Thursday, July 14, 2022

Aset PETRONAS dirampas.. & hebat! K'tan pinjam Bank Dunia.

 

Laporan BH Online semalam mengenai tindakan waris kesulatan Sulu merampas dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan.

1. Waris Kesultanan Sulu rampas aset PETRONAS, Malaysia bertindak balas

KUALA LUMPUR: Akhbar Financial Times semalam melaporkan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan Mahkamah Rayuan Paris semalam membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Berikutan perintah penggantungan itu, Final Award yang diputuskan penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa bertarikh 28 Februari 2022 tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga Mahkamah Paris membuat keputusan muktamad berkenaan permohonan pembatalan Final Award dibuat kerajaan.

Wan Junaidi menegaskan, kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan yang rapi untuk pendengaran bagi pembatalan Final Award yang mana tarikh pendengarannya belum ditetapkan.

Katanya, perintah penggantungan itu hasil pelbagai tindakan perundangan yang diambil Kerajaan Malaysia bermula dari tuntutan itu yang difailkan bagi menamatkan segala tuntutan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

"Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan waris Sultan Sulu dan memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Junaidi berkata, Final Award bertarikh 28 Februari 2022 dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa (perintah penggantungan) berikutan tuntutan oleh pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan 'successors-in-interest' kepada Sultan Jamalul Kiram II melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Terdahulu, PETRONAS dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan sudah melupuskan dua asetnya di Azerbaijan dan hasilnya sudah dipulangkan.

Wan Junaidi menegaskan, Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan waris Sultan Sulu dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Malaysia sebelum ini mengenepikan keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, yang menuntut Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan bersama ketika itu juga menjelaskan, perkara dalam tuntutan itu bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara, malah Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

"Kerajaan Malaysia ingin menekankan bahawa identiti pihak yang mendakwa waris yang melakukan tuntutan itu juga diragui dan belum disahkan," kata kenyataan bersama itu.

Wan Junaidi menjelaskan, semalam dua syarikat subsidiari Petronas di Luxembourg dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

"Petronas sebagai sebuah syarikat akan mengambil tindakan perundangan yang perlu untuk mempertahankan kedudukannya di bawah undang-undang," katanya.

Katanya, Kerajaan Malaysia sudah mengambil tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol termasuk membuat permohonan bagi pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah deklarasi dan injunksi bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol dengan merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020, permohonan bagi membatalkan pelantikan penimbang tara dan permohonan untuk mengenepikan 'Partial Award on Jurisdiction' bertarikh 25 Mei 2020 yang dikeluarkan Dr Stampa.

"Dengan tindakan perundangan yang diambil Kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol, pada 29 Jun 2021 telah membatalkan pelantikan Dr Stampa dan memutuskan semua prosiding timbang tara serta apa-apa keputusan Dr Stampa, termasuk Final Award adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang.

"Dr Stampa tidak menghormati dan tidak mempedulikan keputusan mahkamah di Madrid dan sebaliknya memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Paris.

"Pada 29 September 2021, pihak penuntut telah memperoleh Perintah Exequatur secara ex-parte (sebelah pihak) daripada Tribunal de Grande Instance di Paris, yang telah mengiktiraf 'Partial Award' yang dikeluarkan pada 25 Mei 2021 dan dengan itu membenarkan Dr Stampa memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Paris," katanya.

Rentetan itu, jelas beliau Kerajaan Malaysia mencabar Perintah Exequatur yang diperoleh secara ex-parte itu dan Kerajaan Malaysia berjaya memperoleh perintah penggantungan bertarikh 16 Disember 2021 daripada First President of the Paris Court of Appeal.

"Ini bermakna pihak penuntut terhalang daripada bergantung pada Perintah Exequatur yang diperoleh pada 29 September 2021. Bertentangan dan bercanggahan dengan perintah penggantungan itu, penuntut mengekalkan kedudukan dan pendirian bahawa Perintah Exequatur itu berkuat kuasa dan Final Award telah dikeluarkan di tempat timbang tara di Paris, Perancis," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan prosiding jenayah terhadap Dr Stampa bagi kesalahan menghina mahkamah di Mahkamah Jenayah di Madrid dan prosiding itu masih berjalan. (BH)


2. Bagaimana Kelantan pinjam Bank Dunia bina tali air?

PADA 16 Februari 1967 kerajaan Kelantan berunding dengan Bank Dunia bagi mendapatkan dana untuk membiayai projek pembinaan Tali Air Kemubu.

Rombongan kerajaan Kelantan diketuai Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Abdul Aziz Idris mengadakan rundingan dengan Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat.

Sebelum itu pada 24 November 1966 wakil dari Bank Dunia Price Eitingger datang ke Kelantan meninjau dan berbincang mengenai cadangan projek tersebut.

Projek itu dirintis kerajaan PAS bagi membantu pesawah mengairi bendang seluas 51,000 ekar di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok.

Hasil rundingan itu, akhirnya Bank Dunia melulus pinjaman bagi melaksanakan projek terbabit. Kos pembinaannya menjangkau sehingga RM75 juta, jauh berbanding anggaran awal sebanyak RM45 juta.

Kos tersebut termasuk pembinaan rumah pam di Kemubu yang menyalurkan bekalan air melalui tali air ke sawah. Tali air sepanjang 500 batu melalui kawasan kampung di beberapa jajahan di utara Kelantan.

Pada peringkat awal tali air tersebut diurus Jabatan Parit dan Taliair (JPT). Pada 1990 JPT ditukar pula nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sehingga era awal 1990-an budak-budak kampung masih boleh mandi manda di tali air. Tali air tersebut seumpama anak sungai. Rumput dan semak tidak sempat membesar kerana sering dibersih pekerja kontrak JPS.

Ia selaras dengan peranan JPS meningkatkan perancangan dan pembangunan infrastruktur serta pengurusan air untuk tanaman dan keperluan pertanian.

JPS tidak lagi terbabit dengan penyelenggaraan tali air. Pengurusannya sekarang difahamkan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Keluasan tanaman padi di bawah KADA di Kelantan sekarang 26,833 hektar.

Ia membabitkan kira-kira 7,722 pesawah. Kelantan juga menyumbang hampir 10 peratus pengeluaran padi bagi keperluan negara.

Pada tahun 2019 sebanyak 202,958 tan metrik padi dihasilkan. Ia melebihi kadar kegunaan rakyat Kelantan 145,000 metrik tan setahun.

Malah KADA juga pernah merancang untuk meningkatkan tanaman padi sehingga tiga kali setahun. Bagaimanapun usaha untuk menambah hasil padi berdepan dengan beberapa masalah termasuk bekalan air.

Tali yang terbiar tanpa diselenggara mengganggu kelancaran aliran air. Malah, ia juga mencacatkan pemandangan. Oleh itu KADA dan agensi berkaitan sewajarnya mengembalikan keceriaan tali air.

Lokasi tali air yang terbiar perlu diberi wajah baru. Setidak-tidaknya menarik minat budak kampung mandi mandi atau mengail. Atau mampu menjadi produk tarikan pelancongan.

Di Melor Kota Bharu ada KADA Resort. Ia menjadi tempat penginap dan latihan. Usaha itu memperlihatkan tali air berpotensi dimajukan sebagai lokasi pelancongan.

Di banyak tempat tali air juga dijadikan lokasi menternak ikan air tawar. Ia secara tidak langsung membantu pesawah menjana pendapatan. Inilah serampang banyak mata seperti dihasrat kerajaan PAS ketika mencetus idea membina tali air pada 1966.

Ia bukan kerja mudah. Sebuah kerajaan negeri sanggup berusaha mendapatkan pinjaman daripada Bank Dunia bagi memodenkan sektor pertanian. Siapa kata pemimpin PAS kolot. Ternyata pemikiran mereka mendahului zaman.

Namun malangnya, ada tali air di sesetengah tempat sekarang dipenuhi semak dan sampah yang hanyut. Ia boleh dilihat di Kampung Landar, Kasa Pasir Mas.

Eloklah pengurusan KADA cuba intai-intai lokasi terbabit. Jangan biarkan kemasyhuran lama dibiarkan suram. – HARAKAHDAILY 13/7/2022


Hibur Hibur Sikit 

Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Menjelang PRU 14 dulu pembangkang goreng Malaysia akan bankrap. Menjelang PRU 15 Malaysia akan jadi spt Sri Langka pula dah...!!

Kitar semula apa ya patut asal boleh kasi goreng... tapi kena ingat goreng mamak dah tak laku. Tekak rakyat dah naik kembang goreng mamak.

Begitu lah bunyi bonyi nya iaitu Malaysia telah kehilangan wang sebanyak RM8.9 bilion akibat tindakan waris Setan Sulu dan bakal mengikut jejak langkah Sri Lanka. Ada pula yang menyalahkan bekas perdana menteri kerana menghentikan bayaran pada tahun 2013.

Bila Street Times Singapork, WSJ, Reuters, DoJ, CNN media lidah batu api antarabangsa lapor maka lidah bawak ,lidah bercabang lidah batu api pembangamg dan negara pun mola terkinja kinja.

Nak peringat kali lagi haahh... goreng mamak dah tak laku, tekak rakyat dah kembang meloya nak muntah. Rakyat dah meluat

Anonymous said...

Gambar Izzah Dan Jacel Kiram Bukti Anwar Dalang?

Bukan kah anak gay boy tua Melsysia penah bergambar dengan Setan Sulu dolu..!?

Media Filipina dan antarabangsa telah ‘memainkan’ secara besar-besaran bagaimana beberapa pemimpin pembangkang Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemberontak Mindanao.

Menjelang PRU 14 dulu pembangkang goreng Malaysia akan bankrap. Menjelang PRU 15 Malaysia akan jadi spt Sri Langka pula dah...!!

Kitar semula apa ya patut asal boleh kasi goreng... tapi kena ingat goreng mamak dah tak laku. Tekak rakyat dah naik kembang goreng mamak.

Begitu lah bunyi bonyi nya iaitu Malaysia telah kehilangan wang sebanyak RM8.9 bilion akibat tindakan waris Setan Sulu dan bakal mengikut jejak langkah Sri Lanka. Ada pula yang menyalahkan bekas perdana menteri kerana menghentikan bayaran pada tahun 2013.

Bila Street Times Singapork, WSJ, Reuters, DoJ, CNN media lidah batu api antarabangsa lapor maka lidah bawak ,lidah bercabang lidah batu api pembangamg dan negara pun mola terkinja kinja.

https://www.mynewshub.tv/2015/11/kiram-penceroboh-sabah-pun-sokong-anwar/

Nak peringat kali lagi haahh... goreng mamak dah tak laku, tekak rakyat dah kembang meloya nak muntah. Rakyat dah meluat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails