Friday, July 22, 2022

Anjur kursus kemahiran & tawar 4,000 peluang kerja.

 

1. Tubuh Akademi Abdul Rahman al Aufi anjur kursus kemahiran

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menubuh Akademi Abdul Rahman al Aufi bagi menganjurkan kursus kemahiran membabitkan golongan belia.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebanyak 20 lot kedai di tingkat tiga Bazar Tok Guru akan diubah suai bagi menyediakan tempat untuk menganjurkan kursus kemahiran.

Katanya usaha itu akan dilaksanakan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Ada lot kedai akan diubahsuai bagi tujuan mengadakan kursus kemahiran seperti gunting rambut, kursus kulinari, urutan, berbekam dan sebagainya.

“Manakala beberapa lot lagi disediakan kepada belia untuk berniaga dengan inisiatif kerajaan negeri seperti sewa percuma dan kemudahan lain,” katanya ketika menjawab soalan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim hari ini.

Wan Roslan juga berkata, keutamaan diberi kepada belia yang pernah mengikuti kursus di bawah akademi tersebut.

Menurutnya usaha itu sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan golongan belia menceburi sektor keusahawanan bagi merancak pembangunan ekonomi.

Katanya juga sehinga sekarang kerajaan negeri melalui U-Bes menganjurkan pelbagai kursus, bengkel dan seminar kemahiran membabitkan golongan belia.

“U-Bes merangka tiga strategi utama bagi memberi pendedahan serta peluang kepada golongan belia terlibat dengan sektor itu,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 19/7/2022

2. Jelajah AKM Kelantan tawar hampir 4,000 peluang kerja 

KOTA BHARU: Hampir 4,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan menerusi program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV bermula 22 hingga 24 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata seramai 28 majikan yang terdiri daripada pelbagai industri akan turun padang menawarkan peluang pekerjaan itu menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

Beliau berkata tawaran peluang pekerjaan itu bertepatan ketika negara berada dalam fasa peralihan ke endemik sekali gus dapat membantu masyarakat bangkit semula dari segi ekonomi mereka selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Seperti kita sedia maklum, selepas pandemik Covid-19, ramai pihak ingin bangunkan semula ekonomi masing-masing, jadi ini masa terbaik untuk mereka merebut peluang hadir ke AKM Kelantan bagi mengisi kekosongan jawatan yang akan ditawarkan.

“Mereka yang berminat disaran supaya berdaftar terlebih dahulu menerusi MYFutureJobs malah saya juga dimaklumkan bahawa temu duga secara terus di AKM Kelantan akan dilaksanakan sekiranya posisi jawatan bersesuaian dengan calon yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam sebuah program terbitan stesen televisyen tempatan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata selain tawaran peluang pekerjaan, AKM Kelantan yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyediakan kaunter perkhidmatan kerajaan, pameran daripada pelbagai agensi dan kementerian, gerai jualan dan jualan industri kecil sederhana (IKS).

Menurutnya persiapan sedang giat dilakukan penganjur dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dan komuniti setempat.

“Kita ada pelbagai pengisian menerusi jelajah ini yang akan berlangsung pada 9 pagi hingga 9 malam selama tiga hari. Oleh itu, kita ingin menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk bersama-sama hadir memeriahkan jelajah ini selain mengambil kesempatan mengambil manfaat daripada pelbagai pengisian itu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap penyelaras AKM Kelantan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata seramai 50,000 pengunjung dijangka menghadiri siri keenam jelajah itu. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment