Thursday, July 07, 2022

Banjir Baling/DAP, ‘Aku Tarik Tudung Perempuan!!’& Muhammad di UK

 

1. Tragedi Banjir di Baling

1. Banjir Baling: Kelantan sumbang RM50,000 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di negeri Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Kerajaan Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Kelantan di atas sumbangan itu.

“Kerajaan Negeri Kedah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap bencana kepala air yang berlaku di Baling,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau.

Sanusi turut memuatkan serangkap pantun.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu menggalas,
Budimu tuan kami kenang,
Amal mulia pahala dibalas.
 – HARAKAHDAILY 6/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau Pinang, Selangor, konon negeri PH/DAP kaya-raya, mana sumbangan dari negeri jiran seperti RM50,000 dari Kelantan? Maka benarlah DAP/PH parti kedekut untuk rakyat?

2. Hentikan ‘prank’ yang menjatuhkan maruah wanita Islam 

AMEERAH Malaysia mengutuk perbuatan Youtuber NickCHANNEL yang jelas telah menjatuhkan maruah wanita Islam dalam sebuah video yang berjudul ‘Aku Tarik Tudung Perempuan!!

Video ini menjadi bualan ramai netizen yang rata-rata melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan youtuber tersebut. Video yang dipaparkan jelas telah menjatuhkan martabat wanita Islam.

Walaupun, sebuah video rasmi telah dikeluar untuk menjelaskan bahawa wanita yang ditarik tudung tersebut adalah wanita yang tidak bertudung atau ‘freehair’. Ini bukanlah satu tiket buat para ‘content creator’ untuk menghasilkan video bertaraf sampah ataupun ‘prank’.

Tambahan pula, Ameerah Malaysia juga menyeru umat Islam untuk memaknai konsep lelaki Qawwam bagi membentuk jati diri seorang lelaki Islam yang bertanggungjawab dan menjaga maruah tidak kira maruah, wanita, keluarga, masyarakat dan agama.

Islam telah mengajar umatnya untuk memainkan peranan sesuai dengan syariat agama. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 34;


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh karana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan untuk mengajarnya). Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Sehubungan dengan itu, Ameerah Malaysia menyeru orang awam untuk membuat laporan terhadap video tersebut bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku pada masa hadapan. 

Ameerah Malaysia menyeru para youtuber untuk sama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap pembinaan sahsiah dan moral rakyat agar masyarakat tidak rosak hanya kerana hanyut dengan kandungan video yang rendah nilai.

DR. USTAZAH SITI MASTURA MUHAMMAD
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
6 Julai 2022 / 6 Zulhijjah 1443H – HARAKAHDAILY 6/7/2022

3. Muhammad, nama bayi baru lahir paling popular 2022 di UK 

LONDON: Muhammad merupakan nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru dilahirkan di United Kingdom untuk tahun 2022, setakat awal bulan Julai ini.

Senarai terbaharu 100 nama pilihan paling popular (atau Top 100) sehingga awal Julai 2022 untuk bayi lelaki dan perempuan baru lahir itu telah dikeluarkan oleh platform web, BabyCentre pada Selasa (5 Julai) lepas.

Selepas Muhammad, menurut laporan gbnews.uk, Noah menduduki tempat kedua dalam senarai nama bayi lelaki popular, diikuti rapat oleh Jack, Theo, Leo, Oliver dan George. Sementara Ethan, Oscar dan Arthur melengkapkan 10 nama teratas nama bayi paling popular tahun ini.

Nama Muslim menyumbang kira-kira 10 peratus daripada semua nama dalam 100 kedudukan teratas untuk lelaki dan wanita di UK menurut sebarai yang dikeluarkan syarikat media dalam talian, BabyCentre, lapor pula Daily Mail.

Selain Muhammad, nama lelaki teratas paling popular di UK termasuklah Ali di kedudukan ke-31, Yusuf (ke-53), Ayaan (ke-61), Ahmad (ke-63), Omar (ke-72), Abdullah (ke-77), Abdul (ke-84), Ibrahim (ke-92) dan Syed (ke-94).

Sementara, tambah laporan Daily Mail, nama bayi perempuan Muslim paling popular di UK ialah Layla, di tempat ke-24. Ia diikuti oleh Fatima (ke-27), Nur (ke-29), Maryam (ke-33), Aisha (ke-37), Aaliyah (ke-60), Raya (ke-92), Nora (ke-95) dan Anaya (ke-98).

Menurut gbnews.uk pula, nama Lily buat pertama kali telah merampas takhta nama pilihan paling popular untuk bayi baru lahir di UK daripada Olivia yang jatuh ke tempat ketiga.

Di tempat kedua senarai tersebut ialah Sophia, manakala Amelia menduduki tempat keempat. Melengkapi senarai Top 10 dari kedudukan kelima hingga sepuluh ialah Ava, Isla, Freya, Aria, Ivy dan Mia.

Dalam pada itu, nama seperti Amber, Johnny, Wayne, Coleen dan Rebekah gagal memasuki senarai Top 100, yang mana BabyCentre percaya trend ekoran kes saman di mahkamah olejh aktor tersohor, Johnny Depp terhadap bekas isterinya, aktres Amber Heard baru-baru ini.

Editor pengurusan untuk BabyCentre, Sarah Redshaw berkata bahawa golongan ibu bapa membuktikan mereka adalah hakim dan juri dalam hal menamakan bayi masing-masing yang baru dilahirkan.

“Saya meramalkan kesan mahkamah antara Johnny (Depp) dan Amber (Heard) akan berterusan dan kita akan melihat nama-nama itu jatuh lebih jauh dalam carta Top 100 nama bayi pilihan paling popular di United Kingdom pada masa akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/7/2022


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment