Tuesday, July 12, 2022

Artis 'seksualiti'? X sihat bagi remaja.. Kerana itu perlunya...

 

Perubahan Ara menimbulkan rasa sangsi banyak pihak hingga ada mendakwa bertukar imej kewanitaan disebabkan sedang dilamun cinta

HALAMAN HIBURAN

Imej K-Pop nak 'pikat' lelaki kacak?

KUALA LUMPUR: Hatinya pernah terguris apabila imej dan penampilannya disalahertikan hingga ada mengaitkannya dengan isu seksualiti.

Semuanya gara-gara gemar berpakaian seperti lelaki sama ada ketika membuat persembahan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun, seiring dengan perjalanan masa, sedikit demi sedikit imej penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, 25, mula berubah apabila cita rasanya dalam berfesyen berubah ke arah lebih feminin. 

Bagaimanapun, perubahan Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari menimbulkan rasa sangsi banyak pihak hingga ada yang mendakwa bertukar imej kewanitaan disebabkan sedang dilamun cinta.

"Sejujurnya, perubahan lebih bergaya feminin atas kehendak saya sendiri, bukannya desakan sesiapa.

"Malah, ia juga tiada kaitan dengan tekanan daripada bidang seni yang diceburi. Perubahan dibuat kerana saya mahu kelihatan cantik dan lebih bergaya.

"Kalau nak kata berubah kerana permintaan lelaki, tidak juga. Mungkin berubah sebab nak dapatkan teman lelaki, manalah tahu dapat jodoh lelaki kacak," gurau Ara sambil tertawa.

Semakin selesa dengan imej baru, Ara menegaskan, gaya yang ditonjolkan tidaklah keterlaluan.

"Nak kata terlalu feminin, tidak juga rasanya. Jika bersolek pun, tidaklah sampai mengenakan solekan tebal.

"Saya hanya pakai apa yang dirasakan cantik dan selesa. Namun, jujurnya, keinginan berubah didorong mahu mencuba fesyen digayakan bintang K-Pop.

"Saya rasa seronok bila tengok gambar diri sendiri kelihatan cantik," katanya kepada BH Online.

Meskipun dihujani pelbagai komen yang menyentuh hati, namun, penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini menerimanya dengan hati terbuka.

"Banyak komen diterima berhubung perubahan imej ini. Ada yang suka dengan gaya dahulu, ada pula suka imej baru.

"Namun, apa yang saya lihat, apapun yang saya pakai pasti ada yang tak kena di mata netizen.

"Saya pernah menggayakan sut dan berseluar pendek, netizen kaitkan dengan gaya tomboy dan persis askar Jepun.

"Tetapi, apabila saya pakai skirt paras sama dengan seluar pendek, mereka anggap saya mahu berimej seksi. Malah, ada juga berpandangan penampilan baru saya seperti mak nyah.

"Sudahnya, saya malas nak ambil peduli apa yang netizen nak kata. Asalkan, saya suka dan selesa, saya akan pakai sahaja," luahnya ketika ditemui di Konsert Jom Heboh di Anjung Floria, Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ara bersyukur keluarganya sangat memahami dan tidak pernah bertanyakan soal penampilannya sejak dahulu.

"Setiap kali menghubungi keluarga, mereka hanya memberi nasihat supaya saya pandai menjaga diri dan kesihatan," cerita penyanyi bervokal lantang ini.

Dari awal kemunculan dalam bidang nyanyian, Ara pernah berdepan kontroversi apabila nyanyiannya mendapat kritikan ramai.

Puncanya apabila selalu menghadapi masalah 'terkucil' ketika menyanyikan lagu bernada tinggi. Namun, nyanyiannya menampakkan perubahan, sejak akhir-akhir ini.

Mengulas lanjut, naib juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) menerusi lagu Bunga itu berkata, dia mengikuti kelas vokal demi memperbaiki kelemahannya itu.

"Jika dahulu, saya menyanyi ikut suka hati. Tetapi selepas mengikuti kelas vokal, saya mempelajari teknik nyanyian betul.

"Saya akui susah bila menyanyi lagu bernada tinggi sehingga ada bahagian terkucil, tetapi saya boleh mengatasi masalah dan vokal semakin bertenaga dengan teknik nyanyian betul," cerita Ara yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Sumpahan Salju. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimArtis 'seksualiti' seperti yang diisukan? Memang hal ini suatu perkembangan tidak sihat bagi remaja di Malaysia. Kerana itu perlunya... 'peraturan patuh syariah dalam dunia hiburan di negara ini'. 

Insya Allah, selamat dunia akhirat!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kawasan Musang King dibalak ketika zaman Mukhriz. Tubuhkan RCI dan Tangkap Mukhriz Tun Mahathir sekarang..!!!

Mukhriz berkata, walaupun penanaman durian dikaitkan sebagai punca utama bencana berkenaan, namun perlu dilihat bahawa kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Ini beberapa senarai exco Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Menteri Kedah pada 2018 : Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan.

Sesuatu yang pelik apabila Mukhriz Mahathir seolah-olah menafikan hal berkaitan ladang Musang King, sedangkan segalanya berlaku seperti apa yang dijelaskan dalam kronologi adalah ketika beliau menjadi Menteri Besar.

- Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)

- Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan

- Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga

- Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama.

Selepas penafian Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kelulusan ladang Musang King di Baling, kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunding jari pula kepada seorang lagi bekas MB, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Itu lah respon 'bukan salah saya' Mukhriz Mahathir yang fokus melakukan ungkitan dan cubaan mengalihkan isu yang terpalit dengannya berkaitan Musang King di Gunung Inas.

Sehebat-hebat Mukhriz, anak bangsawan ini tidak dapat melindungi fakta sejarah dua kali beliau dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan.

Mukhriz tidak pernah memegang jawatan Menteri Besar Kedah dari awal hingga ke akhir seperti mana menteri besar yang lain.

Tangkap Mukhriz Tun Mahathir dan lingkupkan boboi dimana saja dia bertanding PRU 15 nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails