakin Allah SWT, akhirnya akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam. Ini pemicu kemenangan.

Amin!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment